█████ Seminggu berada di rumah, tempoh itu digunakan sebaik-baiknya untuk memulihkan kaki. Ibu, ayah, Shakeel, Almira sangat mendorong dan menyokong sampailah Alyan Mikayla boleh berdiri di kaki sendiri.
Doktor Fattah sedang berbincang dengan ayah dan Shakeel di luar sementara ibu dan Almira menemaninya di dalam.
"Kalau sakit-sakit lagi bagitahu," kata ibu.
"Tak sakit dah ibu cuma lenguh-lenguh aje," Alyan menjawab jujur.
"Terima kasih sebab banyak tolong aku," kata Alyan memandang wajah Almira yang comel bertudung.
"Ibu pun hehe," perhatiannya beralih pada ibu yang hanya melakar senyum nipis. Nipis tapi ikhlas.
Antara manusia yang jarang senyum di dalam rumah ini ialah ibu dan Shakeel. Jarang sekali mereka dapat dengar ibu ketawa. Paling-paling pun ibu hanya senyum aje.
Alyan bermain-main dengan jari jemari Almira yang dari tadi memegang tangannya. Cincin di jari Almira yang minimalis dihiasi dengan batu-batu kecil dipusing-pusing sambil menunggu tiga lelaki di luar habis berbincang tentangnya.
Ayah masuk ke dalam bilik Alyan bersama senyuman di bibirnya. Diikuti dengan Doktor Fattah dan Shakeel.
Dengan mudah Alyan berdiri dan berjalan apabila Doktor Fattah menyuruhnya untuk buat kali terakhir. Memastikan Alyan Mikayla betul-betul sembuh dan selamat tanpa perlu dipantau olehnya lagi.
"Tak dapatlah kita jumpa Doktor Fattah nanti," kata Ayah dengan tawa kecil setelah segala prosedur telah selesai dilakukan ke atas Alyan Mikayla.
"Dia banyak lagi patient lain, takkan nak layan Alyan sorang aje." Ibu bersuara memandang Fattah dengan senyuman kecilnya.
"Bukan senang nak dapat doktor bijak macam Fattah tau Alyan," puji Almira sambil melihat kakaknya.
Masing-masing melepaskan luahan. Alyan pula tetap menayang wajah toyanya sebelum membuka mulut.
"Doktor lain tak bijak ke?" Tak ada niat nak buat mereka terdiam. Memang itu yang dia fikirkan. Dia akui Fattah memang bijak. Dia kagum dengan Fattah yang masih setia merahsiakan rekod kesihatannya yang sebenar.
Fattah masih baru dalam hidupnya. Dia tak seperti ibu dan ayah yang nampaknya sudah anggap Fattah ini macam anak mereka sendiri.
"Sama-sama muda, senang sikit nak buat kawan," jawab ibu walaupun jawapannya tak ada kena mengena.
"Habis nak kena accident balik ke macam mana?" kata Alyan lagi.
Doktor Fattah usap leher sendiri, Almira pula dah tepuk dahi, ayah dan ibu tayang senyuman kelat sementara Shakeel hanya berdiri dengan wajah toyanya memikirkan betapa 'luar biasa'nya fikiran gadis itu.
"Kita orang gurau aje! Tak kasi can langsung. Melawak sikit pun tak boleh," kelat tawa Almira menepuk bahu si kakak. Mengenangkan betapa beratnya hidup tanpa Alyan Mikayla, dia tak mahu kata-kata tuan badan jadi kenyataan.
"Saya minta diri dululah," pamit Doktor Fattah.
Seram sejuk pula dia berdiri lama-lama di situ. Alyan Mikayla, sarkastik sungguh orangnya. Kalau tak suka dia sekalipun, janganlah savage sangat. Takut dia dibuatnya.
Walaupun Alyan bukan lagi tanggungjawab Fattah, urusan antara mereka belum selesai selagi Alyan masih memilih untuk berahsia.
Kini hanya tinggal dia dan ibu di dalam bilik. Alyan memandang ibu yang sedang merenungnya.
"Alyan ada ingat apa-apa?" Ibu bertanya lembut. Jarang sekali ibu berlembut begini. Paling tidak pun pasti ada sedikit aura dinginnya. Tapi kali ini mata ibu betul-betul menyentuh hati Alyan Mikayla. Wajah bimbang wanita itu berjaya membuat hatinya sebak.
YOU ARE READING
KeelLela : Misi Mencari Happy Ending
Teen FictionSambungan KeelLela 💃 Banyak drama, cintan-cintun, masalah keluarga yang tak selesai sejak azali 🦭 Cover : @qazhara No copycat no plagiarism 🚫 Hormat usaha orang lain ✋ © iqahaqi