22/1/2020
█████ Shahmia menongkat kepala. Menikmati keindahan alam depan mata. Sesekali dia melirik figura di sebelah. Kecil pupil mata melihat ekspresi wajah yang tak lokek dengan senyuman.
Dia fikir apa sebenarnya? Getus hati Shahmia.
"Senyum-senyum dari tadi... Kau kenapa hah?" Shahmia bersuara akhirnya. Nak tahu apa yang gadis itu fikirkan sampai senyuman manisnya yang jarang-jarang sekali menunjukkan diri terlakar tiba-tiba.
Takkanlah Alyan dah bangun? Bukan selalu dapat tengok senyuman manis seorang Almira Maisara sejak kakaknya koma.
"Senyum pun salah ke?" Almira menyoal balik. Bibirnya tak lagi mekar sesudah ditegur. Menyorok keterujaan yang masih belum hilang.
"Ada berita baik ke?" soal Shahmia lagi apabila soalannya dibalas dengan soalan.
"Aku jumpa someone semalam..." Tak ragu-ragu Almira buka cerita.
"Someone? Siapa? Shakeel?"
Mendengar nama Shakeel, Almira laju menggeleng. "Bukan dialah," katanya.
"Kalau bukan Shakeel siapa? Kalau aku tak ada kat sebelah kau sekarang, kau dah macam orang tak betul kau tahu tak?"
"Kau rasa siapa?" Sengih Almira melebar berharap Shahmia jawab teka-tekinya. Melihat Almira begitu, Shahmia merelakan otaknya berfikir.
"Siapa? Aku kenal ke?" Kalau dia tak kenal, tak payah susah-susah dia nak fikir.
"Kau kenal sangat dengan dia," kata Almira sungguh yakin. Masih lagi dengan senyuman menawannya. Siapalah yang mampu buat Almira gembira sampai macam ini sekali. Shakeel ke? Alyan ke? Atau mak dan ayah dia?
"Ibu kau? Ayah? Kucing yang selalu mengendeng dekat aku? Makcik sebelah rumah kau?"
Almira geleng kepala. "Bukanlah! Bukan kucing, bukan jiran, bukan mak bapak aku."
"Lelaki ke perempuan?"
"Lelaki."
"Kau serius ke aku kenal?" Lelaki? Shahmia tak kenal ramai lelaki yang Almira kenal.
"Ya! Yakin 100 percent."
Tengok Almira yang nampak sangat yakin, seri wajahnya mendadak meningkat buat Shahmia mula musykil. Minda mula memikirkan siapa, siapa dan siapa. Dan ada seorang yang terlintas di fikirannya. Sebagaimana Almira yakin, seyakin itu jugalah Shahmia.
"Azam?" Shahmia tahu Azam dan Almira tak lah begitu rapat. Selama empat tahun dia kenal dengan Almira, tak pernah lagi dia lihat Almira bersembang dengan Azam.
"Nope, lagilah salah!"
Kalau bukan Azam maknanya....
"Haikall?"
Terlepas keluhan Shahmia. Tersekat oksigen di kerongkong apabila nama itu mendapat anggukan serta senyuman manis daripada Almira.
"Tak payahlah seronok sangat... Macam baru first time kau jumpa dia."
"Gila tak seronok? Aku ingat dia nak lari pergi negara lain. Nasib baik dia pilih Malaysia."
"Apa yang dia dah buat dekat kau hah? Esh..." Sukar Shahmia terima reaksi Almira terhadap Haikall. Satu-satunya orang yang gembira dapat bertemu Haikall kembali. Tengoklah gelagat Almira tadi. Orang bercinta bertepuk dua tangan pun tak begitu.
"Kau tak faham Shamia... Dia..."
"Dia apa? Baik? Handsome? Caring?" potong Shahmia tak mahu dengar ayat itu daripada mulut Almira.
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Dla nastolatkówSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi