Chapter 15

1.9K 85 14
                                    

Chapter 15

I hide my tears when I say your name, but the pain in my heart is still the same. Although I smile and seem care free, there is no one who misses you.... more than me ~ All Great Quotes Of The Day

Pasrah! Sedih! Pilu. Sejak Zarul hadir di dalam hidup Zara, bayangan Ammar kembali utuh di ingatan. Biar terpisah lebih lima tahun, namun jiwanya masih mendambakan insan bernama Ammar. Sering saja dia tenggelam dalam panggilan rindu yang tidak pernah lagi bersahut. Jiwanya merana. Hatinya merintih hiba. Ingatannya masih segar mengulang kembali cebisan memori yang amat di hargai Zara. Siang malam dia berdoa agar dirinya tabah menerima ujian Tuhan. Namun, sering kali dia tewas, gagal mengawal emosi setiap kali menatap wajah Zarul. Iras wajah mereka yang hampir serupa membuatkan rindu Zara terhadap Ammar kembali melimpah ruah. Tumpah tidak terbendung. Melata sepi tidak dapat dikawal sekeping hati Zara yang semakin lemas dalam ingatan semalam. Oh Tuhan! Bantu Zara. Dia tidak cukup kuat untuk menyembunyikan rindu yang tidak lagi berbalas. Dia tidak cukup tabah untuk menyembunyikan tangisan setiap kali nama Ammar meniti di bibirnya. Sakit! Teramat sakit meratapi kehilangan insan tersayang. Kali ini, dia gagal lagi mengawal calaran kasih di jiwanya. Zara terduduk lemah di dinding tembok rumah. Air mata yang mengalir laju dibiarkan saja. Tangannya ditekan kuat ke dada. Cuba meredakan kesakitan yang membunuh jiwanya. Bahunya terhinggut-hinggut, selari dengan tangisannya yang tidak bertepi.

"Don't contact me again!" suara Zarul bertindih dengan suara Ammar. Zara menggeleng kepala beberapa kali. Cuba menghalau rasa sebal dan sedih yang bercampur aduk itu. Oh tuhan. Zara silap menaruh harapan kepada yang tidak sudi. Zarul bukan Ammar!! Berkali-kali Zara cuba mengingatkan diri. Ammar bukan sedingin Mr. Stone Cold. Ammar kekasih yang penyayang. Oh Tuhan. Bantu Zara menghadapi ujian ini. Kenapa Zara ketemu Zarul sekarang? Sepertinya segala usaha Zara untuk membina kembali hidupnya hancur sekelip mata. Dia kembali terperangkap di dalam kenangan silam. Ingin benar dia mencari cebisan diri Ammar di dalam diri Mr Stone Cold. Itu kesilapan terbesar Zara.

Zara gagal! Dia tewas!

Dunianya terasa sangat kelam. Rasa rindu terhadap Ammar membuatkan dia hampir penasaran. Kenapa Zarul tidak sebaik Ammar? Kenapa?

Disaat Zara tenggelam dan lemas dalam kesedihan yang berpanjangan, terasa ada tangan yang menggosok lembut bahu Zara. Zara mengangkat wajah mencari kekuatan dari insan yang cukup memahami kemelut hatinya.

"Mak Mah!!!" Kini Zara sudah tidak peduli apa yang terjadi. Dia meraung kuat sambil memeluk erat tubuh tua Mak Mah. Segala kesedihan yang terbuku lama di dadanya dihamburkan di bahu Mak Mah.

Sementara Mak Mah menggosok lembut belakang badan Zara. Kata-kata semangat di bisikkan ke telinga Zara. Kasihan Zara. Sayu hati Mak Mah melihat Zara menangis hiba seperti baru kehilangan Ammar. Gadis di dalam pelukannya ini cukup kuat orangnya. Jarang benar menangis menunjukkan kelemahan diri. Tapi apa yang terjadi sehingga Zara meraung sedih sebegini rupa?

"Sabar Zara! Ingat Allah. Istighfar banyak-banyak...." Mak Mah masih setia membisikkan kata-kata semangat. Dia tidak sanggup melihat Zara terus tenggelam dalam kesedihan. Dia mahu Zara kembali senyum dan ceria. Rasa kasih dan sayangnya tumpah untuk anak gadis Tan Sri Hakim ini. Seperti anak gadisnya sendiri. Sakit di hati Zara, Mak Mah turut merasainya. Derita di jiwa Zara, dia amat memahami.

"Kenapa Zara nangis?" lembut Mak Mah bertanya setelah esakan Zara semakin reda. Zara mengangkat wajah dan memandang muka Mak Mah. bergetar bibirnya ketika menuturkan sebaris nama keramat yang amat dirinduinya.

"Ammar..." Ya Allah, memang benar telahan fikiran Mak Mah. Tiada orang lain yang dapat membuatkan Zara menangis bagai orang penasaran ini melainkan arwah tunangannya. Jelas cinta di hati Zara masih utuh untuk Ammar. Kematian orang tersayang adalah terlalu amat menyakitkan. Mak Mah pernah mengalaminya. Setiap langkah dibayangi kenangan silam. Setiap tarikan nafas diselami rindu yang tidak akan pernah berbalas lagi. Jiwa wanitanya cukup memahami kesakitan di hati Zara. Semakin dia mengeratkan pelukan di tubuh gadis itu. Biar Zara tahu dia tidak keseorangan dalam hal ini. Biar kasih sayangnya dapat membalut kesepian di hati Zara.

"Sabar Zara. Ingat Allah. Allah lebih sayangkan Ammar. Zara kena kuat.." Pujukan Mak Mah sedikit sebanyak menyedarkan Zara ke alam realiti. Dia tahu, sekuat mana dia meraung menangisi pemergian Ammar, kekasihnya itu tidak akan pernah lagi kembali di dalam hidupnya. Tapi dia tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perasaan rindu yang mengasak dadanya itu.

"Mak Mah... Zara rindu Ammar..." sayu suara Zara meluahkan kesedihan di hati. Mak Mah mengangguk faham. Sekali lagi air mata Zara gugur menyembah pipinya yang sudah sembab dengan air mata rindu.

"Shh.... Mak Mah faham Zara sedih. Tapi Zara tak boleh macam ni. Zara kena terima takdir, qada' dan qadar Allah. Kalau rindukan arwah, Zara perlu hadiahkan al-fatihah dan doa banyak-banyak. Jangan nangis sedih macam ni..." Nasihat Mak Mah menyerap masuk perlahan-lahan ke dasar hati Zara. Benar, dia tidak sepatutnya membiarkan kenangan silam menghantui dirinya lagi.

"Dah, jangan menangis macam ni lagi ya. Zara kena kuat! Zara kena tabah!" Mak Mah masih setia menghantar semangat ke dalam diri Zara. Jemari tuanya naik mengesat sisa air mata di pipi gebu Zara.

Sentuhan kasih Mak Mah membuatkan Zara terharu. Dapat dirasakan kasih tulus ikhlas daripada Mak Mah. Walau tiada pertalian darah di antara mereka, tapi Mak Mah cukup istimewa di hati Zara. Dia membesar di bawah jagaan Mak Mah. Tanpa Mak Mah di sisi, dia yakin, dia tidak akan cukup kuat untuk menempuh ujian tuhan. Dia belajar agama Islam melalui Mak Mah. Dia mendalami isi Al-Quran dengan bergurukan insan tua yang sudi menghabiskan separuh usianya untuk menjaga Zara.

"Zara..?" Mak Mah mencari sinar mata Zara sambil tangannya menggosok lembut bahu Zara. Zara mengangguk lemah. Mak Mah bangun dan menarik tangan Zara untuk bangun bersamanya. Dia memimpin tangan Zara menuju ke banglo mewah milik Tan Sri Hakim. Zara hanya menurut dengan ketenangan yang mula menjengah diri. Ya! Dia perlu kuat. Tidak sepatutnya dia mencari diri Ammar di dalam diri Zarul. Mereka insan berbeza. Zara nekad. Dia tidak akan pernah mengganggu Zarul lagi. Itu janji yang di pahat. Dia akan mencari kembali kekuatan diri. Dia tidak perlukan lelaki di dalam hidupnya. Cukuplah dia hidup ditemani kenangan indah bersama Ammar. Cinta ini akan terus mekar mewangi biar terpisah dengan kematian. Dia redha. Dia pasrah. Dia memanjat doa menghantar rasa cinta dan kasihnya untuk Ammar. Tenanglah dikau di sana, Ammar!

_______________________________________________________________

Hello,

Hope you all okay with this new chapter. Author feel so sad, meletakkan diri author di tempat Zara. sob sob sorang-sorang ni. (T_T)

apa pendapat u all dengan citer ni? 

Thursday,

11.38 p.m


My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now