What would you do if you suddenly lost everything?
How do you keep going?
How do you keep yourself motivated?
What would you do if you just realized that you are not sure what you want in life?
What would you do if you just realized that for a long period of time you just focused on the happiness of others but not yours?
But it is never too late to mend.
Everyone needs an icon... a clearer picture of which peak they want to reach.
It's important to know what you want in life.
It's important to imagine success and to have focus. You imagine yourself having some well-known significance or qualities. It could be literal or figurative meaning. Personal icon.
You work towards that. To achieve and materialize what you imagine in your head. Put your energy on it and seek the meaning of life out of it.
******************************************
Bunyi hon bas mengejutkan aku yang sedang asyik membaca isi kandungan laman web Diana Sinclair.
Pada ketika itu, aku berada di Terminal Bersepadu Selatan. Menjemput Syam yang dijadualkan tiba pada pukul lapan malam. Menurut Syam, dia ke sekolah lama tempatnya mengajar untuk mengambil sijil-sijil yang baru dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Syam melambai-lambai ke arahku sebaik sahaja ternampak kelibatku dari jauh. Setelah beberapa hari tidak bertemu, lelaki itu kelihatan semakin tampan dan menarik.
"Hai Syam!" Kataku dengan ceria. Syam menyambutnya dengan sebuah senyuman.
"Hei! Lihat siapa yang menjemput saya hari ini. Orang yang baru sahaja mencipta sejarah dalam dunia majalah!"
"Alah awak ini Syam. Ada-ada sahajalah," kataku sambil tersenyum malu.
"Jualan Hey kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah penerbitan majalah negara kita," Syam menunjukkan aku berita yang tertulis dalam Yahoo News. "Jadi apa rasanya bila menjadi sebahagian dari sejarah? Mesti awak rasa seronok dan bangga bukan?"
"Ada pilihan jawapan untuk soalan awak itu?"
"A untuk Ya, B untuk Ya dan C untuk Ya," kata Syam sambil membilang dengan jari.
"Kalau begitu, baik tidak perlu adakan pilihan jawapan," aku ketawa kecil. "Jadi bagaimana? Sudah selesai urusan dengan sekolah lama?" Tanyaku. Sengaja mengubah topik perbualan.
"Sudah," jawab Syam ringkas sambil mengangguk perlahan. Sambil mendengar cerita Syam, kami beriringan menuju ke pintu keluar.
"Awak belum boleh balik lagi Marina. Mari temankan saya makan dahulu," kata Syam sewaktu kami menghentikan sebuah teksi.
"Apa? Alamak. Mana boleh begini. Mana boleh paksa."
"Alah. Temankanlah saya. Lagi pun memang saya hendak belanja awak hari ini," kata Syam memujuk.
"Betul awak hendak belanja?" Tanyaku. Inginkan kepastian. Gembira apabila mendengar perkataan 'belanja' dari mulut Syam.
"Ya, Marina. Saya belanja," jawab Syam. Dia memberi isyarat tangan supaya aku segera masuk ke dalam teksi yang menunggu.

YOU ARE READING
Sfera
General FictionJurnal seorang gadis muda bernama Marina. Jangan gentar! Teruskan berjalan!