𝟐𝟒. 𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝓲 𝓕𝓸𝓻

499 73 16
                                    

1/7/2021

Shakeel mengurut pelipis sendiri. Tarik nafas dan hembus cuba untuk kekal stabil. Kaki bergerak merapati Azam yang bersama dengan seorang wanita.

"Bila Haikall boleh keluar?" Wanita itu bertanya dengan wajah penuh kerisauan. Setiap kali bertemu, pasti soalan itu akan ditanya.

"Kita orang pun tak tahu makcik. Mana boleh tarik bawa keluar macam gitu aje," jawab Azam dengan nada yang tidak ikhlas. Nampaknya hanya dia saja yang berharap Haikall tak akan keluar dariapda penjara buat masa ini.

Azam mendahului Shakeel bergerak menuju ke pintu utama penjara. Shakeel jeda memandang Haneesah, ibu kandung Haikall.

"Tak nak masuk sekali ke?" Shakeel mengajak. Sebelum ini Haneesah enggan. Mana tahu hari ini dia ubah fikiran.

"Tak apa ke?" Risau kalau-kalau dia akan menyusahkan.

"Jomlah." Shakeel membuka langkah. Membiarkan Haneesah membuat keputusan. Lambat-lambat wanita itu mengangkat kaki. Namun akhirnya dia melangkah laju supaya Shakeel tidak hilang dari pandangan.

Menggeletar tubuh memasuki kawasan itu. Berjanji tidak mahu menjejakkan kaki semula, tapi demi anaknya dia gagahkan diri jua. Cukup sudah dia merana di sini bertahun-tahun. Tak teringin untuk hadap semula.

Macam selalu, Haikall akan dipanggil. Kadang-kadang Azam berbual dengan lelaki itu. Menyindir Haikall dengan macam-macam bentuk. Shakeel pula tak terasa ingin lakukan perkara sama, dia hanya bertanya khabar. Selain daripada itu, dia hanya diam saja.

Bunyi tapak kaki kedengaran. Bayang Haikall semakin kelihatan. Tangan Haneesah bertaut gementar. Selalu tengok Haikall dari jauh saja sebelum ini. Untuk pertama kali setelah bertahun-tahun lamanya, dia dapat tengok anakya depan mata.

Mata mereka bersabung. Haikall hanya pandang sekali imbas tanpa minat. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Korang nak apa lagi?" Haikall bertanya lelah. Sudah menerima hakikat diri yang tidak berkuasa. Keadaan tidak memihak padanya kali ini. Kata-kata Azam yang penuh sindiran tidak mengetuk amarahnya. Bohong kalau dia langsung tak terasa hati. Tapi dia telan saja. Sudi memberikan kepuasan yang mereka mahukan.

Lagipun dia sangat senang hati apabila dibawa keluar daripada besi-besi berkarat yang langsung tidak menawan itu. Bolehlah dia berjalan jauh daripada perlu duduk bersama orang-orang yang berlagak seperti merekalah yang paling jahat, paling hebat.

Haneesah yang bermata bundar tadi terus longlai tubuhnya melihat reaksi Haikall yang biasa-biasa saja.

Shakeel dan Azam bertukar pandangan sebelum anak mata jatuh pada Haneesah yang muram.

"Dia siapa?" Haikall pandang Shakeel. Setahu Haikall, ibu Zhareef lain wajahnya. Atau bapak Zhareef kahwin dua?

Haikall tilik wanita yang memandangnya tanpa kelip itu. Tak dapat dia tafsirkan pandangannya.

Berbaju kurung, rambut diikat satu dan langsung tidak mewah.

Zhareef kan orang kaya? Takkanlah mak dia biasa-biasa saja. Mungkin mak dia yang ini zuhud orangnya.

"Kau tak kenal?" Azam nampak terkejut. Kening Haikall hampir bertemu melihatnya. Pertama kali dia nampak Azam terkejut begitu.

"Aku kenal?" Haikall menyoal balik. Kenapa macam aku orang yang bersalah? Fikir Haikall. Takkan salah aku kut, sebab aku tak kenal dia?

"Kau, daripada kau datang sini, kenapa tak pergi jaga Alyan? Tak ke buang masa?" Haikall menopang dagu memandang Shakeel pula. Mahu menggunakan masa yang diberikan untuk duduk di sini lebih lama.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now