𝟐𝟑. 𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝓲 𝓣𝓻𝓲

581 80 6
                                    

7/6/2021

MELIHAT Alyan baik-baik saja Almira tidak lagi merisaukan gadis itu. Walaupun Alyan hilang ingatan, dia senang menjalani kehidupan walaupun tidak mengenali manusia sekelilingnya. Cumanya Alyan suka mengurung diri di dalam bilik sejak bangun daripada koma.

Itulah tanggapan Almira kini.

Alyan semakin baik, Shakeel pula yang buat hal. Call tak angkat, mesej tak balas. Bila tanya Azam, lelaki itu hanya jawab - Shakeel busy.

Dia dapat tahu yang Haikall sedang direman. Kemudian, gegas dia hubungi Shakeel. Shakeel beritahu dia yang Haikall duduk di penjara hanya sementara, setelah itu Shakeel senyap. Tidak dapat dihubungi.

"Kau kenapa?" Alyan tegur adiknya yang termenung di meja makan.

"Kau ada call Shakeel tak?"

Alyan menggeleng,"takde, kenapa?"

"Dah empat hari dia senyap."

Alyan pelik. Terus duduk di kerusi depan Almira. Menunjuk minat. Sibuk bekerja sampai dia lupa orang sekelilingnya. Setahu dia, Shakeel memang jarang tidur di rumah sejak dia mula bekerja. Kata Almira, Azam dan Shakeel sewa rumah untuk dijadikan tempat lepak mereka. Tak cukup di rumah Azam, di ofis, mereka menyewa tempat lain pula.

"Cubalah mesej, whatsapp? DM?"

"Nope, dia tak balas. Seen pun tak."

"Dah tanya Azam? Azam kan kawan dia?"

Keluhan Almira menjadi jawapannya.

"Diorang sembunyi sesuatu daripada kau agaknya."

Almira angkat kepala yang menunduk dari tadi. "Sembunyi apa? Rahsia apa yang besar sangat sampai nak sorok?" Beremosi pula. Marah juga apabila dibiarkan tertanya-tanya.

"Dia ada girlfriend baru?" Tiada motif, Alyan hanya bertanya. Jauh dalam hatinya, dia bimbang jua. Dia tahu Almira dan Shakeel sangat rapat. Tak berhubung empat hari itu semestinya menimbulkan tanda tanya.

"Girlfriend lama pun tak ada, girlfriend baru apanya?" Almira buat muka loya.

"Kau kan girlfriend dia?"

"Eeee, kita orang best friend forever. Tak nak couple-couple."

Alyan angguk-angguk kepala tayang muka orang tak percaya.

"Mestilah dia malu nak bagitahu kau sebab itu dia senyap empat hari."

Tak semena-mena Almira tayang muka miangnya.

"Kau takut dia ada girlfriend eh?" Almira menyakat.

Alyan guling bebola mata. Buat-buat macam tak kesah.

"Kau pun perasan kan?" Almira tanya masih dengan senyumannya.

"Perasan apa?"

"Kak Nas suka Shakeel."

"Mestilah, siapa tak suka Shakeel," bunyi sindiran menyusul pada ayatnya. Tak mahu ada bau-bau orang cemburu di tengah-tengah meja makan ini.

Semestinya Almira tak lagi sepolos Almira yang dulu. Dia pasti sudah lama menyaksikan cinta-cinta Shafinas kepada Shakeel di udara. Tambah-tambah pula mereka sudah kenal lama.

"Tapi Shakeel tak pernah layan pun." Almira menambah.

Kalau Shakeel layan, maknanya lelaki itu sudah jumpa pasangan sehidup semati dia. Mana mungkin Shakeel sanggup melayan kalau bukan sebab cinta atau sayang.

"Cubalah call dia lagi," kata Alyan. Diusir segala emosi kecuali satu perasaan ini tak dapat dia buang.

Kenapa Shakeel senyap empat hari?! Dia sakit ke?! Dia dekat mana sekarang ini? Mindanya berperang dengan perasaan bimbang di hatinya.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now