35. Tiga-Lima

307 37 2
                                    

Mana Almira pergi? Puas Alyan mencari tapi bayang gadis itu tak muncul-muncul jua.  Dalam rumah tiada, terpaksalah dia menapak keluar daripada rumah.

Alang-alang dia di luar, Alyan ambil peluang untuk hirup udara senja. Dah lama rasanya dia tak rasa perasaan ini. Tenang dan tenteram. 

Setelah itu Alyan meneruskan niatnya untuk mencari Almira. 

Mentang-mentang Shakeel tak ada, laju Almira hilang. Bukan dia tak tahu Shakeel berulang kali pesan pada gadis itu untuk tidak ke mana-mana masa lelaki itu tak ada.

Walaupun Alyan sekarang bekerja di rumah, jarang-jarang juga dia dapat bersembang dengan Almira. Shakeel ada pesan untuk tengok-tengokkan Almira selalu sejak gadis itu sudah mula gemar keluar rumah berbanding duduk di dalam bilik.

"Time-time dah nak dekat maghrib juga kau nak hilang!" Perlahan suara Alyan menghambur rasa. 

"Cari siapa?" Satu suara garau menyapa telinga. Laju mata Alyan menangkap tubuh seorang lelaki di belakangnya. 

"On time eh keluar? Waktu-waktu macam gini memang sahabat-sahabat kau berkeliaran kan?"

Lelaki itu hanya putarkan bebola mata. "Haah, kau lah salah satunya."

Ceh, dia kenakan aku balik.

"Nampak Almira tak?" Tak mahu berbasa-basi Alyan utarakan soalan.

Gelengan kepala daripada lelaki itu membuatkan Alyan mengeluh hampa. Almira pun satu, nak keluar bawalah telefon.

"Sampai bila?" Suara itu berbunyi membuatkan pergerakan Alyan mati.

"Apa?"

"Sampai bila kau nak tipu semua orang? Keluarga kau?"

"Jangan sibuk boleh? Aku tahulah apa yang aku buat."

Dia cuma ketawa. "Seriously? Atau kau pun tak pasti? Bangun aje daripada koma, kau decide nak tipu semua orang. Kau tak ada masa pun untuk fikir betul ke tidak apa yang kau buat, kan?"

Terbungkam Alyan dibuatnya. "Kau nak apa sebenarnya?"

"Kau tak takut? Aku boleh bongkarkan bila-bila masa aje."

"Zul Haikall Bin Zul Haris, apa yang kau cakap semuanya betul. Tapi kau tak ada hak untuk kacau rancangan aku."

"Really? Okey fine… Kau cakap kau dah ingat semuanya kan? Kau dah tahu kenapa aku benci kau kan? Kau dah tahu jawapan yang selama ini aku cari. Jadi aku nak kau bagitahu aku, Ray mati sebab apa?"

Alyan diam sejenak menghadam soalan Haikall.

 "Aku tak sure-" BAM! Belum habis cakap, Haikall sudah laju bertindak membaling botol air mineral yang dia pegang tadi.

"Kau tahu tak berapa lama aku tunggu? Aku sanggup tahan marah aku berbulan-bulan, untuk tunggu kau betul-betul sembuh, itu jawapan yang kau bagi?" 

"Kau kena tanya Shakeel! Yang aku tahu cuma-" Haikall laju memotong tanpa sempat Alyan berikan jawapannya.

"Shakeel, Shakeel, Shakeel! Tak habis, habis!" Haikall meraup kepalanya. Fikirannya sudah jauh dari kewarasan. Apa yang dia rasa sekarang ini cuma amarah yang tak terbalas. 

Alyan hanya memandang. Mati akal tidak tahu cara macam mana ingin menenangkan lelaki itu.

Setelah beberapa seketika, Haikall kembali tenang sebelum menjatuhkan pandangan tepat pada wajah Alyan.

"Kau tak pernah tertanya-tanya ke kenapa Ray tiba-tiba muncul? Kejar kau bagai nak rak? Kau mesti tak tahu kan macam mana kau boleh lupa pasal Ray masa kita kecil dulu? Mesti Shakeel tak pernah cerita, kan?"

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now