♡𝓣𝔀𝓮𝓷𝓽𝓲 𝓢𝓲𝔁 ♡

543 76 14
                                    

█████ Darwish bersandar pada rak buku. Memandang Shakeel yang ralit melihat komputer riba.

"Kau baru aje sampai semalam, tak reti nak balik rumah ke?"

Shakeel pandang Darwish sekilas. "Nanti aku singgahlah."

"Kesian Alyan tahu? Bukan senang dia nak jaga Almira. Kau lupa ke dia amnesia?" Darwish berdeham mengalihkan wajah ke tingkap besar di sebelahnya.

Bahaya kalau dia terlepas cakap. Tak pasal-pasal ofis Shakeel jadi gelanggang WWE.

"Kau tahu Haqq pergi mana?" Darwish utarakan soalan tatkala kata-kata dia tadi tak diendahkan oleh Shakeel.

Shakeel jungkit bahu. Sejak Haqq lari mendiamkan diri tanpa khabar tempoh hari, dia sudah tak kesah dan tak mahu ambil tahu.

Shakeel raup rambut sendiri. Perniagaannya semakin teruk. Pagi tadi dia terpaksa berhentikan tiga orang pekerja. Semangatnya pudar tak sama seperti hari pertama perniagaannya bermula.

"Empat hari lepas aku ada nampak Haqq..."

Darwish memeluk tubuhnya. Mengeluh melihat Shakeel yang tak berminat dengan ceritanya.

"Selain business apa kaitan kau dengan Haqq?" Darwish keluarkan soalan lain pula.

"Contohnya?"

"Family? Jiran?"

"Nope, only business partner."

"Kau tahu tak Haqq pernah makan dekat warung Shafinas?"

Drastik segala perbuatan Shakeel terhenti walaupun itu tak terlalu pelik kerana lelaki tua itu berhak makan di mana saja dia suka.

"Kau tahu tak Haqq dengan Alyan pernah berjumpa lebih daripada dua kali?"

Darwish tersenyum senget melihat reaksi Shakeel.

"Aku nampak dia dengan Alyan empat hari lepas."

"Jadi?" Shakeel katup bibirnya rapat. Cuba untuk bertenang. Tak pasti kenapa dia perlu berdebar.

Kerjanya tergendala. Bila difikirkan semula... "Haqq ada dekat sini? Malaysia? Bukan ke dia..." Shakeel terkelu kemudiannya.

"Hmmm... Kau tak syak apa-apa?"

"Syak apa?"

"Kenapa dia approach kau? Kenapa dia hilang tiba-tiba? Then, entah sejak bila tiba-tiba dia tunjukkan diri depan Alyan pula. Kau tak rasa pelik ke?"

Darwish campakkan telefon pintarnya di atas meja Shakeel. Rakaman yang terpapar dimainkan.

"First, dia makan dekat warung Shafinas. Second, dia selamatkan Alyan daripada kena langgar kereta. Third, dia selamatkan Alyan daripada Dani," bebel Darwish panjang lebar. Kalau boleh dia nak Shakeel fikir macam apa yang dia fikir.

Entah kenapa Darwish rasa Haqq ada agenda tersendiri.

"And Dani... Masa Alyan outing dengan Shafinas pun, Dani ada. Dah kenapa semua orang obses dengan Alyan ni?" Darwish mendengus.

Dah ada anak bini pun nak kacau anak dara orang lagi.

"Dani ada buat apa-apa ke?"

"Errr..." Darwish garu telinga sendiri. "Well, buat masa sekarang tak ada lagi? Tapi bro! Kau tak kesiankan Alyan ke? Dia pun clueless tahu?"

Shakeel membenamkan kepalanya. "Kau nak aku buat apa?"

"I don't know." Darwish jungkit bahu. "Aku tak rasa Alyan suka aku." Darwish menjuih bibirnya. Sedihlah kononnya.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now