"Berapa?"
"Sepuluh ringgit 40 sen."
Almira keluar daripada kedai itu. Air tin yang baru dibeli, dibuka dan minum. Serentak itu, telefon bimbitnya berbunyi. Nama Alyan terpapar pada skrin. Enggan mengangkat panggilan itu namun dia tak sampai hati pula untuk abaikannya.
"Hello Almira, kau dekat mana? Tak nak datang rumah Ummi ke?"
"Ada aje dekat sini. Malaslah, korang kan ada."
"Kau dekat mana sekarang?"
"Dekat rumah." Tipu.
"Dah makan ke belum?"
"Dah." Tipu lagi.
"Jangan merayap, bahaya."
"Ish, bisinglah kau. Aku tahulah."
Sempat dia kirimkan salamnya pada Ummi. Nanti kalau ada masa dia datang ziarah Ummi, tapi bukan sekarang.
Minum dan minum, tahu-tahu habis sudah air tin dia. Nak beli lagi malaslah pula. Tak naklah dia tayang muka buat kali kedua dekat akak cashier. Nanti dia syak aku pencuri pula masuk kedai dua kali.
Santai Almira berjalan. Kawasan pekarangan itu lengang tak banyak kereta lalu lalang.
Selepas beberapa minit berjalan, Almira sambar roti yang dia beli. Makanan pertama dia makan hari ini. Shakeel ada masak udang masak merah untuk dia, tapi macam tak ada selera pula nak makan makanan berlauk. Tengah moody lah katakan. Makanan pun memilih.
Sayang sekali, agak malang nasib dia hari ini. Sebelum sempat dia membuat gigitan pertama, roti itu selamat mencium tanah
Malaun mana yang kurang didikan campak kasut dekat makanan?
"Aduh! Kenapa kau lalu dekat situ! Kan dah membazir." Seorang lelaki yang tak dikenali memekik menyalahkan dia. Dia play victim pula. Kesian dekat roti kononnya.
"Biar aje dia, sattlekan yang ini dulu." Si kawan bersuara.
Setelah itu kewujudan Almira tak lagi diendahkan. Terjegil-jegil mata Almira. Kecik besar, kecik besar aje rupa malaun itu di matanya.
"Kalau tak ada duit pergi kerjalah! Jangan memandai ambil duit aku!" Kata seorang lagi lelaki yang lain. Sambil dia memekik, bertubi-tubi tumbukan dilepaskan. Dari jauh Almira boleh dengar erangan si mangsa.
"Kau dengar tak? Takkan lepas mencuri terus pekak?"
Tumbuk lagi.
"Mana kau habiskan duit aku?"
Tak cukup dengan tumbukan, kaki dia naik pula ke bahu si mangsa.
Ini dah melampau! Dia main kaki pula. Dekat sekolah dulu tak belajar sivik agaknya. Beragaklah sikit kalau tak puas hati pun. Kalau dia mati macam mana?
"Woi!" Pekikan Almira menghentikan perbuatan mereka. Masing-masing tayang muka bengis menahan marah.
"Aku dah call polis, korang tak nak lari ke?" Almira angkat teleponnya ke udara. Di lambai-lambai telefon itu di depan mata mereka.
"Kepala hota- Jom blah!" Ganas-ganas macam gitu pun takut polis rupanya.
Lintang-pukang mereka berlari, tahu-tahu motor muluru laju menghilangkan diri. Terus sepi kawasan itu jadinya.
Dengan penuh rasa simpati Almira mengorak langkah mendekati si mangsa.
"Kau okey tak? Boleh jalan?"
Tak berkelip lelaki itu melihat Almira. Biasalah kalau dah cantik kan.
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi