"Encik.... sapu tangan Encik jatuh..." aku separa menjerit.
'Wow! Hermes' kataku di dalam hati. Lelaki itu kemudiannya menoleh. Kedudukannya ketika itu hanya sepuluh kaki daripadaku. Dia membuka cermin mata gelapnya dan segera mendekatiku.
"Oh! Terima kasih ya. Nasib baik awak yang jumpa. Terima kasih banyak-banyak," katanya sambil tersenyum.
'Bukankah dia yang aku jumpa tempoh hari di majlis pelancaran spa Michelle?' Tanyaku sendirian. Namun, niat untuk menanyakan kepadanya soalan itu tidak kesampaian apabila dia berlalu dengan begitu cepat sekali.
'Biarkanlah dia. Barangkali dia sedang mengejar sesuatu,' aku memujuk diriku.
**********
"Pergi makan tengahari dahulu. Balik semula ke sini pukul dua petang nanti," beritahu Mary kepada semua yang berada di pejabat.
"Jom pergi makan Marina," ajak Rani yang duduk di sebelahku.
"Jom!" Tanpa banyak soal, aku menukar kod pada sistem dan mengikuti Rani turun ke bawah menuju ke Capital Square untuk makan tengahari.
"Alamak!" Kata Rani. Dia menepuk dahinya. Kami terhenti seketika di lobi.
"Kenapa Rani?"
"Aku tertinggal dompet akulah Marina..."
"Lah... Ini mesti ada di dalam bakul buluh rotan yang kau letak atas meja tadi."
"Ya. Aku pun rasa begitu juga. Kau tunggu di sini ya. Aku ke atas sebentar," kata Rani. Dia mula berpatah balik.
"Baiklah. Aku tunggu di luar. Jangan lama sangat."
Aku berjalan keluar meninggalkan lobi bangunan Multi Purpose itu. Tidak semena-semena, angin bertiup membawa habuk memasuki mataku. Aku menekup wajahku. Kemudian, aku menggenyeh-genyeh mataku yang mula merengsa.
"Awak menangis? '' seseorang menegurku. Wajahnya masih belum dapat aku lihat.
"Tidak. Mata saya masuk habuk," jawabku sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Aku tahu alasanku kedengaran agak klise.
"Ambil tisu ini..."
Aku mengambil tisu yang dihulurkan. Dengan bantuan air mata dan tisu yang diberikan oleh lelaki itu, akhirnya penglihatanku kembali jelas. Aku terpegun seketika melihat orang yang sedang berdiri di hadapanku.
"Harry! Awak rupanya..." aku masih belum berhenti menggenyeh mataku yang merah.
"Awak seorang sahajakah Marina?"
"Ya. Eh. Tidak. Saya sedang tunggu kawan saya," aku tiba-tiba sahaja menjadi gelabah. Maklumlah, aku tidak menduga yang Harry akan muncul di situ.
"Di mana dia?"
"Di atas. Dompetnya tertinggal," terangku.
"'Tidak sangka kita dapat berjumpa lagi ya Marina."
"'Ya. Terkejut juga saya lihat awak tadi, saya sangkakan mata saya yang menipu."
"Selalunya, mata seseorang itu boleh menipu tuan badan apabila dia asyik terbayang-bayangkan sesuatu. Awak selalu terbayang-bayangkan saya?" kata Harry sambil mengukir senyuman yang sangat nakal.
"Marina!" Rani memanggilku dari jauh.
'Terima kasih Rani! Kaulah penyelamat! Aku tidak tahu respons apa yang patut aku beri sekiranya kau tidak muncul.' kataku di dalam hati.
YOU ARE READING
Sfera
General FictionJurnal seorang gadis muda bernama Marina. Jangan gentar! Teruskan berjalan!