Chapter 36:
"It hurts not having you close, but it would hurt even more not having you at all..."~ Love Quotes of The Day!
Tan Sri Hakim merapati tubuh Zara yang termenung panjang di balkoni rumah. Jauh termenung menatap kegelapan malam sehinggakan tidak sedar Tan Sri Hakim sudah berdiri di tepinya sejak seminit yang lalu.
"Amboi Zara, jauh termenung!. Sampai Papa kat sebelah ni tak sedar?" Suara garau Tan Sri Hakim berjaya menarik Zara kembali ke alam realiti. Fikirannya tadi menerawang jauh entah ke mana. Sekejap teringatkan Zarul, sekejap rindukan Ammar. Huh! Masalah jiwa betul!
"Ops! Pa, janganlah buat Zara terperanjat. Lemah jantung tau tak." Zara mengurut dada perlahan. Terasa kurus semangat disergah Papa sebegitu rupa.
"Ha, mintak la sangat. Kata-kata tu doa tau." Papa membalas bersahaja. Dia mengamati riak wajah anaknya. Nampak seperti susah hati.
"Alah Papa ni, sengaja nak takutkan Zara pulak." Zara memaut mesra lengan Papa dan kembali menebar pandangan membelah kegelapan malam. Malam itu kosong tanpa bintang. Agak mendung dan angin bertiup sedikit kuat. Seperti akan turun hujan sebentar lagi.
"Ya lah. Setiap kata-kata kita tu doa. Nanti jadi betul siapa susah? Papa jugak yang susah." Tan Sri Hakim masih giat mengusik Zara.
"Pa.... Sudah la tu. Janganlah membebel pulak..." Zara berpura-pura merengus marah. Tan Sri Hakim mengukir senyum senang.
"Haha. Pandai la, Zara ni. Papa tak start membebel lagi ni. Zara nak dengar lagi ke?"
"Tak nak. Please...." Zara menlentokkan kepala ke bahu Tan Sri Hakim. Manja si Zara ni kan?
"Haha. Pandai la Zara ni." Tan Sri Hakim ketawa lepas. Rasa bahagia menyelusup hatinya melihat aksi manja Zara. Rasa tenang hidupnya.
"So, how was your date today?" Tan Sri Hakim ingin mencungkil rahsia. Nak harapkan Zara bercerita tentang temujanji dengan calon suami pilihannya itu jauh ke laut. Alih-alih dengan Mak Mah jugak dia bercerita. Nasib baik Mak Mah sudah ditugaskan untuk menjadi talibarutnya. Tapi hari ini lain pulak ceritanya. Tiada maklumat terbaru daripada Mak Mah. Yang dia tahu Zara asyik termenung panjang sejak balik daripada temujanji tengah hari tadi. kenapa? Apa yang terjadi.
"O.K je, Pa! Nothing special." Zara sedikit gugup mendengar soalan Papa. Seboleh mungkin dia cuba bersuara selamba. Papa ni tak dengar apa-apa lagi ke daripada Zarul? Pelik bin ajaib! Takkanlah rancangannya siang tadi tidak membuahkan hasil?
Sangkanya Zarul akan memberitahu Papa tentang peristiwa siang tadi. Zara menyangka Zarul akan memutuskan perjanjian dengan Papa untuk berkahwin dengannya. Tapi kenapa Zarul tidak bertindak sebegitu rupa? Bukan Zarul marahkan Zara ke?
"Hmm... betul tak ada apa-apa?" Tan Sri Hakim bertanya mencari kepastian. Sungguh dia tidak tahu apa yang terjadi antara mereka berdua. Kalau dulu semua yang terjadi terhadap Zara berada di dalam pengetahuannya kerana ada laporan setiap hari daripada pengawal peribadi Zara. Tapi kini, setiap kali Zara keluar bertemu janji dengan Zarul, dia tak mahukan pengawal peribadi mengganggu temu janji mereka. Jadi Tan Sri Hakim terpaksa mengalah. Kerana dia yakin Zarul dapat menjaga Zara.
"Zarul tak ada cerita apa-apa dengan Papa ke?" Zara kembali bertanya mencari kepastian. Mustahil rancangannya tadi tidak berhasil! Takkanlah Zarul masih mahu menikahinya setelah apa yang terjadi tengah hari tadi? Jadi betullah Zarul akan tetap meneruskan perjanjiannya dengan Papa kerana urusan perniagaan? Zara semakin jauh hati. Rasa bersalah tadi bertukar menjadi rasa geram dan marah.
"Dia ada benda nak cerita dengan Papa ke?" Tan Sri Hakim masih tidak tahu apa-apa.
"Hish, Papa ni! Orang tanya dia, dia tanya balik pulak!" Sengaja Zara berpura-pura marah. Sebenarnya dia sendiri keliru tidak faham dengan tindakan Zarul. Kenapa Zarul tidak memberitahu Papa lagi??
YOU ARE READING
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)
RomanceGenre: Action, Romance (Highest rank: #9) Zara terperangkap dalam kenangan silam. Zarul bersumpah tidak akan mencintai sesiapa setelah cintanya berkecai ditengah jalan. Tan Sri Hakim perlukan pewaris untuk memacu empayar perniagaan. Dia merancang un...