37

292 29 2
                                    

"Kau kenapa?" Terpesong langkah kaki Shakeel daripada destinasi asalnya apabila ternampak seorang gadis kecil sedang duduk bercangkung melihat kaki sendiri. 

Macam kenal, itu yang Shakeel terpaksa rela berhenti. Seingat dia, dia pernah nampak perempuan ini bersama Haikall beberapa kali.

Gadis itu cuma menggeleng. 

Shakeel tengok sekali imbas apa yang tidak kena. Rupa-rupanya kaki dia terluka. Boleh tahan banyak juga darah yang terkeluar. 

"Nah." Shakeel hulurkan dua keping plaster. 

Jangan tanya kenapa dia ada benda itu. Memang selalu dia bawa kalau dia keluar bermain dengan Alyan. Belajar dari pengalaman lah katakan. Alyan kalau dapat bermain di luar memang tak reti duduk diam.

"Terima… Kasih." Ada suara rupanya.

"Boleh pakai sendiri kan? Aku pergi dulu."

Hmmm… Kalaulah masa boleh diputar dan ulang, 1000 kali aku akan ulang. 

Zara tersenyum sendiri sepanjang perjalanan mengenangkan kenangan manis masa ciliknya.

Namun begitu, senyumannya mati sebaik saja terpandang sekeping gambar polaroid dalam pegangan. 

Dia kini sedang dalam perjalanan ke rumah Haikall. Dia sedia maklum bahawa Haikall masih tinggal di rumah yang sama. Masih berjiran dengan Azam.

Untuk apa dia ke rumah Haikall? Semuanya sebab polaroid itu. Gambar Haikall sewaktu dia berumur lima tahun.

Zara mendengus. Nasib baiklah aku baik. Kalau tak, tak kuasa aku nak datang ke mari.

Haneesah, ibu kepada Haikall meninggalkan sehelai gambar itu di peti surat rumahnya. Dengan sepucuk surat meminta belas kasihannya untuk berikan gambar itu pada Haikall.

Nasib baik Zara yang jumpa! Kalau ibunya yang jumpa dulu? Haru! Silap-silap anak sendiri dihalaunya.

"Macam mana kau tahu?" 

Terhenti langkah Zara setelah mendengar satu suara. Dari kejauhan anak matanya melihat tubuh Shakeel dan Haikall berada di depan pagar rumah.

"Dia sendiri yang bagitahu aku."

Suara terasa dingin dan tegang, Zara yang jauh ini pun sudah rasa tak sedap badan. 

Dia orang cakap pasal apa ni?

"Tch, mentang-mentang dah lari jauh, dia bocorkan gitu aje. Kesian Alyan penat sorok penipuan dia. Kau tahu apa yang paling kesian? Alyan ingat dia pura-pura, tapi sebenarnya dia memang amnesia pun!"

Zara tersentak. Haikall cakap apa tadi?

Alyan pura-pura? Itu yang berlegar di mindanya kini. Dia tak peduli tentang hal yang lain. Rahsia Shakeel itu dia sudah lama tahu. Tentang Alyan dan Ray, dia malas nak masuk campur. Pada dia, eloklah kalau Ray sukakan Alyan. Bolehlah dia dan Shakeel bersama. Tapi sayang, Ray meninggal pula. 

Dia simpan semua rahsia ini demi Shakeel. Jika Shakeel mahu rahsiakan, maka dia akan buat hal yang sama. 

Panas pula tubuh badan Zara memikirkan momen-momen dia bersama Alyan sebelum ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now