Chapter 28:
"You treated me like an option, so I left you like a choice" ~ Love Quotes of The Day
"Alex!!! I need your help!!"
Zara menjerit kecil ketika panggilan video jarak jauhnya disambut dihujung talian. Dia buntu. Dia sakit hati dengan kedinginan Zarul! Huh! Macamlah Zara terhegeh-hegeh sangat nak kahwin dengan Mr Stone Cold! Tolong sikit! Tak kuasa Zara nak hadap mamat hati keras macam simen tu! Buang masa! Buang tenaga! Buang air liur berbincang dengan lelaki sewel tiga suku macam tu! Huh!!!
"Wait! Calm down, dear! What happened?" Mohd Alexander atau lebih dikenali dengan nama Alex tersengih melihat gelagat Zara yang sudah tidak sabar ingin membuka cerita. Zara menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri. Cuba diusir kemarahan di hati. Apa, Zarul ingat dia tu handsome sangat ke? Sampai Zara tergila-gilakan dia? Grrrrrr... geram!
"I stress! Papa nak kahwinkan I dengan sorang mamat kerek, hati batu, poyo gila tau! I stress!"
Kalau Zara tak pakai tudung sekarang, dah lama dia tarik rambut lurusnya. Huh! Sabar je la. Sebal rasa mukanya menghadap Mr Stone Cold sejam yang lepas. Malu dah tak tahu nak letak muka kat mana? Ini semua gara-gara kehendak Papa yang kemaruk sangat nak bermenantukan Zarul tu!
"Hahahaaa..." Alex tergelak besar. Kelakar melihat muka cemberut Zara sekarang. Huhu! Zara sudah menarik muka masam. Panas hati mendengar tawa Alex. Kalau Alex ada depan mata, sudah lama kena ketuk dengan handbag!
"Alex! I serius tau!" Zara membentak marah. Barulah si Alex mematikan tawanya yang masih bersisa.
"Congratulations, dear! Finally! Laku jugak kawan aku ni! Hahahaa.." Kurang asam Alex! Seronok sangat la tu gelakkan Zara sampai tak ingat dunia.
"Stop it, Alex! You tak nampak ke I tengah marah, sakit hati ni? Ini bukan benda main-main tau!" Zara memberi amaran keras. Jari telunjuknya digoyang beberapa kali. Namun, Alex masih belum puas menyakat Zara.
"Huhu! Nasib baik ada orang nak kat you Zara! Aku ingat kau nak stay single forever! Haha." Si Alex sambung gelak besar. Sementara Zara sudah merah muka menahan marah.
"Alex?!" Zara menjerit kecil. Sakit hati berdepan dengan kawan tiga suku seperti Alex ni.
"Okay..okay. Sorry! Sorry! Best sebenarnya menyakat kau ni, Zara. Jangan marah ek." Alex menyusun sepuluh jari, meminta maaf. Zara mencemik bibir tanda marah.
"Huh! Makin sakit hati aku tengok kau gelakkan aku tau?" Zara bersuara kasar. Rasa macam sia-sia saja usaha Zara untuk video call Alex yang menetap di Kota London itu.
"Chill la Zara! Jangan cepat marah, nanti cepat tua. Huhu." Alex memang tidak pernah berubah. Dia selalu menyakat Zara. Cuba menghiburkan hidup Zara yang selalu kesepian itu.
"Banyaklah kau cepat tua... kalau kau tak stop gelakkan aku, aku tak nak kawan dengan kau!" Haha. Itu hanya ugutan kosong. Mana mungkin Zara putus kawan dengan Alex, satu-satunya kawan lelaki yang Zara ada. Itupun kerana Alex adalah kawan karib arwah Ammar. Kalau tidak, mungkin saja Zara tidak melayan si Alex tu. Alex berdarah kacukan melayu dan Eropah. Namun, wajahnya lebih mengikut rupa ibunya. Rambut perang, mata biru. Kacak jugaklah. Sempat lagi Zara memuji Alex di dalam hati.
"Haha. Relax, dear.. kau kenapa call aku waktu nak lunch macam ni? What happened?" Alex tenang bersuara. Perbezaan waktu 8 jam antara Kota London dan KL. Kalau tadi Zara baru saja balik dari berjumpa Zarul waktu tengah malam, Alex di sana pula sedang bersiap untuk keluar makan tengah hari.
Zara mengeluh kasar.
Alex diam memerhati. Dia tahu Zara pastinya ada masalah besar. Kalau tidak, takkan Zara sanggup buat panggilan video dengannya. Kebiasaannya Zara lebih senang berbalas mesej Whatsapp dengan Alex.
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...