Random Teaser

266 3 4
                                    

"You stay here, Zara." Zarul memberi arahan kepada Zara yang kelihatan agak tergamam itu. Apa kena dengan minah sorang ni? Dia segera turun untuk mengalihkan pokok sebesar peha melintangi jalan bertar itu. Di kiri kanan mereka masih dikelilingi hutan tebal. Masih perlukan masa lebih kurang 40 minit sebelum sampai ke jalan raya utama. Bagaimana rakan sekerjanya melepasi laluan ini? Zarul bermonolog di dalam hati.

Zara turut keluar dari SUV dan ingin mengorak langkah ke arah Zarul. Namun langkahnya mati setelah merasa ada sesuatu yang menusuk kepalanya. Jantungnya berdegup kencang.

"Zarul!!" Dia menjerit kuat.

Zarul segera berpaling ke arah suara cemas Zara itu. Hampir buntang matanya memandang kepala Zara ditusuk mucung pistol. Lelaki di belakang Zara itu memakai topeng yang hanya menampakkan dua biji mata.

"Shit!" Sekali lagi Zarul menyumpah seranah melalui celah giginya.

"Lepaskan tunang aku!" Gertak Zarul kuat walaupun dia sedar ketangkasan dirinya tidak akan mampu menewaskan sepucuk pistol di tangan lelaki jahat itu.

"Haha. Jangan harap." Ada suara garau yang bersuara dari belakang Zarul. Segera Zarul memusingkan badan dan barulah dia sedar, rupa-rupanya dirinya sedang dikepung oleh beberapa orang lelaki berbadan besar dan bertatu di lengan. Apa yang Zarul boleh lakukan sekarang? Berlawan dengan tulang empat keratnya atau terpaksa menyerah kalah?

Matanya melingas memandang sekeliling. Cuba mencari peluang untuk menyelamatkan diri. Matanya bersabung dengan panahan mata Zara yang sudah berkaca-kaca. Jelas terpamer ketakutan di wajah Zara itu. Idiot! Kenapa Zarul tidak terfikir langsung kemungkinan bahawa kejadian pokok tumbang hanyalah perangkap yang digunakan penjahat untuk memerangkap mangsa mereka. Zarul mengeluh nafas kasar. Badannya secara automatik sudah bersiap siaga untuk berlawan dengan tiga orang penjahat yang mengelilingi mereka. Ada dua pucuk pistol yang mengekang tindakannya. Huh!

"Lepaskan Zara! Kau ambik aku saja!" Jerit Zarul sekuat hati. Dia sanggup menjadi galang ganti demi menyelamatkan nyawa Zara Aleeya, gadis yang berjaya mencairkan sekeping hatinya itu.

Zara menggeleng sambil matanya bagai meminta agar Zarul tidak bertindak sebegitu rupa. Please, Zarul... don't do this! Rayu Zara dalam diam. Hanya matanya yang berkaca-kaca menyampaikan rasa hatinya itu.

"Hahahaha. Korang tak payah buat drama di siang hari weh! Uwek!! Nak muntah aku!" Si penjahat tergelak besar. Dia mula mendekati tubuh Zarul dan mengacu pistol ke kepala Zarul. Zarul menelan air liur kelat. Adakah nyawanya akan melayang semudah itu saja?

"Korang nak apa? Duit? Aku boleh kasi!!" Zarul cuba mengajak penjahat itu berunding dengannya. Kalau duit yang diminta, dia sanggup memberi jutaan ringgit jika diminta. Asalkan nyawa Zara dan dirinya tidak dirampas sebegitu rupa. Ngeri membayangkan andai mereka dibunuh oleh penyangak jalanan itu.

"Hahahahahah" Sekali lagi ketiga-tiga penjahat itu ketawa terbahak-bahak.

"Aku memang nak duit. Tapi sebelum tu, korang kena ikut aku." Lelaki bertubuh tinggi dan berkulit gelap itu mula menolak bahu Zarul kasar ke arah Hilux yang diparkir tersorok di sebalik pokok besar di bahu jalan.

Zarul berpaling mencari kelibat Zara yang sudah didorong oleh lelaki berbadan sasa. Sampai di depan Hilux, tangan Zara dan Zarul diikat di belakang dengan tali besar. Tubuh mereka ditolak kasar ke dalam perut Hilux. Kepala mereka diserkup dengan karung hitam. Gelap pandangan mata Zara dan Zarul. Debaran di hati mereka hanya Allah yang tahu. Di dalam hati, segala ayat dan doa dibaca dan dipanjat ke hadrat Ilahi. Ya Allah, selamatkanlah Zara dan Zarul.

 Ya Allah, selamatkanlah Zara dan Zarul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Klu nak, boleh pm sis laju2 ya. Skg dlm tempoh preorder sehingga 15 Mac.

Atau boleh dapatkan set kombo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Atau boleh dapatkan set kombo

Atau boleh dapatkan set kombo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Dear Mr Stone Cold (READY STOCK)Where stories live. Discover now