Tiga-Enam

263 39 7
                                    

"APASAL kau, hah?" Haikall bingung apabila Shakeel muncul di depan pagar rumahnya. Dia yang masih mamai, dengan kantuk yang masih tersisa turutkan saja apabila Shakeel meminta dia mengikutinya.

"Pagi-pagi buta kacau orang, sakit apa kau?" Mulut tak henti mengomel.

Mereka kini berada di tasik taman perumahan Haikall, berdiri di sebelah motor milik Shakeel. Suasana lapan pagi itu terasa dua kali ganda lebih dingin dengan adanya muka ketat Shakeel di depan mata.

"Alyan dah tahu? Kau bagitahu dia?" Setelah menenangkan hati sendiri meredakan emosi, Shakeel utarakan apa yang berlegar-legar di ruang minda sejak tiga hari lalu.

Haikall sepi sejenak, cuba memproses apa yang sedang berlaku.

Oh! Kuat suara hatinya berbunyi. Sebab itu rupanya Shakeel tiba-tiba munculkan diri. Macam manalah aku boleh lupa!

"Took you long enough!" Haikall ketawa. "Tiga hari baru kau jumpa aku? Kenapa? Kau baru tahu? Atau... Kau tak berani jumpa aku?" Soalan berselang-seli dengan gelak tawa.

"Sorrylah aku dah terpecah rahsia." Sarkastik Haikall berbicara. "Aku tanya dia pasal Ray, tapi dia tak nak jawab. So... Aku tak sengaja ter-bagitahu dia."

Shakeel yang mendengar sukar mengeluarkan suara. Jantungnya berdegup kencang menahan segala rasa.

"Alah, aku bagi hint aje! Bukan bagitahu direct pun. Kau tahu kenapa? Sebab aku nak dia sendiri tanya kau, hahaha."

"Kesian... Alyan rasa dia dah ingat semuanya tapi hakikatnya? Ada benda yang kau sorok daripada dia."

Oops!

Haikall tersenyum sinis. "Kau tak terkejut! Impressive! Well, kau kan Shakeel. Apa aje yang Shakeel tak tahu?"

Haikall masih geli hati. Puas hatinya dapat kenakan Shakeel. Kalau aku tak dapat sakitkan fizikal dia, aku boleh kacau mental dia.

"Macam mana kau tahu?" Shakeel menyoal perlahan. Muncul rasa kecewa dalam dirinya. Alyan boleh tipu dia hidup-hidup, dia tak peduli. Tapi kenapa perlu tipu ibu dan ayah? Almira?

Seyakin-yakin hati Shakeel, dia hanya mampu syak sahaja. Kesahihannya masih misteri. Tak sangka pula apa yang dia rasa itu benar belaka. Dia cuba percayakan Alyan Mikayla, tapi akhirnya hatinya kesal jua.

"Hmmm, kau rasa?"

Ah! Dia ajak main teka-teki pulak!

"Dia sendiri yang bagitahu aku." Haikall tayang sengih sinisnya. "Auch, sakitnya! Kenapa Alyan bagitahu dia? Kenapa dia sanggup tipu aku? Kenapa?" Haikall menambah minyak api yang sudah membara. Mengolok-olok Shakeel di depannya.

"Hahaha! Janganlah serius sangat. Dia tak sengaja terpecah rahsia. Hmmm, kenapalah dalam banyak-banyak orang, aku juga yang terpilih kan?"

"Kalau kau tahu, kenapa kau tak sebarkan penipuan dia? Bukan kau nak sangat tengok dia merana?"

"Kalau ikutkan hati, memang aku nak bocorkan aje rahsia bodoh dia. Saja aku nak tengok sejauh mana dia boleh membongak korang semua. Terutamanya sekali kau. Seronok juga tengok kau kena tipu hidup-hidup dengan dia."

Haikall kerling Shakeel di depannya. Diam aje dia. Tak nak marah ke?

"Kau? Macam mana kau tahu? Fattah bagitahu kau?" Haikall tanya.

Wajah Shakeel yang berkerut-kerut itu menjadi jawapan.

"Tch, mentang-mentang dah lari jauh, dia bocorkan gitu aje. Kesian Alyan penat sorok penipuan dia."

"Jaga diri." Shakeel tepuk bahu Fattah.

"Kau pun sama. Kau kena ingat, kau ada musuh tau."

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now