"Marina. Sebelum ini, kau pernah menyebut tentang signal yang diberi oleh Norman kepada kau. Boleh kau ceritakan pada aku cerita di sebalik signal yang diberikan oleh Norman" tanya Ally.
"Oh. Boleh. Bagaimana aku mahu bermula ya?"
"Beritahu aku bagaimana kau dan Norman bertemu," kata Ally. Aku cuba mengingati saat itu dan cuba menyusun ayat-ayat untuk diceritakan kepada Ally.
"Aku dan Norman pertama kali berjumpa ketika kami berdua berada di dalam kelab sidang ridaksi sekolah. Ketika itu, kami berada di tingkatan lima. Norman merupakan ahli baru kelab. Ketika itu, aku sedar yang Norman sering memerhatikan aku pada setiap kali perjumpaan."
"Mesti kau rasa seronok ketika itu bukan?"
"Pada mulanya, aku rimas dan takut dengan perhatian yang diberikan oleh Norman."
"Kenapa pula?"
"Sebabnya... Kalau kau ada di situ dan kau lihat sendiri cara dia merenung aku, kau pasti setuju dengan apa yang aku hendak katakan ini. Kalau aku ini sebiji burger. Aku pasti dia sudah lama menelanku"
"Kelakarlah kamu berdua ini!" Ally ketawa terbahak-bahak.
"Tetapi itu mula-mula sahaja. Lama-kelamaan, aku mula seronok kerana menjadi perhatian"
"Well. I do understand that Marina..." kata Ally sambil tersenyum nakal.
"Aku rasa, kalau kau jadi aku pun kau akan rasa seronok. Lagi-lagi Norman adalah seorang pelajar lelaki popular dan diminati ramai di sekolah dahulu."
"Mungkin juga" kata Ally sambil mengangguk. "Dan dalam keseronokan itu, kau akhirnya naik syok pada Norman betul?"
"Ya! Pandai kau meneka! Semuanya berubah apabila kami selalu bertembung di kantin, perpustakaan, perhimpunan atau pun makmal komputer. Lama-kelamaan, aku pula yang sering memerhatikannya. Dalam diam, aku mula tertarik kepada Norman," terangku perlahan-lahan, rasa malu mengenang kisah lama. "Pada satu hari, Rezza, rakan sekelas kami bertanya kepadaku siapa yang berjaya menarik perhatianku sewaktu di sekolah."
"Kau beritahu dia perkara yang sebenar?"
"Ya. Aku menjawab dengan jujur. Aku beritahu dia tentang Norman."
"Kemudian apa yang berlaku?"
"Aku tidak sangka pula yang Rezza akan memberitahunya kepada Norman."
"Rezza memberitahunya kepada Norman? Teruk betul!"
"Ya! Aku betul-betul malu ketika itu. Sekiranya aku tahu, sumpah aku tidak akan memberitahu jawapan yang sebenar kepadanya."
"Apa yang kau buat pada Rezza?"
"Sebaik sahaja Rezza mengakuinya. Aku naik berang. Aku memarahi Rezza dan kami tidak bertegur sapa sehinggalah dua minggu sebelum SPM. Semasa itu, aku dan Rezza bermaafan antara satu sama lain."
"Aku rasa selepas itu pasti Norman memberitahu rakan-rakannya yang lain."
"Aku tidak pernah bertanya tentang itu kepada Norman tetapi aku rasa ya."
"Dia tentulah bangga apabila dia mendapat tahu yang ada orang meminati dia bukan?"
"Semestinya! Ego lelaki alpha seperti Norman pasti akan naik setinggi Everest."
YOU ARE READING
Sfera
General FictionJurnal seorang gadis muda bernama Marina. Jangan gentar! Teruskan berjalan!