18. Alyan nak kerja

3.3K 157 11
                                    

█████ "Lately, Alyan nampak pelik kan? Aku risau," keluh Almira sambil memandang Shakeel berharap lelaki itu faham apa yang dia rasa.

"Yup." Shakeel angguk dengan sepatah perkataan.

"Kau tak nak buat something ke?"

"Jadi pendengar untuk dia mungkin boleh bantu." Shakeel berikan cadangan. Dia tak pasti Alyan perlukan pendengar atau tidak, tapi kalau Almira boleh korek isi hati gadis itu sedikit sebanyak, apa salahnya.

Tengok Alyan sekilas, dia tahu gadis itu takkan bersuara pasal emosinya. Tapi tak salah kalau mereka cuba.

"Asyik aku aje! Kau bila?" rungut gadis itu. "Hati dia keras tahu tak? Dah macam-macam aku cuba kau apa tahu?"

"Kau perempuan, kau adik dia Almira," kata Shakeel keras. Mustahil Alyan nak meluah padanya. Mungkin itu takkan pernah terjadi.

"Perempuan ke, bukan perempuan ke, kalau pasal Alyan terus jadi payah."

"Kau aje yang tak bijak." Azam mencelah membuatkan Almira mendengus kuat.

Shakeel tidak membalas. Bibirnya senget dengarkan kata-kata Almira. Tapi itu cuma sesaat sebelum wajahnya dingin semula.

Dia pun sedang cuba buat apa yang dia mampu.

"Kau sorok apa daripada aku hah?" Almira memandang Shakeel penuh curiga. Dia nampak wajah Shakeel tadi walaupun sekejap.

"Sorok apa?" Buat-buat bebal pula.

"Kau budak kecil lagi. Tak payah sibuk," ujar Azam.

"Tch... Kalau jadi apa-apa kat Alyan, aku kerat korang berdua dulu," ujar gadis itu.

Tiada balasan. Dua lelaki ini langsung tak gentar dengannya.

"Dah lah, aku nak balik," pamit Almira lalu mencapai beg tangannya keluar dari ofis Shakeel. Kebetulan dia lalu di sebelah Zara, dia ukir senyuman sesaat setelah itu wajahnya kembali masam.

Dah kenapa? Gaduh? Datang bulan ke? Fikir Zara.

"Betul ke Alyan amnesia?" Azam menyoal sebaik saja tubuh Almira hilang dibalik daun pintu.

Shakeel pegun dengan soalan itu. Memandang Azam lalu menghembus nafas berat.

"Kau pun fikir apa yang aku fikir?"

Mata Azam bundar. "Tapi takkanlah Fattah..."

Tak guna berjanji macam-macam kalau akhirnya tak mampu tepati.

"Nak tuduh macam-macam pun tak ada guna. Keadaan Alyan pun tak stabil sekarang," kata Shakeel tak mahu terburu-buru. Semua itu hanya andaian dia saja. Boleh jadi betul, boleh jadi salah juga.

"Kau yakin ke itu semua kesan daripada amnesia?"

"Maksud kau?"

"Dekat Mall kelmarin..." Suara Azam berubah mod. Dingin suasana di dalam bilik itu. Anak matanya menikam mata Shakeel. Berjaya meninggalkan kesan membuatkan lelaki itu minat mendengar ceritanya.

"Kau datang awal kan? Ada apa-apa jadi ke?" Shakeel terus bertanya apabila Azam sudah menghantar pandangan itu. Kalau dia tak tanya mungkin Azam akan berhenti takat situ saja.

"Ada seorang laki cuba dekat dengan dia."

Mata Shakeel bundar. "Mungkin dia pun nak beli barang yang sama?" Ceh, husnuzon sangat. Padahal dalam hati kata lain.

"Dia tak buat apa-apa. Dia tak serang. Tengok muka dia pun aku dah tahu dia cuba tarik perhatian Alyan. Jadi, dia ikut Alyan ke mana-mana Alyan pergi," cerita Azam memberitahu naluri hatinya.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now