34

262 36 3
                                    

Semakin dia dekat dengan tempat itu, semakin senak perutnya mencari nafas. Haikall... Haikall. Kalau kau tak nak ke mari, kenapa kau dekat sini?

Lelaki itu raup wajah sendiri. Tahu-tahu dia sudah sampai. Gigih! Dengan hanya berjalan kaki dia ke mari. Rugilah kalau dia rasa begini selepas dah berusaha ke tahap ini.

Nak masuk ke tak nak? Haikall masih berkira-kira. Tanah perkuburan Islam di depan mata dipandang dengan nafas masih tercungap-cungap.

Tak payah mengada-ngadalah Haikall! Dah sampai, kau masuk ajelah. Tak berdosa pun kau lawat arwah bapa sendiri.

Sambil berjalan, sambil berteka-teki. Cuba ingat kembali lokasi kubur arwah Haris. 

Dengan ingatan cetek yang ada, langkah terhenti jua di salah satu kubur yang ada. Statik Haikall berdiri memandang satu susuk tubuh sedang berjalan keluar daripada kawasan itu. Entah kubur siapa yang dia lawat tadi.

Macam kenal. 

Lama Haikall memerhati sampailah mata mereka bersabung. Masing-masing senyap untuk sepuluh saat pertama. 

"Nak melawat ke?" Wanita itu bertanya, takut-takut dia ingin bertentang mata. 

"Nampak macam penggali kubur ke." 

Wanita itu tersengih kelat. Dia kemudiannya meneruskan langkah, laju menapak keluar. Kalau boleh nak aje dia berborak lama. Tapi kalau orang tak sudi tak seronok juga.

"Apa kaitan kau dengan Shakeel? Kenapa kau ada masa Shakeel lawat aku dekat penjara?"

Haikall langsung menyoal. Alang-alang berjumpa, tak salah kalau dia tanya. Walaupun macam tiba-tiba, dek teringatkan soalan Azam padanya, rasanya dia ada hak untuk bertanya.

"Kau betul-betul tak kenal perempuan tadi?"

"Tak ada kaitan pun... Cuma, dulu Shakeel pernah tolong."

"Kau bukan ibu kepada Zareef?" Haikall inginkan kepastian. Hanya itu saja kemungkinan yang dia boleh fikirkan sekarang ini.

Wanita itu menggeleng.

"Boleh aku tahu nama?" 

Wanita itu tegak memandang. Sedikit terkejut dengan soalan Haikall. Betul ke apa yang dia dengar?

"Nama?"

"Ya, nama."

"Haneesah."

"Kita pernah kenal ke?" 

Sekali lagi wanita itu terkejut. Terkejut langsung tak cover. Haikall pula yang diharung rasa hairan. Bukannya aku tanya soalan maut pun. Tak habis-habis nak terkejut.

"Kita..."

Serentak itu hujan rintik-rintik turun membasahi tubuh mereka. Kalut Haneesah memandang langit yang mendung. Dia lihat Haikall kemudiannya yang hanya sebatang kara tanpa membawa apa-apa.

"Nah." Haneesah hulurkan payungnya, memaksa Haikall untuk menerima sebelum dia terkedek-kedek keluar daripada kawasan perkuburan.

Muncul satu kereta di hadapan pagar. Haneesah laju melolos masuk ke dalam perut kereta kemudian kereta itu laju belok ke jalan raya.

Dia tak jawab pun soalan aku, Haikall mengeluh dalam hati. Payung dalam pegangan dibuka. Kaki menapak beberapa langkah lalu berdiri di depan kubur Zul Haris Bin Hanafi.

Apa pasal kemas sangat kubur dia? Fikir Haikall, tertanya-tanya siapa yang sudi mengemas kubur lelaki ini. Tak ada niat jahat pun, dia cuma tertanya-tanya. Bukan apa, kubur orang lain nampak terbiar tapi kubur Haris nampak cantik betul. Salah ke kalau dia rasa hairan?

KeelLela : Misi Mencari Happy EndingWhere stories live. Discover now