Chapter 31

1.2K 49 7
                                    

           

Chapter 31:

"You are at once both the quiet and the confusion of my heart" ~ Thought of the day.

Zara menjeling geram. Tangannya naik menyilang dada. Sedikit tidak puas hati dengan jawapan Zarul sebentar tadi. Apa? Nak pergi Taekwondo Training Center? For what? Buat penat saja Zara mengenakan mekap dan bergaya dengan blouse cantik bersama high heels!

Zarul tersenyum nipis melihat aksi Zara. Dia meluruskan pandangan memandu ke arah destinasi di PJ.

Sampai di tempat yang dituju, muncung di mulut Zara semakin panjang. Ini bukan tempat pilihan untuk bertemu janji buat pertama kalinya. This is their first date!! Apa kena dengan calon suami pilihan Papa ni? Memang wayar tercabut atau sudah hilang sensitiviti? Kalaupun tak sukakan Zara, tak perlulah heret Zara ke tempat dia berlatih Taekwondo!. Huh! Zarul memang juara dalam bab menyakitkan hati Zara.

"Zara...?" Zarul akhirnya membuka pintu kereta di sebelah penumpang. Matanya memandang tepat ke anak mata Zara. Sekejap saja Zara memandang muka Zarul sebelum meluruskan pandangan ke depan. Dia masih tetap berdiam diri di tempat penumpang. Sengaja tunjuk protes kerana dia tidak suka pilihan destinasi pemuda itu.

Zarul tersenyum senget sebelum bersuara.

"Tak nak turun ke Cik Zara Aleeya? Atau nak I dukung you?" Suara rendah Zarul berjaya membuatkan Zara semakin sakit hati. Huh! Matanya laju menjeling muka kacak milik Zarul. Semakin sakit hati tatkala matanya menangkap segaris senyuman senget Zarul. Eii.... geramnya hati!!!!

Zarul berpura-pura tunduk untuk mengangkat tubuh Zara yang masih berkeras tidak ingin mengikutinya ke Taekwondo Center, tempat dia selalu mengasah kemahiran sejak 20 tahun lepas.

Segera Zara menepis tangan sasa Zarul yang begitu hampir dengan dirinya. Sekali lagi dia menjeling marah.

"No need! I boleh jalan tau!"

Zarul cuba menyembunyikan senyuman yang terukir di bibir. Zara turun daripada SUV Zarul dan bergerak menjauh lebih sedepa daripada Zarul. Pandangannya ditalakan ke tempat lain. Masih sakit hati dengan Zarul.

"Come, princess! Let's go!" Eeiii.... geramnya hati Zara. Rasa seperti Zarul sengaja memanggilnya puteri kerana ingin menyakitkan hatinya. Pendek kata, apa saja yang Zarul buat sekarang, tidak akan berjaya mengubati kemarahan yang membuak di dada Zara.

Si gadis ayu masih berdiri kaku sedari tadi. Dia memandang sekeliling. Iphone di dalam handbag Prada dicapai dan segera dia membuka aplikasi Grab. Dia perlu gunakan peluang yang ada untuk keluar daripada cengkaman Zarul dan juga Papa. Sekurang-kurangnya tadi dia telah berjaya meyakinkan Papa agar dua orang pengawal peribadinya tidak mengikuti perjalanan temu janjinya bersama Zarul. Sebenarnya dia ingin lari daripada rancangan Papa dan Zarul. Huh! Lebih baik dia habiskan masa lepak bersama Izzy dan Hanna. Buang masa saja keluar berdua dengan Zarul!

"It's okay. I dah ada plan lain. Thanks for the ride!" Zara tiada hati untuk melayan Zarul sekarang. Dia tawar hati.

"Zara, please come." Zarul sudah berdiri rapat di sebelah Zara. Matanya mengerling melihat Zara yang sedang menekan destinasi pilihan di aplikasi Grab.

"Where are you going?" Zarul bersuara rendah, masih cuba menyembunyikan rasa tidak puas hati dengan tindakan Zara sekarang.

"Jumpa kawan I!" Acuh tak acuh saja jawapan Zara. Dia tak kisah apa pendapat Zarul terhadap dirinya sekarang. Yang pasti, mereka berdua saling membenci antara satu sama lain!

"What about our date then?" Zarul mempamerkan riak tidak puas hati di wajahnya.

"You date diri you sendiri! You don't need me, right?" Dingin saja layanan Zara sekarang. Sengaja dia bertindak sebegitu rupa, cuba memulangkan paku buah keras. Biar Zarul terasa hati dengan tindakannya sekarang. Barulah seri skor masing-masing.

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now