Chapter 9:
'An eye for an eye will make the whole world blind.' – Mahatma Gandhi
"Jadi, kau dah dapat siasat lelaki yang selamatkan Zara tempoh hari?" Tan Sri Hakim memandang tepat anak mata orang kanannya itu. Sudah beberapa hari dia mengarahkan Khalid menyiasat latar belakang Zarul yang menyelamatkan Zara. Dia bimbang andai cubaan culik itu didalangi oleh Zarul. Dia sangsi dan meragui keikhlasan anak muda itu. Dia perlu berhati-hati. Tidak ingin meletakkan kepercayaan di tempat yang salah. Tidak ingin Zara berkenalan dengan lelaki yang ada motif tersendiri. Mana dia tahu niat Zarul ketika menyelamatkan Zara. Dia tidak boleh mempercayai sesiapa dengan begitu mudah. Berpuluh tahun bergelumang di dalam dunia perniagaan, dia jadi terlalu skeptikal dan sukar mempercayai seseorang.
"Ya Boss! Ini fail. Semua maklumat pasal Zarul ada di dalam fail." Fail yang diunjuk oleh Khalid bertukar tangan. Tan Sri Hakim membelek helaian kertas ditangan seketika sebelum melontar soalan.
"Apa pendapat kau tentang budak Zarul ni?" Fail ditangan masih diteliti lama. Dia lebih senang bertanya pendapat orang kanan kepercayaannya itu. Khalid tidak akan menipu. Dia seorang pekerja yang setia dan cekap.
"Dia budak baik Boss! Anak Datuk Zaki. Saya rasa dia tiada motif lain ketika tolong Cik Zara. Kalau tidak, Cik Zara mungkin sudah kena culik Boss!" Jelas jawapan Khalid mematahkan rasa sangsi yang berlegar di dalam diri Tan Sri Hakim.
"Huh! Dia ada hantar proposal untuk JV dengan TN Holdings?" Suara Tan Sri Hakim kembali mengasak Khalid. Laju Khalid mengangguk kepala mengiakan.
"Betul Boss! Dua minggu lepas dia ada berbincang dengan Jeffrey dan En. Borhan tentang potensi bekerjasama dengan syarikat dia Boss!" Khalid menerangkan pertemuan penting antara Zarul dan CFO TN Holdings. Mata Tan Sri Hakim masih meneliti data yang diperolehi tentang Zarul. Anak kedua Datuk Zaki?
"Hmm... jadi betul dia tiada motif untuk culik Zara dan kemudian berlakon selamatkan Zara?" Sengaja Tan Sri Hakim melontar soalan. Dia kenal benar siapa Datuk Zaki yang di maksudkan Khalid. Pemilik syarikat hartanah dan pembinaan. Setahunya syarikat Teraju Holdings itu dikemudi oleh Datuk Zaki dan dibantu oleh anak sulung Datuk Zaki, Zamir. Tidak pernah dia mendengar tentang anak kedua Datuk Zaki. Huh! Tidak sangka dunia ini terlalu kecil. Anak lelaki Datuk Zaki ingin berkolaborasi dengan syarikatnya? Biar betul?
"Yang itu saya tak berapa pasti Boss! Setahu saya dia tidak pernah main kotor dalam perniagaan. Saya sudah siasat rekod perniagaan dan rakan kenalan dia. Setakat ini tiada bukti dia cuba buat itu semua." Mendengar penjelasan panjang lebar daripada Khalid membuatkan dia menarik senyum sinis. Jangan terlalu senang mempercayai seseorang. Namun, perlukah dia menyimpan rasa sangsi dan meragui keikhlasan Zarul? Dia hanya ingin berhati-hati. Tidak mahu tersalah langkah. Dia tahu ada musuh lama yang mencari onar di dalam hidupnya. Zara hanyalah mangsa keadaan. Namun, dia hanya inginkan kepastian. Ditambah pula kertas proposal untuk berkolaborasi dengan syarikat kecil seperti IZ Inc. yang dimiliki Zarul dan rakan niaganya itu datang pada waktu yang sama. Dia sedikit ragu-ragu. Manalah tahu Zarul cuba main kotor untuk meraih kepercayaannya. Dia tidak akan percaya 100%. Dia perlu bersua muka dengan anak muda itu. Dia perlu menyatakan rasa terima kasih terhadap pertolongan yang dihulurkan kepada Zara.
"Okay. Got it. Arrange lunch meeting with him." Tegas Tan Sri Hakim memberi kata putus.
"Baik Boss!" Khalid mengangguk faham dan segera berlalu pergi meninggalkan Tan Sri Hakim yang masih meneliti maklumat tentang Zarul. Sekejap kemudian, dia menekan interkom mengarahkan Anis, P.A kesayangannya memanggil Jeffrey Yap.
Tidak lama kemudian, Jeffrey Yap melangkah masuk ke dalam bilik kerja Tan Sri Hakim. Dia tersenyum tenang menatap derap langkah rakan karibnya itu. Mereka sudah lama berjuang bersama menyelamatkan TN Holdings. Kemudian memacu TN Holdings ke mercu kejayaan sehingga TN Holdings tersenarai sebagai salah satu syarikat besar di Bursa Malaysia.
"Hakim, dah lama aku nak jumpa kau." Jeffrey bersuara sambil mengambil tempat di sofa bertentangan dengan Tan Sri Hakim.
"Sibuk sangat. Dengan kes culik Zara lagi. Pening!" Tan Sri Hakim mengeluh resah. Jeffrey Yap mengangguk kepala beberapa kali tanda faham kerisauan teman rapatnya itu.
"Aku ada dengar jugak pasal kes culik Zara daripada Khalid. Nasib baik Zarul tolong selamatkan dia." Jeffrey turut bimbang akan keselamatan Zara. Dia kenal Zara sejak kecil lagi. Sudah seperti anaknya sendiri.
"Siapa Zarul sebenarnya, Jeff?" Tanpa berselindung Tan Sri Hakim meminta kepastian daripada Jeffrey.
"Oh! He's our potential JV partner for hydropower project in Vietnam. He's a decent young man. I like him!" Mendengar tutur bicara Jeffrey membuatkan rasa ragu dan sangsi terhadap Zarul semakin berkurangan.
"Can we trust him?" Sekali lagi Tan Sri Hakim mencari jawapan ikhlas daripada teman baiknya itu. Mata Jeffrey sedikit membulat mendengar soalan Tan Sri Hakim. Dia mengukir senyuman hambar. Sedar bahawa Tan Sri Hakim tidak akan begitu mudah mempercayai seseorang. Peristiwa hitam hampir dua puluh tahun lepas masih meninggalkan bekas di dalam diri Tan Sri Hakim. Peristiwa hitam itu membuatkan Tan Sri Hakim amat berhati-hati dalam memilih rakan niaga. Hampir semua rakan niaga mereka disiasat latar belakangnya terlebih dahulu. Itu prosedur biasa dalam TN Holdings.
"Jangan risau! Kita boleh percaya dengan Zarul dan Ian. Mereka anak muda yang ada potensi untuk berjaya. Syarikat mereka berkembang dengan cepat. Beberapa projek engineering mereka berjaya. Tiada masalah besar setakat ini. Zarul manage about funding, people and marketing. While his partner in charge for operations and engineering." Segala maklumat tentang Zarul dikongsi bersama dengan Tan Sri Hakim. Jeffrey amat berminat dengan projek loji kuasa hidro yang dibentangkan oleh Zarul dua minggu lepas.
"Hmm. So, apa pendapat kau tentang projek mereka di Vietnam? Should we collaborate with them?" Sekali lagi Tan Sri Hakim meminta pendapat Jeffrey. Dia perlu berjumpa dengan Zarul dalam masa terdekat.
"Aku rasa ini peluang baik untuk kita terlibat di dalam projek mega di Vietnam. Selari dengan visi kita untuk mengembangkan bisnes di sana. Very good business proposal! We're assessing the viability of this project. The return is very attractive." Jelas Jeffrey berminat untuk berkerjasama dengan syarikat IZ Inc. Tan Sri Hakim mengangguk faham. Dia percaya dengan kata-kata Jeffrey. Namun, dia ingin menilai sendiri karakter Zarul. Dia ada agenda tersendiri untuk menyelidik lebih dalam tentang peribadi Zarul.
"What's sort of return that we're talking about here?" Dia ingin tahu lebih lanjut tentang projek hidro yang dimaksudkan.
"Very high! High double digit. But quite risky too. Kau tahukan?" Tan Sri Hakim sekali lagi mengangguk faham maksud Jeffrey sebentar tadi. High Risk, High Return!
Benaknya masih mencerakin idea bernas yang terbit di mindanya itu. Dia sudah ada rancangan untuk memastikan keselamatan Zara terjamin. Dia merangka rancangan untuk memastikan TN Holdings mempunyai waris sah dan diterajui oleh seseorang yang berkarisma dan berkaliber. Sungguh, dia perlu berjumpa dengan Zarul untuk menilai sendiri tuan empunya diri. Adakah Zarul layak dipercayai Tan Sri Hakim?
*************************
Hello dear. hope you like this new chapter! adiosa
Please vote and support me ya. thanks in advance.
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...