Chapter 20

1.4K 52 3
                                    

           

Chapter 20:

"Choosing to be single isn't selfish, it's just smarter to be alone than with the wrong person." ~ All Great Quotes of The Day.

Zarul menarik kasar T'shirt di badan sasanya itu. Rimas dan peluh melekit di seluruh badan. Seharian berkejar ke sana ke sini mencari puteri kesayangan Tan Sri Hakim. Huh! Tak pasal-pasal dia terlibat di dalam drama hidup Zara. Huh! Sekali lagi dia merengus marah. Terasa sia-sia bimbangkan keselamatan Zara siang tadi. Hatinya sebal. Rasa marah dan geram masih berkumpul di dada.

Dia menggenggam gumpalan baju T'shirt ditangan sebelum menghempas kuat ke tilam. Dia masih tidak puas hati. Kalau boleh dia hendak tegur perangai Zara. Perempuan itu perlu seseorang untuk mendisiplinkannya. Ada ke patut buat perangai lari daripada bodyguard sendiri?? Zara tak faham ke Tan Sri Hakim risaukan Zara? Tapi kenapa Zarul pulak turut bimbang dan sakit hati? Disaat soalan itu mula menerjah mindanya, cepat saja Zarul menafikan perasaan halus yang mula menjalar di dalam hati. Dia tidak faham apa yang dia rasakan kini. Keliru! Argh! Lantaklah! I don't care! Teriak hati Zarul.

Dia melangkah santai ke bilik air. Dia menggosok gigi dan membasuh muka. Disaat dia memandang kosong wajah diri sendiri di cermin, ingatannya singgah di wajah putih mulus milik Zara! Sorotan sinar mata Zara membuatkan dada Zarul terasa sesak secara tiba-tiba. Urgh! Apa kena dengan Zarul ni? Sejak bila dia jadi jiwang karat?

Sekejap saja dia rasa ada sesuatu di sebalik pandangan Zara tadi. Mungkinkah Zara masih terasa hati kerana dia tanpa rasa bersalah menyuruh Zara tidak menghubunginya lagi? Ya! Mungkin itu saja yang mengasak mindanya. Rasa bersalah di atas layanan dinginnya terhadap Zara.

Sekejap saja rasa bersalah itu hadir di hati Zarul. Selebihnya rasa geram dan marah kembali menyerang dasar hatinya.

Dia mandi di bawah pancuran air. Beberapa kali dia menarik nafas dalam. Cuba menghalau gelodak perasaannya itu. Kenapa dia rasa sakit hati sangat dengan perangai Zara?

Huh! Lama Zarul mandi dan pada masa yang sama mencari ketenangan di dalam diri. Akhirnya, dia berjaya menolak ke tepi belenggu di hati. Whatever! Apa yang pasti dia malas ambil pusing dengan Zara lagi. Buang masa saja!

Usai solat, dia menapak ke ruang dapur. Mencari sesuatu yang boleh ditelan. Perutnya sudah mogok kerana kelaparan. Huh! Sibuk mencari Zara sehingga Zarul terlupa untuk makan. Dia mencapai satu paket Maggie dan mula memasak ala kadar.

Alhamdulillah. Nikmatnya dapat makan Maggie! Dia meneguk rakus setin air 100Plus untuk menggantikan kembali tenaga di badan. Lega.

 

Dia berjalan ke ruang tamu dan mula mencapai remote control. Ligat tangannya mencari saluran TV yang menarik perhatian sebelum akhirnya memutuskan untuk menonton rancangan Discovery Channel. Tidak sampai sepuluh minit, Zarul sudah terkulai layu. Tidur lena di atas sofa sehingga ke pagi.

*******************

 

Cuaca agak mendung. Tan Sri Hakim melangkah gontai ke ruang legar Royal Selangor Golf Club. Matanya melilau mencari kenalan yang sudah lama tidak ketemu. Bukan selalu dia dapat meluangkan masa bersama kenalan di kelab golf ini. Kalau tidak kerana hajat di dada, rasanya belum tentu Tan Sri Hakim hadir di tempat itu. Memang dulu dia kerap turun padang mengayun stik golf beberapa lubang kerana urusan perniagaan. Selebihnya dia lebih gemar menghabiskan masa menunggang kuda kesayangan.

"Hey! Lama tak nampak, Tan Sri!" Terasa ada tangan kasar menepuk bahunya lembut beberapa kali. Tan Sri Hakim berpaling dan mengukir senyum gembira melihat orang yang dicari sudah berada di depan mata.

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now