Dalam perjalanan balik ke rumah, Alyan terserempak dengan seekor kucing. Dibelai kucing itu tanpa ragu. Kucing itu menggesel kepalanya pada tangan Alyan kemudian dia mula berjalan.
Alyan tanpa fikir panjang mengekor saja kucing itu. Cuai sekali lagi, sedar-sedar dia ada di atas jalan yang sunyi. Namun itu tak lama apabila bunyi deruman motosikal kedengaran.
Sekelip mata saja tiba-tiba dia dikepung.
Apa yang sedang berlaku? Alyan terkial-kial sebentar sebelum mula menggeletar. Inilah akibatnya bila kau senyap-senyap keluar rumah tak bagitahu orang.
Sekarang, tak ada siapapun tahu kau di mana. Siapa nak datang selamatkan kau?
"Sesat ke? Nak abang tumpangkan?" Maka keluarlah segala ayat-ayat klise mat rempit di zaman kononnya kereta sudah boleh terbang.
"Mak ayah mana, dik?"
Geli geleman telinga mendengar. Namun wajah tetap toya. Kononnya berani sungguh macam nak keluar segala pencak. Sayangnya, itu semua hanyalah imaginasi yang tak kesampaian.
Cuba untuk keluar di antara motor-motor yang ada namun dihalang oleh sampah-sampah masyarakat itu.
"Baru pukul berapa, lepaklah dulu."
Apalah nasib seorang perempuan, menjadi mangsa perangai jijik lelaki.
Alyan bertambah gerun apabila salah seorang daripada mereka tersenyum sumbing memandangnya. Lelaki itu turun daripada motornya lalu menghampiri Alyan yang hanya tegak tidak bersuara.
"Buat apa keluar sorang-sorang? Tak takut ke? Sampah-sampah masyarakat suka berkeliaran malam-malam tahu?" katanya berbaur perlian. Mungkin dah biasa digelar begitu.
Alyan kekal diam. Dia tahu kalau dia bersuara, mereka akan lagi teruja.
Kalaulah dia pandai bersilat... Mesti dah tumbang dah lelaki ini.
Lelaki itu bongkokkan wajahnya. Menyamai ketinggian wajah Alyan. Memandang gadis itu penuh agenda.
"Jom ikut kita orang nak?" Tangannya naik menyentuh lengan Alyan.
Sebal rasanya melihat tangannya disentuh sesuka hati.
Alyan rentap semula lengannya dengan dengusan.
"Tch!" Lelaki itu ketawa kecil. "Berlagak! Kalau aku jentik sikit belum tentu kau hidup tau."
"Humh... Cubalah kalau berani," desis Alyan.
Pang! Dia ditampar tanpa amaran.
Tersekat nafas gadis itu. Bundar matanya diperlakukan begitu.
"Lah... Ingatkan kuat sangat," tempelak lelaki itu. Puas hati. Apalah sangat kalau bagi penampar satu kali. Takkan masuk lokap punya.
Terketap-ketap gigi Alyan Mikayla. Nafasnya turun naik menahan amarah. Tanpa dia sedar tangannya naik menampar lelaki itu.
Aku... Aku tampar dia?!
Kalau tadi dia marah, kini dia gementar.
Sunyi sepi. Tiada seorang pun yang bersuara. Seolah-olah ingin beritahu pada Alyan yang dia dah buat silap besar.
Alyan berundur. Takut dengan wajah bengis lelaki itu. Mata itu seakan-akan beri isyarat padanya - Kau lari, kau mati. Nafas lelaki itu juga jelas kedengaran. Menahan segala rasa sebelum meletus.
Tsk! Dia tampar aku?! Seriously?!
Pang! Wajah Alyan ditampar lagi. Kali ini Alyan tersungkur di atas jalan tar. Tudungnya ditarik kuat. Dipaksa untuk menghadap wajah bengis itu.
Arh... Dia akan tampar aku lagi. Alyan pasrah.
Sekali lagi tangan itu tinggi di udara. Alyan katup mata sambil ketap gigi sendiri.
Pap!
Pelik... Tak sakit langsung.
Pappp!
Genggaman pada tudung tak lagi terasa. Alyan buka matanya.
Lelaki bengis tadi sudah tumbang tak jauh di sebelahnya.
Geng-geng mat rempit yang lain berpusu-pusu meninggalkan kawasan itu.
Ternaik sendiri kening Alyan melihatnya. Dia orang takut apa?
Tak lama kemudian lelaki bengis tadi turut gegas berlalu bersama motornya.
Siapakah gerangan hero aku kali ini?
Mata Alyan meliar mencari. Anak mata terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang menghampirinya. Dia membongkok mengambil sesuatu.
Selipar?
Selipar dia ke yang buat dorang takut sangat tadi?
"Dia buat apa dekat kau?"
Alyan hela nafas. "Aku tampar dia..."
"So? Kau rasa bersalah?"
"Hah?" Alyan tak faham.
"Aku tanya, dia buat apa! Bukan kau," keras suaranya mengulang.
"Oh, dia tampar aku... Dia sentuh aku dulu, aku marahlah!" Alyan menunduk tanpa dia tahu kenapa.
"Dia yang kacau kau dulu, dia yang salah," katanya.
Alyan angguk-anggukan kepalanya. Ya tak ya juga!
"Baliklah."
Alyan berdiri setelah diarah. Tak peduli dengan bajunya, matanya jatuh pada tubuh yang sedang minum air pemberiannya tadi.
Nak cakap ke tak nak? Hati dan mindanya berlawan sesama sendiri. Otak kata jangan, hati kata ya.
"Haikall aku..." Alyan pejam mata sesaat sebelum menyambung kata. "Pasal Ray... Aku minta maaf."
Haikall sudi tolong dia. Itu pun sudah buat dia rasa luar biasa. The possibility of the impossible baru saja berlaku!
Alyan tahu sekarang bukan masa yang sesuai. But, better now than never! Haikall baru saja tolong dia kut.
"Huh." Haikall ketawa. "Kau tak faham Alyan... Aku sayang dia. Dia aje keluarga yang aku ada. Tapi kau dah bunuh dia." Haikall teguk air sekali lagi. Cuba untuk sembunyikan perasaannya.
"Sebab itu aku minta maaf."
Haikall langsung tak memandangnya. Hanya menunjukkan sisi tubuhnya sejak dia dapat seliparnya semula.
"Wait, wait... Kau..." Haikall laju memalingkan tubuhnya, menangkap anak mata Alyan yang kini bundar sambil mengetap gigi.
Oh, shoot Alyan! Apa kau dah buat?!
"Kau dah ingat? Sejak bila?"
"Beberapa hari lepas?"
Kenapa aku balas?! Kan bagus kalau kau buat-buat lupa! Nak aje dia ketuk kepalanya atas jalan tar biar amnesia betul-betul.
"Shakeel tak tahu kan? Almira? Mak bapak kau?" Wajah Haikall berubah sinis. Tengok saja wajah itu, Haikall dah tahu.
Haikall betul, tiada siapa yang tahu melainkan dia dan doktor Fattah. Tapi, Haikall tak tahu yang sejak awal lagi... Dia sudah kenal lelaki itu. Malah dia tahu apa yang Haikall tak tahu.
Tak nak perbualan itu berlarutan, Alyan buka langkah. Pantas dan tergesa-gesa. Haikall hanya ketawa melihat gelagatnya.
"Lain kali jangan keluar rumah senyap-senyap," kata Haikall sinis apabila Alyan melintas di hadapannya.
"Jangan hisap rokok!" Alyan bidas semula.
"Ingat, aku tahu rahsia kau!" Haikall balas lagi.
Alyan ketap gigi,"tch!" Sakit hati membayangkan betapa puasnya lelaki itu mengetahui rahsia terbesarnya.
Tengok apa kau dah buat Alyan! Bila-bila masa saja dia boleh ugut kau.
a/n: Haikall X Alyan where you at! ➞
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi