Bab 16: Hero

18 0 0
                                    

          Suatu hari, aku, Rina dan Harry makan tengahari seperti biasa. Namun, pada hari itu keadaan agak berlainan kerana tiada cerita klasik yang diceritakan oleh Harry seperti kebiasaan yang dilakukannya. Pada hari itu, Rani pula yang mengambil peranan Harry dengan bercerita mengenai kisah Hantu Pokok Pisang yang pernah aku ceritakan kepadanya sejurus sahaja menonton siri Incredible Tales kepada Harry. Aku hanya berpura-pura mendengar seolah-olah aku tidak pernah mendengar cerita itu. Aku tidak menyangka keganjilan itu akan disusuli pula dengan sesuatu yang mengejutkan pada malam itu.

          Petang itu, tepat pada pukul enam, aku sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Akan tetapi, apabila mengenangkan hari hujan dan aku perlu meredahnya dari Multi-Purpose Building ke Masjid Jamek untuk mendapatkan tren, aku membatalkan hasratku. Aku membuat keputusan untuk bekerja sehingga pukul lapan setengah malam.

         Sebaik sahaja aku habis menjalankan tugas, aku turun ke bawah dan mengambil kesempatan yang ada untuk membeli sedikit roti di sebuah kedai bakeri di Capital Square.

         "Marina..." seorang lelaki menyapaku. Suaranya memang biasa aku dengar. Aku berpaling.

         "Eh. Harry... buat apa di sini? Tidak pulang ke rumah lagi?" aku tidak menyangka dapat bertemu Harry semula pada hari itu.

         "Saya baru sahaja hendak pulang Marina... saya ke sini untuk membeli roti. Ada orang pesan. Marina pula?"

        'Hmm... Ini pasti untuk si Rita yang sombong itu,' kataku di dalam hati.

         "Sama macam awak juga," jawabku sambil tersenyum.

         "Yang mana satu?" Harry menyoalku lagi.

         "Yang mana satu? Maksud awak? Saya kurang faham," kataku kebingungan.

         "Bahagian mana yang sama dengan saya? Baru hendak pulang atau ke sini untuk membeli roti?"

         "Oh. Kedua-duanya sekali. Saya baru sahaja keluar dari pejabat dan saya ke sini untuk membeli roti. Cuma saya cari roti untuk saya, bukan untuk orang lain," jawabku sambil tertawa.

         Setelah membuat pembayaran, aku dan Harry berjalan keluar dari Capital Square. 'Hmmm... Memang banyak cakaplah lelaki yang seorang ini,' kataku di dalam hati apabila melihat Harry yang tidak henti-henti bercakap sejak berjumpa. Tetapi mungkin juga aku yang menyebabkan dia tidak mahu berhenti bercakap kerana apabila perbualan kami hendak berakhir, aku akan membuka cerita baru dan mengembalikan semula keghairahannya untuk bercerita.

         "Aaaaa...!" Tiba-tiba sahaja, suara jeritan seorang wanita kedengaran tidak jauh dari tempat kami. Suara jeritannya yang nyaring itu memeranjatkan kami yang sedang asyik berbual. Kami mencari arah jeritan itu. Ketika itu, kelihatan seorang wanita yang nampak begitu panik dan tidak keruan sedang berada di hadapan Multipurpose Building. Kami berdua segera mendekati wanita itu. Beberapa orang yang lalu - lalang di sana juga mula menuju ke arahnya.

         "Cik. Kenapa cik?" Tanya Harry.

         "Ya. Kenapa cik menjerit tadi?" Tanyaku pula.

         "Saya okey. Saya tidak ada apa-apa. Cuma... Beg saya... dia ragut beg saya..." kata wanita itu sambil menunjuk kepada seorang lelaki yang sedang berlari menuju ke arah jalan besar.

         Melihat lelaki itu, Harry melakukan sesuatu yang berada di luar jangkaanku. Dia berlari pecut mengejar lelaki itu.

          "Harry!" aku berteriak kecil. Seperti wartawan yang dahagakan berita, aku cuba mengikut Harry dari belakang namun dihalang oleh wanita itu tadi. Dia memerhatikan kakiku. Cuba memberi peringatan bahawa aku sedang memakai kasut tumit tinggi bukannya flip-flop atau pun sneaker. Aku hanya memerhati dari jauh. Beberapa orang yang baru sahaja menyedari kejadian itu keluar dari bangunan Capital Square.

SferaWhere stories live. Discover now