18/5/2020
HAIKALL cepat-cepat turun daripada motosikalnya lalu gegas mengatur langkah masuk ke dalam hospital.
Susah betul nak percaya! Kalau betullah Mikayla dah sedar, biar dia tengok dengan mata kepalanya sendiri.
Setidak-tidaknya dia rasa puas hati... Dengan harapan dia boleh ganggu gadis itu lagi.
Bilik Alyan menjadi tujuan. Apabila sudah hampir dengan wad Alyan Mikayla, langkah kaki diperlahankan, ingin berjaga-jaga supaya dia tak kelihatan.
Dia pasti Shakeel ada di sini. Kalau terserempak, Haikall terpaksa turunkan egonya dan cabut lari. Keputusan yang paling memalukan dia pernah buat hanya kerana seorang Adam Shakeel.
Kepala membelingas ke kiri dan ke kanan. Takut-takut orang yang dia elak tiba-tiba muncul tanpa dia sedari.
Line clear!
Sebelum menolak pintu bilik itu, Haikall mengintai dahulu melalui cermin lutsinar yang ada pada daun pintu.
Mana Mikayla pergi? Takkan dah balik kut?
Sayang sekali, Alyan Mikayla tidak ada di atas katilnya.
Dah boleh jalan ke dia?
Frust! Bersusah payah dia berkejar ke mari, apa yang dia dapat lihat hanyalah katil kosong.
Nak mencari, dia tak rajin. Buat apa nak cari dia? Buang masa saja kalau akhirnya dia dan Alyan tak berjumpa langsung. Kalau jumpa tak apa lah juga. Tak ada lah sia-sia usaha dia.
Haikall menyeluk poket mengambil telefon pintarnya. Dia duduk di atas kerusi yang berada di luar kawasan wad Alyan Mikayla. Dia bertindak memeriksa info yang dia dapat buat kali kedua. Haikall yakin dia tak silap tengok.
Mestilah tak silap! Kalau tak, tak ada lah katil Alyan kosong sekarang. Kalau katil itu kosong, bermakna Alyan Mikayla dah sedar.
Atau Alyan ditukarkan ke wad yang lain? Argh, serabut! Takkanlah? Kalau itu benar, mesti dia dapat info yang sedemikian.
Sedang Haikall ralit melihat skrin telefonnya, dia tak sedar ada yang melihat dia dengan tubuh yang kejur, tak mampu mengorak langkah.
Bagai rasa diperhatikan, kepala Haikall naik melihat sekelilingnya. Tubuh kurus seorang gadis menyapa pandangan mata. Tangan kanannya memegang tongkat, tangan kiri pula melekap pada dinding, menjadi penyokong untuk dia berdiri.
Mereka saling bertukar pandangan. Ruang udara drastik bertukar dingin dan kelam. Masing-masing berdiam diri mengawal berjuta-juta emosi yang bergolak dalam hati.
Haikall bangun dari duduknya merapati gadis yang ada di depan matanya. Perlahan-lahan senyum sinisnya terukir bersama pandangan jengkel penuh kebencian, seolah-olah sedang mengejek keadaan gadis itu.
Alyan Mikayla... Dia masih statik berdiri dengan mata kuyunya, memandang Haikall tiada perasaan.
Pelik!
Nak kata dia sedang marah, tak macam marah pun. Nak kata dia benci... Jauh sekali. Cara Alyan pandang dia, seolah-olah mereka belum pernah berjumpa.
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi