32. Thirty Two

326 38 0
                                    

Semuanya berlaku macam yang mereka rancang. Tinggalkan Alyan di tempat awam, tunggu Dani muncul dan seterusnya adalah tugas Shakeel. 

"Tangan dia patah, ambil masa enam bulan untuk sembuh. Bahagian dahi dan kening tercedera terkena geseran, kaki terseliuh. Overall, tak teruk tak ringan. Yang pasti, tak seteruk Alyan lah." Azam berkata panjang memberi maklumat. 

"Macam yang dia cakap, dia stress, emosi dia tak stabil jadi dia banyak ambil ubat tidur."

"Tak kiralah dia cedera teruk ke ringan, aku tetap tak puas hati. Empat tahun kut! Kan Shakeel?" Darwish mendengus masih menyimpan iri.

"Alyan kata dia tak kesah, tak dapatlah kita nak hentam dia lebih-lebih," ujar Fattah.

"Baik betul Alyan pun." Darwish mengomel. Ganaslah sikit, suruh dia bayar ganti rugi ke, belanja beras untuk dua tahun ke, bayarkan bil rawatan ke.

"Nak hentam pun, dia orang susah. Nanti kita pula yang masuk lokap," komen Fattah.

"Jadi sekarang macam mana?" Darwish memandang Shakeel yang belum memberi respon.

"Biarkan dia, kita tengok Alyan macam mana dulu," komen Shakeel. Kalau Alyan okey, tidak rasa terancam, selesa berada di tempat awam, maka Dani bebas dari perhatiannya.

"By the way guys, aku ada nampak Zara dengan Haikall ada sekali tadi sibuk mengintip juga." Darwish buka cerita. Bengang jugalah bila nampak dua malaun itu tadi. Satu kerja pula dia kena awasi dua tiga orang dalam satu masa.

Mendengar itu, perhatian Azam terkalih sekejap. Sempat dia menayang muka terkejut sebelum menggulingkan bebola mata. Menyibuk aje dua orang itu. 

Azam bukannya handal sangat kerja-kerja belakang bayang. Perhatian dia memang hampir 100 peratus pada Alyan dan Shakeel saja. Bersiap sedia kalau-kalau Dani mula mengganas atau keluarkan senjata. Bolehlah dia buka pencak laju-laju.

Shakeel melepaskan keluhan berat. Cakap pasal Haikall, daripada tenang terus jadi tertekan.

"Dorang tak ada buat apa-apa kan? Biar ajelah," kata Shakeel tak mahu bertindak melulu macam yang dia buat pada Dani tadi. Tak pasal-pasal kena bawa lelaki itu pergi klinik untuk rawat luka pula.

"Haikall dengan Zara pergi minum petang sama-sama." Darwish menyambung cerita. Hampir terhambur tawanya teringatkan gelagat Haikall tadi. Kalau dia cerita takut malu pula tujuh keturunan Haikall nanti.

Tak pernah lagi dia sanggup bergolek atas lantai untuk perempuan. Samseng-samseng Haikall pun dalam hati ada taman.

Memanglah tak pernah. Sebab kau tak pernah ada girlfriend.

Auch.

"Haikall tahu ke pasal Dani?" Fattah menyoal. Musykil juga tiba-tiba saja Haikall ada di tempat kejadian. Nak tahu juga kalau lelaki itu ada ambil tahu pasal Dani.

Darwish dan Fattah sama-sama memandang Shakeel. Menginginkan jawapan daripada lelaki itu. 

"Tak tahu kut? Entahlah. Dia tak ada cari pasal pun." Azam jadi tukang jawab. 

Bak kata Shakeel, kalau dia tak mula, kita takkan buat apa-apa.

"Fattah, flight kau pukul berapa?" Darwish menukar topik. Kelmarin Fattah ada bagitahu esok dia akan ke London. Sebab apa lagi kalau bukan sebab kerja. Tahu-tahu dah nak terbang ke tempat lain. Lupa pula nak cadangkan buat pot luck. Untung kita orang dapat rasa air tangan Shakeel.

Pasal Haikall, biarlah kita tolak tepi dulu. Tak usah peningkan kepala yang tidak pening.

"Pukul sembilan pagi."

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now