̶2̶̶0̶̶.̶̶1̶ 𝕋𝕚𝕞𝕓𝕦𝕟𝕒𝕟 𝕜𝕠𝕥𝕒𝕜

521 80 6
                                    

27/3/2021

Kepala Alyan membelingas tengok kiri dan kanan. Sesekali mata mengerling pintu bilik Almira yang te rtutup rapat. Ibu dan ayah tak ada di rumah. Mereka ke New Zealand untuk beberapa hari. Shakeel pula hilang jejak tak tahu ke mana. Lepak dengan Azam agaknya.

Nafas dihela dan dihembus. Lega Shakeel tak ada di rumah. Kalau Shakeel ada, mungkin hasrat Alyan untuk menyelinap keluar daripada rumah takkan terjadi.

Almira nampaknya sangat setia menjadi orang bawahan Shakeel. Alyan tak boleh mengharapkan gadis itu lagi.

Pintu utama rumah dibuka perlahan-lahan dan tutup juga dengan penuh berhati-hati. Pintu rumah dipastikan berkunci sebelum dia berlari anak pergi ke pagar rumah pula.

Almira sendirian di rumah. Mana mungkin dia mahu biarkan rumah itu tak berkunci.

"Hah!" Nafas lega Alyan hembus, berpaling memandang rumahnya dengan senyuman sinis. Berasa sangat kagum dengan diri sendiri.

Kaki mengatur langkah pergi ke kawasan kedai-kedai yang masih sibuk dan bercahaya. Masih awal, lapan 50 minit malam. Rata-rata kedai tutup pukul sepuluh malam.

Angin malam menyentuh kulit, Alyan seluk tangannya ke dalam kocek.

Terasa bebas tak dikawal oleh mana-mana manusia. Tidak Shakeel, Almira mahupun ibu bapanya.

Alyan singgah di 7-Eleven. Kedai yang dia rasa selamat dan terang-benderang tak seperti kedai-kedai lain.

Tika itu ada seorang lelaki berada di kaunter. Alyan pandang hanya sekilas tak mahu sibuk urusan orang lain.

"Dunhill."

Oh, beli rokok?

Hati kata tak nak, tapi tetap nak curi-curi dengar juga.

"Tak cukup, baru lapan ringgit," kata juruwang yang menjaga kaunter.

Jelas kedengaran lelaki itu menyumpah sebelum menyebut, "takpelah."

Hah, tuhan nak suruh dia bertaubatlah agaknya.

Alyan geleng kepala jua apabila tengok juruwang itu tersenyum simpati yang tak berapa nak ikhlas.

Selepas lelaki tadi keluar, Alyan pula pergi mara ke kaunter dan bayar barangnya.

"Orang sekarang memang tak sayang diri sendiri kan? Umur masuk 21 terus pulun nak beli rokok." Juruwang perempuan itu tiba-tiba bercerita.

"Hmmm, betul." Alyan ketawa hambar.

"Sorang-sorang aje ke pergi kedai? Rumah mesti dekat-dekat sini aje kan?" Dia tilik baju Alyan. Baju t-shirt biasa dengan seluar tidur corak belang.

"Hati-hati sebab mat rempit bersepah dekat kawasan sini," katanya lagi bagai tak memerlukan jawapan Alyan.

Alyan hanya anggukkan kepalanya lalu ucap terima kasih.

Keluar saja daripada kedai itu badan Alyan mula meremang. Bagai tersedar yang dia sudah pun keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan orang.

Tak mahu ambil risiko menjadi perhatian orang ramai, Alyan berjalan seperti biasa.

Pom! Pom! Pom! Bunyi bunga api meletus di udara. Kepala Alyan menengadah melihat kecantikan hasil bunga api itu.

Bunga api itu berterusan namun tidak mengganggu ketenteramannya. Ada segelintir manusia merakam situasi tersebut, ada juga yang tutup telinga.

Tak ambil peduli ke mana tujuannya, Alyan tersentak apabila tiba di sebuah lorong. Tak gelap tak juga terang. Suasana kelam dan suram saja di lorong itu.

Dari kejauhan, Alyan dapat lihat sepasang kaki di sebalik timbunan kotak yang tersusun.

Lagi sekali dia terkejut. Tertanya-tanya siapakah gerangan sepasang kaki itu. Hidup ke mati? Itu yang disoalkan hatinya. Takut-takut kalau itu mayat saja. Takkan tak ada sesiapa yang perasan?

Entah apa yang merasuk dia, langkah dibuka memdekati timbunan kotak itu.

Semakin dekat dia dengan sepasang kaki itu, semakin jelas hembusan nafas kencang didengarinya.

Tak semena-mena mata Alyan terbelalak besar.

Apa aku cuba buat ni?!

Alyan tepuk kepalanya sendiri kemudian tubuh bertukar arah. Laju untuk patah balik semula.

Tatkala dia ingin membuka seribu langkah, tangannya disambar. Tersekat nafasnya di kerongkong. Cuba dilepaskan namun genggamannya kemas. Tak menyakitkan namun cukup untuk buat Alyan tidak melepaskan diri.

Alyan tolehkan kepalanya. Beranikan diri untuk bersuara.

Alyan terpegun memandang susuk tubuh yang memegang lengannya. Seorang lelaki yang kini sedang berdiri betul-betul dekat dengannya. Sejak bila lelaki itu bangun, langsung dia tidak perasan. Wajahnya yang berselisih dengan sinaran lampu sukar dilihat.

Lelaki itu berundur setapak seakan-akan sedang terkejut dengan apa yang dia lihat. Spontan genggaman tangan dilepaskan.

Sebaik saja lelaki itu berundur, lutut Alyan jadi lemah. Wajah lelaki itu kini sudah melekat di mindanya. Lidahnya kelu setelah mengetahui identiti lelaki itu. Jaket yang dia pakai ini... Sama macam lelaki yang beli rokok tapi tidak kesampaian tadi.

"K-kau..." Tangan Alyan naik menutup mulut sendiri.

"Kau hisap rokok Haikall?"

Haikall hisap rokok? Sah, dia memang tak sayang diri sendiri.

Lelaki itu berundur lagi buat Alyan bertambah hairan. Mimik muka itu tidak seperti selalu. Tidak seperti apa yang ada di dalam mindanya.

"S-sorry." Haikall membalas lemah.

Pom! Pom! Pom! Bunga api masih lagi berlangsung dengan jayanya.

Haikall cakap apa tadi? Alyan tak percaya dengan telinganya sendiri. Haikall cakap sorry?! Wah!

Haikall mendorong dan mendorong sehingga dia terduduk di tempat yang sama dia duduk tadi. Di sebalik kotak... Namun kini kakinya ditarik rapat ke dada. Sepenuhnya terlindung di sebalik timbunan kotak sambil meletakkan tangannya di atas kepala yang bersandar pada lutut.

"Kau kenapa?" Alyan menyoal perlahan. Haikall tak sedar agaknya yang di depan dia ini Alyan Mikayla, sebab itu dia langsung tak marah. Tak mungkin Haikall layan dia begini.

Sedar, Haikall tak menjawab soalannya, Alyan terus berlari keluar daripada lorong itu.

Pergi ke 7-Eleven semula...

Kemudian muncul bersama air mineral dan coklat di hadapan Haikall.

Selesai lunaskan hasrat dia, Alyan putuskan untuk cepat balik ke rumah.

"Thanks... Mikayla." Langkah Alyan mati.

Haikall tahu!

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now