Random Teaser

265 8 2
                                    

Random Teaser: My Dear Mr. Stone Cold

"Tak nak turun ke Cik Zara Aleeya? Atau nak saya dukung awak?" Zarul tersenyum senget sebelum bersuara.

Suara rendah Zarul berjaya membuatkan Zara semakin sakit hati. Laju matanya menjeling muka kacak milik Zarul. Semakin sakit hati tatkala matanya menangkap segaris senyuman senget Zarul. Eii... geramnya!

Zarul berpura-pura tunduk untuk mengangkat tubuh Zara yang masih berkeras tidak mahu mengikutinya ke Taekwondo Center, tempat dia selalu mengasah kemahiran sejak 20 tahun lepas.

"No need! Saya boleh jalan tau!" Segera Zara menepis tangan sasa Zarul yang begitu hampir dengan dirinya itu. Sekali lagi dia menjeling marah.

Zarul cuba menyembunyikan senyuman yang terukir di bibir. Zara turun daripada SUV dan bergerak menjauh lebih sedepa daripada Zarul. Pandangannya ditalakan ke tempat lain. Masih sakit hati dengan lelaki itu.

"Come, princess! Let's go!" Eeiii... geramnya hati Zara. Rasa seperti Zarul sengaja memanggilnya puteri kerana ingin menyakitkan hatinya. Pendek kata, apa saja yang Zarul buat sekarang, tidak akan berjaya mengubati kemarahan yang membuak-buak di dada Zara itu.

Si gadis ayu masih berdiri kaku sedari tadi. Dia memandang sekeliling. Iphone di tangan dicapai dan segera dia membuka aplikasi Grab. Dia perlu menggunakan peluang yang ada untuk keluar daripada cengkaman Zarul dan juga papa. Sekurang-kurangnya tadi dia telah berjaya meyakinkan papa agar dua orang pengawal peribadinya tidak mengikuti perjalanan temu janjinya bersama Zarul. Sebenarnya dia ingin lari daripada rancangan papa dan Zarul. Huh! Lebih baik dia habiskan masa lepak bersama Izzy dan Hanna. Buang masa saja keluar berdua dengan Zarul!

"It's okay. I dah ada plan lain. Thanks for the ride!" Zara tiada hati untuk melayan Zarul sekarang. Dia tawar hati.

"Zara, please come." Zarul sudah berdiri rapat di sebelah Zara. Matanya mengerling melihat Zara yang sedang menekan destinasi pilihan di aplikasi Grab itu.

"Where are you going?" Zarul bersuara rendah, masih cuba menyembunyikan rasa tidak puas hati dengan tindakan gadis itu.

"Jumpa kawan I!" Acuh tak acuh saja jawapan Zara. Dia tak kisah apa pendapat Zarul terhadap dirinya sekarang. Yang pasti, mereka berdua saling membenci antara satu sama lain!

"What about our date then?" Zarul mempamerkan riak tidak puas hati di wajahnya.

"You date diri you sendiri! You don't need me, right?" Dingin saja layanan Zara sekarang. Sengaja dia bertindak sebegitu rupa, cuba memulangkan paku buah keras. Biar Zarul terasa hati dengan tindakannya sekarang. Barulah seri skor masing-masing.

"O.k Then! I guess I'll let your father know that we cancel our first date." Sengaja Zarul cuba mengugut Zara. Tangannya laju mencapai S8 di dalam kocek seluar dan mula mencari nombor kontak Hakim. S8 dilekapkan ke telinga.

"Wait!" Laju tangan Zara cuba mencapai S8 yang sedang melekap di telinga Zarul itu. Zarul menghadang tindakan Zara dengan tangan kirinya. Tergawang-gawang tangan Zara di udara.

"Zarul, please don't do this to me.." Zara sudah hilang punca. Kenapa Mr. Stone Cold perlu melibatkan papa? Eeeeiiiiiii! Stress!! Zara menghentak kaki geram.
Sekali lagi Zara melonjakkan badan untuk menggapai S8 di tangan Zarul. Yes! Berjaya! Hatinya bersorak riang. Telefon S8 berjaya dirampas oleh Zara. Matanya terpaku menatap skrin kosong S8 yang masih gelap itu. Tanda Zarul hanya mempermainkannya sebentar tadi. Dia mengeluh kasar. Sementara Zarul tergelak kecil kerana berjaya menyakat Zara.

'Shit! Zarul bukannya telefon papa! Eeii... geram'. Zara rasa macam nak baling saja S8 milik Zarul itu. Segera tangannya naik ingin membaling telefon pintar Zarul ke tengah jalan raya utama.

Kini giliran Zarul pula sedikit gelabah melihat aksi Zara yang sudah berura-ura ingin membaling S8 miliknya itu. 🤣🤣😂

Berminat?🥰🥰🥰🥰🥰🥰 Komen NAK💖💖💖

#mydearmrstonecold
#bakalterbit
#teamZaraZarul
#zazatribe
#youngceoseries

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now