Ibu Rian termenung melihat skrin telefonnya. Mesej itu berkali-kali dia baca. Sudah berhari-hari dia menahan rasa. Risau? Takut? Sedih? Apa yang pasti setiap kali dia teringat akan mesej ini, hatinya akan berdebar hebat.
019-050 XXXX
+ Assalamualaikum Rian
+ Apa khabar?
+ Ini aku, Haqq
+ Azam sihat?Walaupun mesej ini sudah lama, ibu Rian masih ragu-ragu untuk membalasnya. Dia tak bersalah, maka dia tak perlu takut pun. Tapi entah kenapa, degupan jantungnya bertalu-talu seakan-akan dia telah membuat kesalahan besar.
+ Kau tak salah Rian
+ Aku yang salah
+ Aku dah banyak susahkan kau
+ Maafkan akuHampir gugur jantung ibu Rian apabila mesej baru itu masuk. Macam tahu-tahu saja ibu Rian sedang dibelenggu berbagai perasaan.
Perlahan-lahan jari menyentuh skrin telefon. Cuba untuk membalas sesuatu. Entah apa risikonya, ibu Rian pasrah. Dia tahu dia tak mampu untuk berdiam lama. Tidak semua rahsia harus dipendam selamanya. Lambat laun terbongkar jua.
- Lama tak dengar khabar kau
- Hidup lagi rupanyaHaqq yang membaca mesej itu, hampir tergelak dia. Sah, Rian masih marah dengannya.
+ Aku dah tekad tak nak jadi pengecut
+ Aku dah ready
+ Kau?Ibu Rian menghela nafas. Sebak hatinya. Tak sanggup rasanya mahu melepaskan Azam.
- Entahlah Haqq
- Aku dah anggap Azam macam anak akuRasa tak professional untuk bercakap hal ini melalui mesej sahaja. Kalau difikirkan semula, bukan senang dia nak hubungi Rian. Nak ajak bersemuka, dia sudah sedia maklum dengan status kesihatan Rian. Tak mahulah dia membebankan wanita itu.
+ Aku tak ada niat nak ambil Azam daripada kau
+ Tapi kau kena tahu sesuatuAnak mata ibu Rian kaku. Sebaik saja mesej itu dibaca, nombor Haqq tertera di skrin telefonnya. Dia mengumpul kekuatan sebelum mengangkat panggilan itu.
"Hello...?"
█████
Almira mengerling Alyan yang sibuk melipat kain di sebelahnya. Ada saja benda yang Alyan akan dia lakukan semata-mata mahu berada dalam biliknya.
Almira bangun daripada baring lalu menapak ke satu penjuru bilik. Sebuah objek yang tersembunyi di balik perhiasan biliknya itu diangkat tinggi.
"Dah boleh buang kut kamera ni," perli gadis itu dengan muka toyanya. Mentang-mentang dia sudah tidak beremosi, setiap saat Alyan ingin berada dalam biliknya.
Alyan tersengih. "Bukan salah aku. Shakeel yang letak. Buat apa nak tengok daripada situ. Baik aku datang sini terus."
Almira kenal sangat dengan Shakeel. Kerja-kerja begini otak Shakeel aje yang memikirkannya. Tak cukup agaknya Alyan seorang dia kena jaga.
"Haikall ada datang jumpa kau?" Almira bertanya setelah kembali duduk di atas katil.
"Tak ada pula, selalunya terserempak aje."
Almira mengangguk dalam diam sementara Alyan diharung kehairanan.
Kenapa tiba-tiba saja dia tanya pasal Haikall?
Setiap kali fikirannya terimbau tentang lelaki itu, laju memori Alyan mengingatkan - Haikall tahu rahsia terbesar dia!
"Dia tak ada kacau kau?"
"Tak ada pun. Lagipun aku jarang keluar. Kenapa kau tanya?"
"Aku risau dia kacau kau aje," gumam Almira lalu baring membelakangi kakaknya.
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi