Bab 35: Kucing Babylon

7 0 0
                                    

           Aku melangkah masuk ke KLCC. Seperti mana yang dijanjikan, Diana Sinclair akan menunggu aku di Dome untuk menyambung semula temubual yang terhenti di pertengahan jalan. Sebaik sahaja aku sampai di Dome, Diana Sinclair sudah berada di situ, sedang duduk di salah sebuah meja sambil membaca buku.

          "Hai, Diana!"

          "Hai, Marina."

          "Sudah lama di sini?"

          "Lebih kurang setengah jam."

           "Awal sampai ya," aku mengambil tempat di hadapan Diana. Baunya cukup memikat. "Harum betul bau awak hari ini."

           "Terima kasih," Diana tersenyum mendengar pujianku.

          "Wow! Buku apa yang sedang awak baca?"

          "Buku Johan Halid, tajuknya Orang Lain."

          "Bagus isinya?"

          "Ya. Jika awak suka psikologi."

          "Oh. Jadi buku itu tentang psikologi?"

          "Ya. Tetapi, tiada teori-teori yang kompleks di sini."

          "Oh," aku hanya mengangguk.

          "Okey. Berhenti bercakap soal ini," Diana menutup bukunya. "Marina. Maafkan saya atas apa yang berlaku tempoh hari. Sebenarnya fikiran saya agak berserabut. Terlalu banyak berfikir. Saya pening."

          "Oh. Tidak mengapa. Saya pun hendak minta maaf jika saya menyinggung awak tempoh hari."

          "Sebenarnya saya sudah biasa dengan semua itu. Saya boleh sahaja jawab soalan-soalan awak tempoh hari cuma saya..." Diana terkial-kial mencari ayat yang sesuai.

          "Pening?"

          "Ya, betul. Pening," Diana kemudiannya tertawa. Mungkin itu sahaja alasan yang ada di dalam benak fikirannya. "Saya cuma tidak mahu awak sangka yang saya sengaja mahu mengenakan awak."

          "Tidak. Tidak sama sekali," aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

          "Saya rasa, kita patut mulakan semula."

          "Hai. Saya Diana Johari," Diana menghulurkan tangannya. 'Permainan apakah ini? Apa yang dia cuba lakukan? Layankan sahajalah,' kataku di dalam hati.

          "Hai. Saya, Marina... dari majalah Hey," kataku. Teragak-agak untuk memberi respons sambil mencari kata-kata yang tepat.

          "Oh! Berhenti gunakan nama majalah awak sebagai identiti diri."

          "Kenapa pula?"

          "Tidak syoklah! Okey kita mulakan semula. Hai! Saya Diana Johari!" Diana nampak begitu bersemangat. Namun, kenapa 'Diana Johari'? Bukan Diana Sinclair? Dengan memperkenalkan dirinya sebagai Diana Johari, aku terus dapat menangkap yang dia mahu aku melayannya seperti aku tidak pernah mengenali wajahnya sebelum ini. Aku mengikut rentaknya. Ini bukan lagi satu permainan. Ini sudah jadi satu persembahan.

          "Hai! Saya Marina Adam!"

          "Ya! Begitulah caranya!" Diana tersenyum riang.

          "Jadi, apa yang awak hendak tahu tentang saya sebenarnya Marina?"

          "Bukankah nama awak sedang panas sekarang ini. Jadi saya mahu tulis tentang awak. Hasil kerja awak, buah fikiran awak dan macam-macam lagi untuk isu akan datang."

SferaWhere stories live. Discover now