𝟐𝟓. 𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝓲 𝓕𝓪𝓲𝓿

544 75 5
                                    

Alyan bangun tidur dalam keadaan mamai. Ketukan pintunya semakin galak berbunyi. Dia tengok jam sekilas. Pukul 9:45 pagi.

Perlahan tangan mengulas tombol pintu. Tatkala pintu itu terkuak, Almira terpacul di depannya, wajahnya basah dengan air mata. Berusaha menahan tangisnya sambil memegang telefon pintarnya.

"Kenapa kau menangis?" Polos Alyan bertanya kerana dia tak tahu apa-apa.

"Hey, kenapa ni? Siapa buat kau menangis hm?" Alyan pegang bahu Almira yang lebih tinggi daripada paras hidungnya.

"Atuk..."

"Kenapa dengan atuk?"

"Atuk dah tak ada." Almira menghamburkan esakannya lalu rebah di atas lantai.

Lutut Alyan ikut turun sama. Rambut yang menutup sisi wajah disisir ke belakang diikuti dengan air mata yang drastik mengalir.

Tubuh dibawa memeluk Almira. Memahami perasaan gadis itu. Satu-satunya ahli keluarga yang rapat dengan atuk adalah Almira. Lelaki itu yang menjaganya sebelum dia reti mengira.

Alyan menahan hiba apabila Almira asyik mengulang 'atuk dah tak ada...'

Tak mampu mengeluarkan kata-kata selain turut sama menangis.

Dia dan atuk, memang tak rapat. Sangat jauh dan teruk jika hendak dibandingkan dengan Almira atau Shakeel.

Kerana itu hatinya bagai direntap kuat bila tahu atuk sudah tiada.

Tempoh dia bersama atuk, boleh dikira pakai jari. Selepas koma begitu lama, dia tak dapat berjumpa lagi dengan lelaki itu. Tak mampu sentuh dia, salam dia, berborak dengan dia. Sakitnya rasa bila hilang orang tersayang.

Kalau dia pun rasa seteruk ini, macam manalah perasaan Almira.

Satu jam kemudian Alyan dapat tahu Shakeel sedang dalam perjalanan ke New Zealand, membantu ayah menguruskan apa yang patut.

Dia dan ibu sempat membuat video call. Sementara Almira... Sudah 4 jam dia mengurungkan di dalam bilik.

Alyan mendapat mesej daripada Shakeel. Lelaki itu pesan untuk dia menjaga Almira, jangan bagi Almira keluar rumah.

Sudah semestinya dia akan jaga Almira.

Lalu Alyan terima mesej kedua pula.

Jangan biar dia duduk sorang-sorang dalam bilik.

Alyan kaku sebentar. Dia mendengus lalu pantas bangun daripada duduknya. Cuba membuka pintu bilik Almira.

Laju Alyan mencari kunci pendua apabila pintu itu tak dapat dibuka.

Dalam keadaan tangan yang menggeletar, hujung kunci cuba dimasukkan.

"Almira!" Suara Alyan memetir dalam kerisauan.

Almira sedang bersandar di kaki katilnya sambil bersila dalam keadaan bukaan matanya layu memandang lantai.

"Shakeel dah sampai New Zealand kau tak nak tanya khabar dia?" Alyan bersila di sebelah Almira. Menarik badan gadis itu supaya duduk tegak.

"Shakeel pandai jaga diri... Tapi atuk macam mana?" Almira membalas dalam keadaan tekaknya kering.

"Ibu ayah pun ada dekat sana tau. Tahlil pun dah buat."

Almira geleng kepala bila soalannya tak dijawab.

"Kau nak makan? Aku ada buat cekodok."

"Kenapa..." Almira berdesis perlahan. "Kenapa aku tak ikut Shakeel ya?"

Buat pertama kalinya Alyan melihat wajah Almira tersangat dingin. Terasa seperti dia sudah buat kesalahan besar.

"Dia suruh aku stay dengan kau... Dia tak bagi aku ikut."

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now