Bab 40: Daniel :)

11 1 0
                                    

          Beberapa hari kemudian, aku pergi ke pejabat seperti biasa. Di atas mejaku, terdapat sepucuk sampul surat bersaiz A4 yang mana tertulis namaku di atasnya.

          Aku membuka sampul surat itu dan membaca tajuk surat yang diisi di dalamnya.

         TAWARAN LANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK LATAYA FOOD

          'Wow!' Kataku sendirian. Aku terduduk. Pantas aku terus mengenang putaran hidupku. Aku menarik nafasku dalam-dalam. Seperti baru sahaja aku menyaksikan pertarungan Zara dan Shazlin dan kini,' aku ketawa sendirian.

          Hari ku berjalan seperti biasa. Aku berjumpa dengan Chan, the Urban Fruits, Daniel dan staf-staf yang lain sambil kepalaku ligat dengan soalan-soalan tentang kesanggupanku untuk meninggalkan segala-galanya yang telah aku bina di Hey untuk sesuatu yang baru.

          "Aku rasa, Diana sudah pasti mengupah penyiasat persendirian dan menyelidik latar belakang kau. Jika tidak, masakan dia begitu berani menawarkan jawatan ini kepada kau. Tempoh perkenalan kamu singkat dan kamu hanya berhubungan secara elektronik sahaja," kata Gina kepadaku selepas aku memberitahunya tentang perkhabaran itu.

          Secara jujurnya aku amat gembira apabila mendengar tawaran dari Diana itu. Aku betul-betul gembira kerana aku tidak pernah menyangka peluang sebegitu datang secepat itu. Tawaran itu adalah satu peluang yang besar untuk aku.

          Namun, untuk aku yang tidak pernah menjejakkan kaki ke benua yang asing, aku merasa sedikit gementar. Sekali lagi aku terpaksa memulakan sesuatu yang baru. Orang, persekitaran dan bermacam-macam lagi.

          Tetapi, bagaimana pula dengan Syam dan Norman?

          'Berat,' keluhku sendirian.

****************

          "Daniel," aku menjengah ke dalam pejabat Daniel. Ketika itu, dia sedang khusyuk meneliti beberapa helaian draf untuk isu terbaru.

          "Hai, Marina. Masuklah," kata Daniel. Dia memandangku untuk seketika dan kemudian perhatiannya dialihkan semula kepada draf yang sedang ditelitinya.

          "Awak panggil saya?" Perlahan aku bertanya sambil melangkah masuk.

          "Ya, Marina. Ke sini sebentar. Saya hendak tunjuk sesuatu," kata Daniel. Lalu, aku merapatkan diri kepadanya dan bersedia mendengar apa yang ingin dikatakannya. "Marina, saya sudah semak satu perempat dari draf ini. Nanti, tolong beri pada Miss B dan minta dia semak semula, okey?" Kata Daniel selepas menunjukkan beberapa bahagian yang perlu diperbaiki pada draf itu kepadaku.

          "Okey, tidak ada masalah. Nanti saya beritahu dia."

          "Bagus."

         "Oh ya. Bagaimana dengan penerbitan majalah baru, Daniel? Ada apa-apa perkembangan?"

         "Mereka belum beri apa-apa jawapan pun."

         "Sudah beri pada mereka cadangan yang kita buat tempoh hari?"

         "Sudah. Tetapi saya tidak pasti sama ada boleh lulus atau pun tidak. Pihak atasan perlukan maklum balas dari pelabur dahulu dan awak faham-faham sahajalah kebanyakan mereka tidak faham pun tentang selok-belok penerbitan," Daniel menggelengkan kepalanya.

         "Kenapa? Apa yang sebenarnya terjadi?" Tanyaku, risau. Rancangan Daniel untuk menambah bilangan penerbitan Harry Hans sememangnya diketahui ramai. Itulah perkara yang sentiasa dibangkitkan olehnya semasa bermesyuarat dengan pihak atasan di Harry Hans.

SferaWhere stories live. Discover now