Chapter 5:
'Place your heart in the hands of GOD and HE will place it in the hands of a man who HE believes deserves it.' – All Greats Quotes of the Day.
Selesai memberi keterangan kepada pihak polis di balai polis berdekatan, Zarul dan Zara bergerak keluar untuk pulang. Kereta Zara masih tersadai di ruangan basement parking di Pavillion. Zarul a.k.a Mr. Stranger yang banyak membantu sedari tadi. Zara rasa lebih selamat ditemani tubuh sasa Zarul.
Waktu sudah hampir mencecah 4 pagi. Cuaca agak dingin setelah hujan lebat menyembah bumi sebentar tadi. Angin sejuk masih bertiup menyentuh pipi. Zara tarik nafas sedalam mungkin, cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai pertanyaan berlegar di minda. Siapa yang merancang untuk membuat onar di dalam hidup Zara? Setahunya dia tiada musuh. Dia hidup dalam kepompongnya sendiri. Tidak pernah melukakan atau memusuhi sesiapa. Tapi kenapa dia terlibat di dalam semua kemelut ini? Siapa yang ingin memusnahkan hidup Zara? Rasa takut kembali menjalar di dalam diri. Dia memeluk tubuh dan menggosok lengan beberapa kali.
"Zara... get in the car." Suara rendah satu nada Zarul mematikan monolog di dalam dirinya. Dia mengangguk kepala sambil memandang sekilas wajah Zarul di sebelahnya. Zarul menarik pintu SUV Lexus NX F Sport miliknya dan membuka luas agar senang untuk Zara memasukinya. Zarul menutup pintu rapat sebelum bergerak ke ruang pemandu. Dia memandang seketika wajah pucat Zara yang jelas kelihatan penat dan masih tinggal kesan ketakutan di kerut wajah putihnya itu.
Keretanya bergerak laju membelah keheningan waktu pagi. Suasana sunyi tanpa bicara di antara mereka berdua. Kelihatan jemari Zara tidak henti meramas sesama sendiri. Masih takutkah Zara akan insiden cubaan culik malam tadi? Siapa mereka semua? Apa dendam mereka terhadap gadis cantik seperti Zara? Benak Zarul tidak henti berfikir tentang masalah gadis di sebelahnya itu. Dia membelok ke TTDI dan akhirnya keretanya meluncur masuk ke banglo mewah tiga tingkat, tempat kediaman Zara bersama keluarganya.
Zarul turun dari SUV dan membuka pintu kereta di sebelah penumpang. Perlahan-lahan Zara turun dari perut SUV. Langkahnya masih lemah tidak bertenaga. Terpaksa Zarul memimpin lengan Zara untuk memberi sokongan moral. Pintu rumah terbuka luas. Kelihatan seorang wanita separuh abad menunggu kepulangan Zara. Jelas seperti pembantu rumah Zara berdasarkan pemakaiannya yang hanya berbalut kain sarung serta baju kurung.
"Ya Allah, Cik Zara. Cik Zara sihat??" Panik dan cemas suara pembantu rumah Zara, Mak Mah menyapa setelah melihat keadaan tidak keruan majikannya. Zara mengangguk lemah.
"Mak Mah, Zara o.k. jangan risau." Lemah Zara bersuara cuba menenangkan kerisauan yang jelas terpancar di wajah wanita separuh abad yang setia berbakti di rumah besar milik Zara. Dia yang menjadi tempat dia mengadu nasib setelah pemergian ibunya 15 tahun lepas. Mak Mah yang banyak mencurah kasih sayang kepadanya. Hatinya dicengkam kesedihan. Semua orang yang dia pernah sayang sudah meninggalkan dirinya. Dia hanya ada Papa yang sentiasa sibuk memanjang. Disaat dia amat memerlukan sokongan ahli keluarga terutama Papanya itu, Papa tiada di sisi. Papa di negara asing menguruskan urusan empayar perniagaannya yang butuh perhatian. Zara rasa amat terkilan.
Zarul memimpin Zara ke arah sofa. Zara terduduk lemah. Zarul mengambil tempat duduk di sebelah Zara yang masih kelihatan agak terganggu saat ini. Emosinya masih tidak tenteram kesan kejadian semalam. Jelas dia masih tenggelam dalam ketakutan.
"Mak Mah, boleh bawakkan air suam untuk Zara?" Zarul meminta pembantu rumah Zara membawakan segelas air suam untuk menenangkan diri Zara. Mak Mah mengangguk sebelum menghilang ke dapur. Zarul menarik nafas panjang sebelum berkeputusan untuk memegang jemari runcing Zara. Dia meramas tangan Zara, cuba memberi kekuatan kepada gadis specky di depannya itu.
Wajah Zara naik mencari sinar kekuatan daripada Zarul. Dia ingin meminjam kekuatan dan keberanian Zarul untuk meneruskan kehidupannya. Dia rasa tidak cukup kuat untuk berdepan dengan kehidupan. Dia hilang keberanian untuk menghadapi musuh yang dia tidak pernah tahu kewujudannya di dalam hidupnya. Dia tiada sesiapa untuk bergantung harap sekarang ini. Dia tidak tahu bila Papa akan pulang ke Malaysia. Dia sudah lama tidak mengambil peduli jadual kerja Papa yang tidak menentu. Asyik terbang ke sana ke mari menguruskan perniagaannya dan mengabaikan Zara. Sejak kecil Zara sudah terbiasa hidup kesunyian seorang diri. Tanpa ibu di sisi. Tanpa kasih sayang Papa yang telah terbahagi dua, satu untuk dirinya dan satu lagi untuk empayar perniagaannya itu. Dia selalu menjadi second priority untuk Papa. Perasaan Zara bercampur aduk.
Mak Mah datang menatang segelas air suam. Segera Zarul ambil air suam dan disuakan ke arah Zara.
"Drink this. It will helps you.." Ujar Zarul lembut. Zara menyambut lambat huluran segelas air suam dari tangan Zarul. Perlahan-lahan dia meneguk air suam. Kesannya agak memberangsangkan. Dia rasa sedikit tenang. Tapi perasaan halusnya dijentik rasa terharu. Orang asing lebih baik dan prihatin akan keadaannya berbanding ahli keluarganya. Setitis air matanya gugur.
"Zara...?" Rasa simpati semakin bertandang di kamar hati Zarul melihat keadaan Zara yang masih tenggelam di dalam ketakutan itu. Tangan kanannya naik memaut bahu Zara dan dia menggosok perlahan bahu Zara. Cuba memberi kekuatan untuk gadis itu.
Zara memandang wajah Zarul dengan mata yang berkaca-kaca. Ingatannya singgah terhadap arwah tunangannya Ammar. Dia hampir lupa lelaki di depannya ini bukannya Ammar tetapi Zarul. Iras wajah mereka berdua membuatkan Zara lupa bahawa Ammar sudah lama tiada di sisi. Sekali lagi dia mendakap erat pinggang Zarul dan melekapkan pipinya ke dada bidang Zarul. Disaat dia mendengar degupan jantung Zarul, dia semakin menangis hebat. Dia semakin lupa degupan jantung itu bukannya milik Ammar tunangannya. Dia mengeratkan pelukan di tubuh sasa Zarul.
Zarul semakin pelik dengan reaksi Zara. Takkan takut lagi sampai menangis sakan macam ni? Namun dibiarkan saja aksi Zara yang menyembam muka menangis di dada bidangnya. Rasa simpati semakin menggunung tinggi untuk Zara. Tangan sasanya turut naik memeluk erat tubuh Zara. Menghantar kekuatan untuk menghangatkan jiwa Zara.
Mak Mah yang sedari tadi menjadi saksi bisu dua anak muda di depannya akhirnya berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Dia tidak mahu masuk campur urusan peribadi majikannya. Walaupun dia rapat dengan Zara, namun dia tidak pernah melangkaui batas sebagai seorang pembantu rumah. Dia sedar siapa dia di mata majikannya itu.
Zarul masih berusaha menenangkan diri Zara.
"Don't you ever leave me again..." Dalam esakan Zara berbisik perlahan di dada bidang Zarul. Zarul yang dapat menangkap tutur bicara Zara tunduk sedikit mencari wajah Zara. Dia semakin hairan dengan aksi Zara yang bagai tenggelam dalam kesedihan yang berpanjangan.
"Zara...? Kenapa you...?" Zarul ingin mencari kepastian. Kenapa Zara membuat permintaan sebegitu rupa? Dia bukannya kenalan rapat Zara. Dia hanya berkenalan dengan gadis itu beberapa jam yang lepas. Kenapa dia menagih agar Zarul tidak meninggalkan dirinya sekali lagi? Apa maksud Zara?
"No!! Jangan tinggalkan I... Please..." Zara mengetatkan pelukannya di tubuh Zarul. Dia bagaikan lupa tubuh sasa yang dipeluknya itu bukan milik Ammar.
"Zara?" Zarul cuba merenggangkan pelukan erat Zara di tubuhnya itu. Namun, Zara masih berdegil dan terus saja memeluk erat tubuh Zarul sambil berulang kali meminta agar Zarul tidak meninggalkan dirinya.
"Don't leave me.... Don't leave me.... I need you... please..." Hanya perkataan itu yang meniti dibibir merah milik Zara. Hampir saja iman Zarul tergugat melihat bibir basah milik Zara itu. Nafsu jantannya beralun hebat. Oh Tuhan, dia hampir tergoda dengan gadis cantik di dalam pelukannya. Tidak! Dia lelaki budiman. Dia tidak akan mengambil kesempatan. Dia tidak akan tewas dengan godaan syaitan. Dia menarik nafas dalam dan menutup mata rapat. Cuba menenangkan perasaannya yang berkocak hebat digoda tubuh Zara.
Tangan Zarul masih memeluk tubuh Zara. Erat dan hangat. Dia membiarkan saja Zara tenggelam dalam esakan tangisnya. Jemari kasarnya masih berlari perlahan di belakang tubuh Zara. Lama mereka begitu sehinggalah kedua-duanya tertidur keletihan di sofa. Lena ditemani kehangatan tubuh masing-masing.
****************************************************************************
Hello my silent readers,
please unlurk sometime and do leave a comment ya. really need your input and feedback whether you like this story or not. dont forget to vote for me ya. thanks in advance.
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...