Chapter 25

1.3K 55 5
                                    

           

Chapter 25:

"Sometimes, someone comes into your life, so unexpectedly, takes your heart by surprise, and changes your life forever" ~ Love Quotes of The Day

Terdengkut-dengkut langkah kaki Zara sambil separuh berat badannya dilabuhkan ke tongkat penompang. Pemuda di sebelahnya menyaingi tiap langkahnya sambil matanya tidak lepas mengawasi tiap langkah Zara. Zara mengerling sedikit memerhati wajah Zarul yang masih setia di sisinya sejak siang tadi. Haila, terlebih baik pulak Mr Stone Cold ni. Ikhlas ke tak tolong Zara sekarang? Atau Zarul mengambil berat kerana dia anak Tan Sri saja? Musykil sungguh hati Zara ketika meneliti aksi Zarul hari ini. Takkan orang hati batu boleh berubah sekelip mata?

Zara mengukir senyuman mesra tatkala terpandang Mak Mah di ruang tamu. 

"Ya Allah! Zara, kenapa dengan kaki kamu?" Mak Mah bersuara panik dan segera merapati Zara yang sedang bergerak perlahan ke arah sofa.

"Zara terseliuh kaki, Mak Mah." Lemah suara Zara mengadu kepada Mak Mah. Tangan Mak Mah cepat memegang lengan Zara untuk menyokong setiap langkahnya itu.

Tan Sri Hakim menutup surat khabar yang dibaca sejak 20 minit lepas. Dia bangun mengamati keadaan Zara. Sedikit terperanjat melihat keadaan Zara yang sedang berjalan terhincut-hincut itu.

"Kenapa dengan kaki kamu, Zara?"

"Terseliuh sikit, Pa"

"Ya Allah, budak bertuah ni. Terseliuh di mana?" Tan Sri Hakim melangkah laju mendekati tubuh Zara. Matanya kalih pandang ke arah Zarul yang berdiri di tepi Zara.

"Di pejabat saya, Tan Sri!" tanpa membuang masa, Zarul menjawab pertanyaan Tan Sri Hakim.

"Terima kasih la tolong jaga Zara, Zarul. Terpaksa menyusahkan kamu pulak." Tan Sri amat bersyukur kerana pemuda yang bakal diberi tanggungjawab untuk menjaga puteri kesayangannya itu boleh di harap. Dia semakin yakin dengan pilihan hatinya. Akan dia pastikan Zara dan Zarul bersatu. Dia akan gunakan pelbagai cara untuk menyatukan mereka berdua.

"Macam mana Zara boleh jatuh ni? Apa yang terjadi?" Risau sungguh Tan Sri Hakim dengan keadaan Zara sekarang ini.

"Pa, don't worry o.k, kasut Zara tu tinggi sangat." Zara terpaksa mengakui punca sebenar dia terseliuh petang tadi.

Zara akhirnya duduk melabuhkan punggung di atas sofa empuk di ruang tamu. Dia menyeringai sakit sedikit sambil melepaskan keluhan lemah. Tongkat penompang di sandarkan ke tepi bucu sofa. Sementara Tan Sri Hakim dan Zarul mengambil tempat setentang dengan Zara. Mak Mah juga masih setia memerhati Zara.

"Zara... tolong jangan buat Papa risau boleh tak?" Permintaan Tan Sri Hakim bukannya terlalu berat untuk Zara penuhi. Dah takdir tuhan dia terseliuh kaki.

"Papa, dah benda nak jadi. Bukannya Zara mintak nak terpeleot tau." Zara membela diri.

"Huh! Papa tak tau nak buat apa dengan kamu, Zara." Tan Sri Hakim mengeluh kecewa dengan keadaan Zara.

Sementara ada seseorang yang terasa amat kekok dan janggal sekarang ini.

"Err... Tan Sri, saya mintak diri dula la. Dah lewat ni." Zarul meminta diri untuk pulang.

"Kejap Zarul. Kamu dah makan malam?" Tan Sri Hakim cuba menahan Zarul daripada terus pulang ke rumahnya.

"Belum lagi, Tan Sri! Karang sikitlah." Zarul sudah bangun dari kerusi.

"Stay makan malam kat sini, Zarul. Juadah makan malam pun dah siap." Tan Sri Hakim mengajak Zarul untuk makan malam bersama. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan Zarul nanti. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, cepat saja Zarul menyambut pelawaan Tan Sri Hakim. Perutnya sudah lama berdendang kelaparan.

My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now