15. "Saya rindu anak saya."

886 105 6
                                    

█████ Hari ini, hari yang mungkin sedikit mendebarkan untuk seorang Alyan Mikayla. Hari ini dia akan pulang ke rumah. Malam ini dia akan tidur di atas katilnya sendiri.

"Its okay, pelan-pelan," kata Almira membantu Alyan turun dari katil menstabilkan diri bersama tongkat di kiri dan kanan.

"Aku excited," ujar Alyan sambil tersenyum. Tak sanggup lagi betapa di hospital. Dia tahu tak banyak perbezaan pun di hospital atau di rumah. Tapi hey, aku tak dapat tidur di rumah sendiri hampir 5 tahun. Aku rindu.

Almira hanya senyum. Faham dengan perasaan itu.

"Kau sure ke tak nak pakai kerusi roda?"

Alyan menggeleng kepala tak mahu. Biarlah dia usaha sendiri daripada dia mengharapkan ada orang lain tolakkan kerusi roda untuknya.

Doktor Fattah ada di sini. Dengan ibu, ayah, Almira dan juga Shakeel.

Alyan bergerak menuju ke arah doktor Fattah yang sedang bersama Shakeel. Sedar Alyan menghampiri, automatik perhatian mereka beralih.

"Terima kasih... Doktor," ucap gadis itu. Benar-benar menghargai jasa lelaki itu. Dengan harapan rahsia mereka masih disimpan rapi di dalam poket masing-masing.

"Lebih baik awak berterima kasih dekat Shakeel kut... Dia banyak tolong awak," balas Fattah lalu merangkul bahu Shakeel dengan senyuman.

Pandangan Alyan bertukar arah. Saling bersabung mata dengan Shakeel. Kemudian dia berkata, "Dia pun doktor juga ke?"

"Who knows? One day?" kata Fattah ikhlas betul memuji Shakeel. "Dia tahu banyak benda pasal awak, apa-apa hal berkaitan dengan awak dialah orang pertama yang saya cari selain adik awak."

Alyan hanya mampu anggukkan kepala. Enggan mengucapkan terima kasih pada waktu begini.

Kemudian Alyan berlalu pergi ke arah Almira semula.

"Alyan, kau naik dengan Shakeel tau? Aku naik dengan ibu ayah."

Mendengar itu Alyan jadi muram. "Kenapa pula?"

"Nak beli barang dapur sekejap dah alang-alang ada dua kereta."

"Nak ikut..." kata Alyan berharap mereka membenarkan dia turut serta.

"Mana boleh, tak nampak kaki tak sembuh lagi?" Ibu bersuara tegas sambil menunjuk wajah simpati.

Pergi berdua aje tak boleh ke? Biarkan Almira ikut dia dan Shakeel sekali. Mana boleh dia dan Shakeel berdua saja! Tolonglah... Apa aku nak buat nanti?

"Nak hantar ayah pergi ofis dulu baru gerak beli barang," tambah Almira lagi membuatkan Alyan jadi tak bersemangat mahu berjalan.

Tak menunggu sebarang balasan daripada Alyan, mereka bertiga bergerak pergi. Sangat senang meninggalkan anak sulung perempuan mereka bersama Shakeel.

"Cepatlah, tak sabar nak balik!" rungut Alyan tak rela.

"Duduk sini."

"Hah?" Alyan terpinga-pinga melihat kerusi roda yang entah datang dari mana.

"Tak nak," Alyan geleng kepala tak mahu berkali-kali. Meminta simpati daripada lelaki itu dengan muka masamnya.

"First and last," kata Shakeel meyakinkan Alyan yang sekali ini saja dia perlu gunakan kerusi roda.

Mendengar itu Alyan hanya menurut. Percayakan Shakeel untuk kali ini. Alyan tahu kalau dia bantah sekalipun, Shakeel takkan ikut cakap dia.

"Jangan sentuh!" Alyan Mikayla beri amaran awal-awal. Tak mahu ada sesiapa cuba dekat atau menyentuh dia.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now