Chapter 24:
"The longer you hide your feelings for someone, the harder you fall for that individual" ~ Psychology Fact!
"Hey! Long time no see!" Zamir memaniskan muka tatkala pandangannya bertembung dengan adik tirinya itu. Sementara Zarul tersenyum kelat. Pagi tadi salah bangun ke apa, kenapa boleh terserempak dengan musuh ketatnya itu di awal pagi macam ni? Terus saja darah panas menyirap naik ke muka. Dia tahu Zamir tidak pernah menerima dirinya di dalam hidupnya. Huh!
"Kau buat apa kat sini?" Berdesing saja telinga Zarul mendengar pertanyaan Zamir itu. Sinis. Macamlah dia tidak boleh langsung datang ke Menara Teraju.
"Aku ada meeting dengan supplier." Ringkas jawapan yang keluar daripada mulut Zarul. Dia malas nak melayan. Dia memusingkan badan dan berura-ura meninggalkan abang tirinya itu. Kalau boleh Zarul tak ingin menjejakkan kaki ke Menara Teraju, bangunan yang dimiliki oleh syarikat bapanya itu. Namun, dia terpaksa. Kerana vendor peralatan projek mini hidro di Pahang sudah beralih lokasi. Dan lokasi yang dipilih ialah Menara Teraju. Huh! Takkan datang ke Menara Teraju pun Zamir marah?
"Hey! Aku dengar kau tengah ngorat Zara, anak Tan Sri Hakim?" Zamir berlari anak untuk menyaingi langkah panjang milik Zarul.
Zarul berhenti mengejut tatkala nama Zara yang diungkit Zamir. Dari mana pulak Zamir dengar berita palsu ni? Siapa kata dia tengah mengorat anak Tan Sri Hakim?
"Non of your business! Kalau aku nak ngorat anak Tan Sri pun apa salahnya?" Sengaja Zarul membalas acuh tak acuh. Langsung tidak dipandang muka Zamir. Buang masa dan air liur saja bercakap dengan abang tirinya itu. Tiba-tiba terlebih mesra alam bertegur sapa dengannya ni mesti ada sesuatu muslihat. Zamir bukannya orang yang berhati baik. Selalu saja Zarul dikenakan tindakan licik Zamir.
"So, betullah kau ngorat anak Tan Sri untuk sign deal dengan TN Holdings?" Zarul memusingkan badan berdepan dengan Zamir. Panas telinga jugak mendengar tuduhan Zamir itu.
"Apa kau nak cakap sebenarnya Zamir?" Tajam mata Zarul memanah anak mata Zamir. Dia mengacip rahang kuat menghadapi kerenah Zamir.
"Huh! Kau guna taktik kotor untuk pastikan projek kau berjaya. Haha. Kesian Zara! Dapat kau yang dari keturunan orang bawahan!" Sinis suara Zamir menghina Zarul.
"Good job, brother!" Zamir menepuk bahu Zarul beberapa kali. Sementara hati Zarul sudah panas mendidih marah. Dia mengepal genggaman. Kalau tidak difikirkan tempat mereka berada, mahu saja Zarul melepaskan tumbukan padu ke muka Zamir. Zamir tak sedar ke dia juga dari darah keturunan Datuk Zaki? Kalau dia mengata Zarul, itu bererti Zamir turut mencerca keturunannya sendiri!
"Hey, Zamir! Lantak aku la aku nak mengorat Zara ke apa ke. Tak ada kaitan langsung dengan kau!" Huh! Dia tidak akan membiarkan Zamir melanyak maruahnya lagi. Apa, ingat dia tak layak ke nak mengorat Zara? Penting sangat ke keturunan bangsawan yang mengalir di tubuh golongan elite tu? Nanti kalau mati, sama saja depan Allah. Hanya amal baik yang bakal jadi perhitungan!
"Haha. Kau tu patut sedar diri sikit Zarul! Tak mungkin Tan Sri Hakim nak bermenantukan kau! Kalau dia tahu kau tu anak perempuan sundal, mesti dia tak kasi can punya!" Berdesing telinga Zarul mendengar penghinaan Zamir. Pantas tangannya mencengkam kolar baju kemeja Zamir. Sekali lagi dia mengacip rahang kuat. Cuba menahan amukan marah di dada.
Zamir hanya tersenyum sinis. Dia berani bertaruh kereta Ferrari miliknya bahawa Zarul tidak akan berani bertindak di luar batasan. Dia kenal benar dengan perangai Zarul. Nampak hati batu tapi selalu mengalah. Haha. Hatinya kembang kuncup bangga dapat menghentam Zarul.
"This is my last warning! Kau jangan masuk campur urusan aku. Kau jaga hal kau saja!" Tegas Zarul memberi amaran sambil matanya tepat menikam anak mata Zamir. Dia mendekatkan muka ke telinga Zamir dan berbisik keras.
![](https://img.wattpad.com/cover/126139086-288-k123920.jpg)
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...