"Macam mana kau boleh pandai masak? Siapa yang ajar?" Sambil tangan lincah membasuh, dia kerling Shakeel yang sedang mengaul ayam dengan tangan kosongnya.
"Ibu yang ajar."
Bundar mata Alyan. Terkejut. "Seriuslah?" Perlahan dia berbicara. Kalau bagi reaksi lebih-lebih takut terbongkar pula.
"Rapat juga kau dengan ibu." Macam manalah dia tak terkejut. Ibu tak pernah ajar dia memasak, apatah lagi Almira. Nak-nak pula, ibu jarang sangat memasak. Takkan belajar sendiri kut. Mengagumkan!
"Kecil-kecil dulu, yalah. Sekarang, kurang," balas Shakeel. Cakap pasal ibu, rindu betul nak bergurau dengan ibu macam dulu-dulu. Termenung lima saat dia mengenangkan saat-saat itu.
Dia enggan bercakap dengan ibu dan ayah selepas insiden yang berlaku di antara mereka. Bukan dia tak perasan betapa sedihnya ibu ketika itu. Dia pun rasa sakit yang sama. Rasa tertipu. Terpukul dengan kebenaran.
"Aku dengan Almira tak pandai masak pun? Kenapa kau tiba-tiba pandai masak?" Cemburulah kononnya. Tapi sedar diri yang kita orang memang pem-
"Korang kan pemalas."
"Kau tak kesah ke tangan ada kesan kuning-kuning?" Alyan ambil kerusi dan duduk di sebelah. Ralit melihat Shakeel masukkan ayam salut kunyit ke dalam minyak panas.
"Janji perut kenyang."
"Takdelah kau kan laki. Mesti nak jaga imej. Ada ke lelaki sanggup datang kerja tangan ada kesan kunyit?" Ada, tapi tak banyak. Contohnya macam Shakeel. Satu dalam sejuta.
"Aku kan limited edition."
Shakeel senyum melihat Alyan menjuih bibir. "Perasannya."
"Belajarlah masak. Laki kau nak juga rasa air tangan bini dia."
"Apa susah, nanti aku google ajelah." Acewah, confident!
Shakeel menjeling. "Tangan berdarah, mata pedih, tangan melecur kau tak kira."
"Alah, yang itu tawakal ajelah." Tak nak kalah juga. Tersengih-sengih Alyan. Teringat Almira yang pernah cedera. Nak ajar dia memasak punya pasal lah.
"Aku tak ada masa lah nak main-main! Cakap betul-betul dia ada dekat mana!"
Suara ibu kuat memecah keheningan. Alyan dan Shakeel bertukar pandangan.
Susuk tubuh ibu kelihatan. Alyan tayang senyum janggalnya. Risau juga kalau ibu tiba-tiba menyambung amarah dekat dia.
Wanita itu terkejut sesaat. Dua pasang mata itu memandang dia dengan tanda tanya.
"Masak apa?" Ibu tanya.
"Ayam," Shakeel jawab.
"Masak merah." Alyan sambung.
"Simpan sikit ibu nak juga."
Eh, sempat dia berpesan sebelum laju menapak ke anak tangga.
"Ibu ayah memang selalu busy ke? Jarang betul ada kat rumah." Alyan ambil peluang untuk bertanya. Bukan itu soalan sebenar dia. 'Ibu ayah memang dari dulu sampai sekarang busy memanjang ke?' Takkanlah dia nak tanya macam itu. Senang-senang aje Shakeel syak dia nanti.
Dah bertahun-tahun, namun kesibukan mereka tak pernah reda. Alyan percaya, Almira dan Shakeel tak pernah kompelin. Kalaupun mereka tak pernah buka mulut, tak bermakna mereka rela dengan apa yang berlaku, kan?
"Mungkin ada masalah personal dengan business partner? Orang berjaya jaranglah tak banyak musuh."
Diam-diam Alyan mengeluh.
Walau tangan ligat menggoreng ayam, otak Shakeel geliga berfikir.
Haqq ada buat hal ke? Apa masalah ibubapa dia dengan Haqq sebenarnya? Kenapa ibu lapor Haqq pada polis?
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi