Bab 29: Virus

10 0 0
                                    

          Apabila memperkatakan tentang virus dan epidemik moden. HIV AIDS adalah perkara pertama yang muncul di dalam fikiranku.

          Mungkin kerana wabak itu adalah isu yang sering aku dengar sejak tahun sembilan puluhan.

          Teori konspirasi berkenaan AIDS yang dikatakan sengaja dijangkitkan dari beruk di Afrika pada tahun lapan puluhan kepada sekumpulan manusia menjadi sesuatu yang aku minati sejak dahulu lagi. Namun begitu epidemik moden tidak pernah memberi kesan kepadaku secara peribadi.

           ''Nasib baik! Kalau tidak mati saya!'' Kata Daniel sejurus sahaja dia berjaya memulihkan fail-failnya yang dijangkiti virus. Lihat bagaimana hal tentang virus Daniel boleh membawa aku sejauh itu. Tetapi dengan pantas aku kembali ke dunia realiti!

          Daniel tiba-tiba termenung. Dia seperti mengingati sesuatu.

          'Mungkin dia mengingati Jennifer,' kataku di dalam hati. Ah! Jennifer. Jennifer. Jennifer. Wanita itu sudah menjadi seperti satu virus kepadaku. Seperti mana-mana virus yang selama ini berfungsi untuk melumpuhkan, Jennifer telah berjaya melumpuhkan akal fikiranku pada ketika itu.

          Daniel kemudiannya memandang ke arahku. Pantas aku mengalihkan pandanganku ke arah isi fail yang sedang aku pegang.

          Selepas apa yang berlaku di Asia Cafe, aku dan Daniel berurusan seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara kami. Apa yang dikatakan oleh Daniel malam itu membuatkan aku sedikit tersentak dan tertanya-tanya. Terutama sekali tentang keberadaanku di Terry Lee. Adakah aku diterima masuk ke Terry Lee kerana Jennifer? Atau kerana kebolehanku? Apa erti karisma yang dimaksudkan oleh Daniel? Kata-kata Daniel pada malam itu benar-benar memberikan kesan kepadaku. Aku merasakan kehadiranku dibayangi oleh Jennifer.

           Atau pun, memang salah diriku sendiri kerana terbawa-bawa dengan emosi. Aku kira, Daniel mahukan persahabatan daripadaku. Tetapi, aku meromantiskan segala apa yang terjadi antara kami. Seharusnya aku awal-awal lagi mendengar nasihat Gina. Selagi tiada apa-apa deklarasi tentang hubungan ini, jangan terlalu tenggelam dengan emosi. Namun, segalanya sudah terlambat kerana aku sudah lemas ketika itu.

          Selepas mencari sebanyak mungkin maklumat tentang Jennifer, aku berjaya menenangkan diri dan melupakan apa yang berlaku antara aku, Daniel dan Jennifer. Perlahan-lahan, bayangan Jennifer beransur hilang. Namun, itu semua tidak bertahan lama. Seperti satu virus, Jennifer kembali menghantui fikiranku apabila aku terbaca satu hantaran dari satu laman web gosip. Tajuk posting tersebut adalah 'Editor majalah Hey Daniel kembali bersama dengan bekas kekasih?' Duniaku bergegar apabila membaca artikel yang ditulis. Aku menunjukkannya gambar-gambar kemesraan mereka berdua yang terdapat di dalam artikel itu kepada Gina dan Ally. Aku mengadu kepada mereka akan kekecewaanku.

           "Apa yang kau kecewakan sebenarnya?" Tanya Gina.

          "Aku kecewa sebab... Aku sangkakan ada sesuatu di antara aku dan Daniel."

          "Sesuatu?"

          "Mmm.. Hmm.." Aku mengangguk.

          "Hubungan istimewa maksud kau?"

          Aku hanya diam. Aku tahu, di dalam hati, Ally pasti berkata. 'Aku sudah beritahu awal-awal supaya berhati-hati dahulu bukan?' Tetapi dia tidak mengatakannya tepat ke mukaku. Itu adalah perkara paling buruk yang boleh dia katakan di saat aku sedang patah hati memikirkan tentang Daniel.

          ''Marina. Awak tahu apa yang berlaku pada Susan?'' Tanya Daniel. Dia tidak memandang kepadaku, matanya terarah kepada skrin komputer.

          ''Tidak. Apa yang berlaku?''

SferaWhere stories live. Discover now