Chapter 13

1.9K 85 4
                                    


My Dear Mr Stone Cold

Chapter 13

'You're gonna catch a cold from the ice inside your soul' ~ All The Greats Quotes Of The Day

Suasana sunyi sepi. Hanya kedengaran helaan nafas halus mengisi ruang SUV milik Zarul. Dia memandang lurus ke depan. Sementara fikirannya sarat dengan pelbagai kemusykilan.

'Zara would love to see you again, Zarul!'

Masih tergiang-giang tutur bicara Tan Sri Hakim di telinga. Terasa panas hati terperangkap di dalam kemelut hidup Zara Aleeya Tan Sri Hakim. Sungguh dia tidak gemar mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi. Melihat pandangan penuh makna Tan Sri Hakim lewat pertemuan tengah hari tadi masih membuat dia rasa cuak. Mungkin saja Tan Sri Hakim meragui tujuannya menyelamatkan Zara. Hatinya semakin terbakar geram. Terperangkap di dalam situasi yang sukar dan sulit untuk dijelaskan. Dia menghela nafas berat. Tidak sedar wanita cantik di sebelahnya semakin tidak selesa dan kekok tidak tahu hendak berbuat apa.

Tiba-tiba dia terpaksa membrek SUV secara mengejut apabila ada sebuah motor hampir melanggar cermin sisi kereta gara-gara ingin menyelit di celah-celah kesesakan lalu lintas sampai sanggup membahayakan diri sendiri. Zarul menghentak stereng kuat menghamburkan kemarahan di dada.

Sementara Zara di seat sebelah semakin hilang punca. Terasa getaran kemarahan Zarul memenuhi ruang kereta itu. Tegang. Zara takut untuk menegur apatah lagi bersuara. Namun, melihat tahap kemarahan Zarul sekarang membuatkan Zara terpaksa memberanikan diri menegur Zarul.

"Zarul, janganlah marah sangat. Istighfar please.." Gemersik lembut suara Zara cuba memadam api kemarahan dan geram yang terpamer di wajah Zarul. Bagai di simbah minyak panas, semakin mendidih hati Zarul mendengar suara gadis di sebelahnya. Memang dia bengang dengan mamat motor yang menunggang secara merbahaya tadi, namun dia sebenarnya lagi sakit hati di salah anggap oleh bakal rakan niaga.

Jelas pertemuan perniagaan tadi tidak ke mana. Dia bagai kembali ke takuk lama. Perlu bermula kembali dari bawah. Tidak mungkin Tan Sri Hakim akan melaburkan wang jutaan ringgit di dalam projek hidroelektrik yang diusahakannya itu sedangkan jelas benar Tan Sri Hakim meragui integriti dan etika kerjanya. Dia benci di salah anggap!. Huh! Tension dan stress!! Sekali lagi Zarul mengeluh kasar. Cuba melepaskan bebanan tekanan kerja yang semakin memuncak dan sedikit sebanyak mencuri ketenangan di hatinya itu.

Melihat emosi jejaka kacak di sebelahnya sedikit terganggu membuatkan Zara semakin rasa serba salah. Dia semakin tidak senang duduk. Sedar dia bukanlah teman rapat Zarul yang tahu apa yang terjadi dalam hidup lelaki itu. Tambahan pula dia tanpa segan silu meminta pertolongan Zarul sebentar tadi sedangkan pemuda itu jelas menolak ajakannya untuk berjumpa tengah hari tadi. Terasa berpasir mulut Zara. Rasa serba salah dan kekok semakin mencucuk-cucuk sekeping hatinya.

"Err.... Zarul. I am so sorry if I banyak menyusahkan you..." Dengan rendah hati Zara meminta maaf. Sedar dia tidak sepatutnya menyusahkan Zarul dengan masalah hidupnya. Kelihatan Zarul sekali lagi menghela nafas berat.

"I know I tak sepatutnya call you, mintak tolong you... but.." Zara semakin hilang punca untuk menerangkan tindakan luar biasanya sebentar tadi. Sukar untuk dirungkai oleh Zara kerana dia sendiri kurang pasti kenapa nama Zarul yang hadir di benak fikirannya disaat dia kalut dan panik ketakutan tadi. Jelas dia masih keliru dan sukar menafsir tindakan diri.

"Then, why did you call me?" Zarul sengaja bertanya. Ingin mengetahui isi hati Zara. Sungguh dia tidak sangka Zara akan menelefonnya dalam keadaan panik dan kalut meminta pertolongan. Pelik benar tindakan Zara. Kenapa Zara tidak menghubungi Tan Sri Hakim atau kawan rapatnya yang lain. Kenapa Zara menghubungi Zarul?

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now