00003

1.9K 174 25
                                    

23/12/19

█████ "Fasha nak pergi mana?" Zahirah merangkap ibu kepada Zara menegur anaknya. Dari kepala hingga ke kaki mata menilik pakaian anaknya. Cantik-cantik nak ke mana?

"Cari kerja," jawab Zara. Air yang disediakan oleh Zahirah dia hirup sekali sebelum bergerak ke pintu utama rumah.

"Tempat yang sama lagi?" Zahirah mengekori anaknya ke muka pintu.

Zara angguk kepala.

"Orang dah tak terima, cari ajelah kerja lain," cadang Zahirah. Tak gemar tengok Zara hari-hari menaruh harapan di tempat yang sama. Banyak lagi tempat lain, kenapa tempat itu juga dia mahukan?

Zara geleng kepala tak mahu.

"Best sangat ke tempatnya? Kedai biasa aje, kan?"

"Ibu tak faham. Kawan Fasha kerja dekat situ. Fasha nak jumpa dia hari-hari."

"Kawan mana? Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki."

Bertaut kening Zahirah. Lelaki? Boyfriend ke?

"Dia kawan Fasha, ibu." Zara cepat-cepat mengusir andaian yang bukan-bukan dalam minda ibunya.

"Ya ke kawan? Nampak beria-ia sangat Fasha nak kerja dengan dia."

"Apa salahnya?"

"Apa salahnya? Fasha dah kena tolak tiga kali tahu? Fasha rasa bos dia nak ke ambil Fasha kerja dengan dia?"

"Tak cuba tak tahu."

Zahirah mengeluh melihat kesungguhan Zara. Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kalau itu yang Zara nak, lantaklah dia. Yang bekerjanya Zara, bukan dia.

Selesai menyarung kasut Zara bergerak ke pagar. Semakin dia hampir dengan pagar rumah, pandangannya jatuh pada satu susuk tubuh. Tak semena-mena dia mengeluh berat.

Dia nak apa lagi?

"Kenapa aunty ada dekat sini?" Zara tegur perlahan. Kalau ditangkap oleh ibu habislah dia.

Sayu wajah Haneesah lemparkan. Ingin menagih simpati anak saudaranya. Tak ada sebab lain kenapa dia di sini. Dia nak jumpa Haikall. Anak kandung dia.

"Fasha please, kalau tak dapat alamat dia, nombor dia pun jadilah."

"Tak bolehlah aunty... Fasha tak berani."

Susah betul nak hilangkan semangat wanita itu. Tetap tak beralah. Nak juga sergah dia setiap pagi di depan pagar tanpa diketahui Zahirah.

Haneesah tak mahu dilabel pembunuh. Sakit rasanya dituduh melulu tanpa bertanya apa sebenarnya yang berlaku.

Hari-hari dia melawat kubur arwah suaminya. Haru-hari dia bersihkan pusara itu. Tiada siapa nampak usahanya.

"Takkanlah dia tak nak jumpa aunty langsung?"

"Aunty rasa macam mana?" Tak berniat nak patahkan hati sesiapa tapi kalau itu hakikatnya apa dia boleh buat?

"Fasha nak pergi kerja. Aunty baliklah sebelum ibu nampak."

Melihat Zara yang berura-ura ingin pergi, tangan Zara pantas dicapai.

"Fasha dah lambat, aunty."

"Susah sangat ke Fasha nak tolong aunty? Jahat sangat ke Haikall sampai Fasha takut dengan dia." Haneesah terus menerus memujuk rayu.

"Sebelum aunty suruh Fasha buat apa-apa. Baik aunty kenal dulu anak aunty macam mana." Tangan yang berada dalam pegangan Haneesah ditarik. Sebelum sempat Haneesah meraih semula, Zara pantas membuka langkah meninggalkan wanita itu.

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now