Bunyi ombak menghiasi suasana. Mangkuk aiskrim dipegang kemas. Alyan menikmati kedua-duanya.
"Kenapa bawa aku datang sini?" Alyan bertanya. Seingat dia, belum pernah lagi dia datang ke sini. Iyalah, selalunya kalau jalan-jalan, mesti orang akan bawa dia tempat yang nostalgia. Tempat yang banyak kenangan lama.
"Saja." Shakeel respon. "Aku suka datang sini."
Macam tak percaya, Shakeel betul-betul bawa dia ke pantai. Ada dua ke tiga ahli keluarga dan beberapa pasangan di sini. Kalau Alyan betul-betul pakai gaun, mesti orang ingat mereka pasangan kekasih.
"Selalu ke datang sini?"
"Tak juga. Kalau rasa nak datang, aku datanglah."
Mereka selesa dengan keheningan suasana. Shakeel termenung melihat matahari yang hampir terbenam sementara Alyan menikmati aiskrimnya.
"Kalaulah kan... Kalau aku mati kau akan buat apa?"
Suasana macam ini memang seronok kalau bersyahduan.
Shakeel tersentak. "Kenapa kau tanya?"
"Saja?"
"Teruskan lah hidup macam biasa. Kau tak ada, apa boleh buat? Takdir tuhan kan."
Alyan angguk kepala membenarkan. "Kau tak sedih?"
"Sedihlah takkan gembira pula."
Tak sweet langsung. Bagilah respon bergula sikit. Contohnya macam, 'aku tak boleh hidup kalau kau tak ada Alyan.' Kan best kalau dapat jawapan macam gitu. Berbunga sikit hati.
Shakeel di sebelah walaupun nampak tenang, hatinya mula seriau. Kenapa tiba-tiba Alyan tanya soalan bukan-bukan? Risaulah! Gila tak risau? Dia belum bersedia lagi nak hilang sesiapa. Cukuplah atuk seorang tinggalkan mereka.
"Kalau aku tanya, kau jangan marah tau?" Alyan minta izin dengan berhati-hati.
Pulak dah... Soalan tadi kau tak minta izin pula!
"Tanya apa?" Tetap tenang. Bunyi-bunyi ombak disumbat ke dalam telinga cuba menenangkan hati sendiri.
"Kau... Pernah tak cari ibu bapa kau?"
Tubuh Shakeel keras. Soalan itu tidaklah susah, entah kenapa setiap kali teringat hal itu, lima kali juga dia teguk air liur sendiri.
Sedihnya takkan pernah berakhir. Tapi tak pula dia rasa sakit. Hatinya tetap senang walaupun hidup tanpa ibu bapa kandung. Dia reda dan hargai apa yang tuhan bentangkan untuknya hari ini.
Ibu, ayah, Alyan, Almira, Azam dan kawan-kawannya yang lain sudah cukup melengkapi hidupnya. Sedih tetap ada, namun semakin dia membesar, dia yakin kesedihan dan kesakitan itu satu pengorbanan untuk dia dapat yang lebih baik di masa hadapan.
"Tak pernah," Shakeel membalas selepas jeda seketika.
Alyan mengeluh dalam diam. Sudah terlalu lama dia simpan rahsia ini. Dia benci Shakeel kerana lelaki itu tak jujur. Namun apa beza dia dengan lelaki itu kalau dia juga tak jujur?
Ibu dan ayah pun tak pernah buka mulut. Sedangkan Alyan tahu rahsia ini daripada mereka sendiri. Kenapa ya? Dia orang tak risau ke kalau aku bagitahu Shakeel? Argh, serabut!
"Kalau kau dapat tahu dia orang hidup lagi macam mana?"
"Gembira? Entahlah tak tahu."
"Cubalah, mana tahu kan?"
"Tak naklah, aku tak berharap pun."
"Habis, kau yakin dia orang dah tak ada?"
"Lebih kurang lah."
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi