Chapter 18:
"If you really want to escape the things that harass you, what you're needing is not to be in a different place but to be a different person." ~ All Great Quotes of The Day.
Zara melajukan langkah. Hish! Rimas betul ada dua orang pengawal peribadi. Nak window shopping atau jumpa kawan-kawan pun susah! Zara semakin rimas. Sudah hampir tiga hari dia terpaksa bertahan dengan kehadiran Lan dan J. Kesabarannya semakin menipis. Dia nekad. Rancangannya perlu diteruskan. Dia perlukan ruang, masa dan keselesaan. Tidak betah setiap gerak gerinya diperhati dan dikawal dua pasang mata helang pengawal peribadinya. Terasa seperti di dalam penjara. Tiada kebebasan langsung! Huh!
"Guys, I need to use the washroom." Zara memusingkan badan dan memberitahu dua orang pengawal peribadinya yang berpakaian seperti orang awam, berseluar jeans lusuh dan baju T'Shirt. Itupun setelah diugut oleh Zara. Dia rimas melihat pengawal peribadinya memakai suit lengkap. Nanti semua orang tahu dia sedang di kawal rapi. Apatah lagi ketika dia menghabiskan masa di kompleks beli belah atau restoren. Dia rasa amat kekok. Lan dan J hanya mengangguk kepala tanda faham dan mengambil posisi di pintu masuk tandas perempuan. Zara tersenyum senget.
Dia menyusup masuk ke dalam tandas perempuan yang agak ramai. Nampak sahaja tandas kosong, segera Zara menyelinap masuk. Dia membuka beg dan mengeluarkan sepasang jubah hitam, tudung labuh dan niqab yang sudah lama tidak digunakan sejak dia selesai mengerjakan umrah. Pantas dia menyarungkan jubah hitam dan mempersiapkan diri persis muslimah sejati. Selesai membetulkan tudung dan memakai niqab, dia melangkah keluar penuh keyakinan. Kelihatan Lan dan J masih setia menanti di depan pintu tandas perempuan. Dia mengukir senyum senget tanda kemenangan. Zara nekad untuk melarikan diri daripada dua orang pengawal peribadi upahan Papa.
Dia berjalan santai berlenggang di celah-celah orang ramai di Mid Valley. Sengaja dia memilih tempat ramai orang sebegini agar senang dia meloloskan diri. Setelah agak pasti dia berjaya melepaskan diri daripada pengawal peribadinya, segera dia menelefon Izzy. Izzy yang sudah bersiap sedia menunggu kehadirannya segera menjemputnya di depan lobi utama Mid Valley.
"Assalamualaikum, babe!" ceria Zara bersuara menegur Izzy. Izzy tergelak besar menatap diri Zara yang 100% seperti wanita Arab itu.
"Seriously, Zara. You're so creative! I salute you babe!" Izzy memuji idea gila-gila Zara untuk melepaskan diri daripada kawalan ketat pengawal peribadinya itu.
Zara tergelak kecil. Gembira rancangannya berjalan lancar.
"Jom! Let's go to BSC. Kita boleh lepak lama sikit. Hanna dah sampai ke?" Laju Zara mengajak Izzy ke destinasi pilihan mereka. Dia yakin pengawal peribadinya pasti tidak dapat mengagak di mana mereka berada. Dia akan tetap berpakain jubah dan berpurdah walau berjumpa dengan rakan karibnya. Ini semua untuk memastikan rancangannya tidak terkandas separuh jalan. Sumpah! Seronok jugak dapat kenakan pengawal peribadi Papa! Rasa gembira dan puas hati.
Sampai di BSC, mereka segera melangkah ke restoren Arab pilihan mereka. Selesai memberi pesanan makanan kegemaran, mereka segera membuka cerita kehidupan. Sudah lama tiga rakan karib itu tidak berjumpa.
"Hajjah, tak rimas ke pakai purdah bagai? Macam mana nak makan nanti?" Hanna bertanya kepada Zara sementara Izzy turut mengangguk kepala bersetuju dengan soalan Hanna. Zara ketawa galak mendengar soalan Hanna.
"Okay, sekarang I bukak. I pun tak tahu macam mana nak makan dengan pakai niqab ni." Hanna dan Izzy turut berkongis ketawa lucu mendengar jawapan Zara.
"So, apa cerita terbaru girls?" Izzy memulakan bicara.
Hanna jungkit bahu bersahaja.
"I macam biasa, busy with married life. But I think, I nak berhenti kerja la babe." Hanna memulakan mukaddimah cerita alam berumah tangga.
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...