Chapter 35

1.1K 47 3
                                    

           

Chapter 35:

"Sometimes, all a girl wants is for you to fight for her. Make her believe that you want this relationship more than she does." ~ Love Quotes of the day!

"Hahaha. Kelakar tengok muka Zarul tadi! Haha!" Alex ketawa lepas. Rasa gembira dan seronok di dalam hati. Dia memandang sekilas belakang badan Zarul yang sudah menapak keluar daripada restoren.

"Give me high five Zara! Rancangan kita berjaya!" Alex bersuara ceria sambil kedua telapak tangannya disua ke arah Zara.

Zara menepuk tangan Alex separuh hati sahaja. Dari tadi dia tertunduk lemah. Rasa hatinya bagai dicarik-carik melihat reaksi kecewa dan bengang Zarul sebentar tadi. Zara tidak faham perasaan sendiri. Kenapa dia rasa sedih melihat Zarul melangkah pergi di dalam keadaan marah dan kecewa? Kejamkah Zara dimata Zarul? Dia rasa sangat serba salah. Sebahagian hatinya lega kerana berjaya menyelesaikan masalah. Namun, sebahagian hatinya entah kenapa sedikit resah dan sedih. Bagai dapat dirasakan kekecewaan di hati Zarul sebentar tadi.

"Zara, jom order makanan. Aku lapar la." Alex di sebelah masih tetap bersuara ceria. Dia beralih tempat duduk, mengambil tempat yang ditinggalkan Zarul sebentar tadi.

Zara hanya diam memerhati gelagat Alex yang terlebih ceria. Sementara hatinya dipagut resah tiba-tiba.

Alex mengangkat tangan melambai kepada waiter.

"Kau nak makan apa, Zara?" Alex memandang Zara yang sejak tadi diam menyepi. Hatinya rasa sedikit tidak sedap hati memandang keadaan Zara sekarang. Monyok memanjang. Kenapa? Adakah Zara ada perasaan istimewa untuk Zarul, calon suami pilihan Tan Sri Hakim itu? Alex mengeluh kecewa. Di mana tempatnya di hati Zara? Tak adakah peluang untuk Alex?

Alex sangkakan ini adalah peluang keemasan yang perlu direbutnya apabila Zara beria-ia meminta pertolongannya untuk menghalau Zarul dari hidup Zara. Tapi kenapa Zara bermuka keruh bagai baru kematian tunang? Ya, dulu Alex mengalah kerana sahabat baiknya menaruh hati kepada Zara. Dia terpaksa membawa hati yang terluka kerana Zara memilih Ammar sebagai kekasih sejati.

Kini, Alex terpaksa merebut kasih Zara daripada Zarul pula? Dia memicit dahi secara tiba-tiba. Berselirat dan berserabut fikiran dan perasaannya. Keyakinan yang terbina sebentar tadi terhapus ditelan kekecewaan. Kenapa sukar hendak digapai sekeping hati Zara? Sungguh dia dambakan cinta hati Zara sejak di bangku sekolah. Tapi kenapa sukar Zara memberi peluang untuknya? Perlukah dia berterus terang tentang perasaan hatinya?

Zara menggigit bibir bawah apabila melihat Alex lama terdiam memerhati menu ditangan. Soalan si gadis waiter terbiar sepi di bawa angin. Zara tersenyum kelat sambil memanggil Alex beberapa kali.

"Alex, kau nak order apa? Cepatlah..." Gesa Zara kepada Alex.

Alex berdehem beberapa kali sebelum memaniskan senyuman. Dia tidak mahu Zara sedar dia sebenarnya sedang bergelut dengan kekecewaan sendiri.

"Could you please give me wagyu steak medium rare and coke please!" Si Alex menutup buku menu dan menghulurkan kepada si gadis waiter dengan segaris senyuman.

"Kau order apa tadi, Zara?"

"Aku order salad je tadi. tak ada selera nak makan." Zara memberi alasan. Kalau ikutkan hatinya, selera makannya hilang bersama kekecewaan yang terukir di wajah Zarul. Dia rasa cukup bersalah.

"Why? Kan kita dah berjaya kenakan Zarul. We should celebrate our victory!" Sengaja Alex berkata sebegitu rupa. Ingin mendengar jawapan Zara.

"Haha. I know. Tapi aku kesian la pulak tengok Zarul macam tu tadi." Tanpa berselindung Zara berterus terang. Dia tidak sedar teman di depan matanya itu sedang memendam perasaan.

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now