Bab 36: Nasi Lemak dan Satu Juta Pertama

13 1 0
                                    

         Awal-awal pagi lagi, Diana menghubungiku bertanyakan tempat yang sesuai untuk kami berjumpa. "Tidak kisah," kataku kepadanya. Lalu, Diana mencadang Nasi Lemak Kampung Pandan sebagai tempat untuk kami bertemu dan dapat bersarapan bersama. Aku bersetuju dengan pilihannya. Beberapa ketika kemudian, Daniel menghubungiku. Dia benar-benar risau dengan janji temu kami. Dengan penuh teliti, dia bertanya apa yang ingin aku soal kepada Diana. Setelah berpuas hati, dia mengucapkan selamat dan berharap pertemuanku dengan Diana akan membuahkan hasil yang baik untuk Hey.

         Kali ini, aku tiba awal di gerai Nasi Lemak Kampung Pandan. Gerai itu memang satu tempat tumpuan untuk sarapan pagi. Pada waktu petang, ramai orang akan datang untuk membeli kuih-muih, jagung rebus dan goreng pisang. Menurut Diana, dia akan datang bersendirian. Dia akan mengambil teksi dari hotel tempat dia menginap.

         Di sekelilingku, beberapa warga kota sedang asyik menikmati makanan yang dipesan sambil berbual. Daripada apa yang aku dengar, kebanyakannya bercakap tentang kerja. Kebanyakkannya makan dengan kadar segera, mengejar masa yang tinggal sebelum waktu kerja bermula. Hanya beberapa sahaja yang kelihatan tenang makan sambil membaca surat khabar. Shif kerja mereka semestinya bermula lewat berbanding kumpulan pertama tadi. Beberapa orang yang berumur juga kelihatan. Mereka berbual dengan penuh semangat. Ku kira mereka semua adalah pesara yang masih aktif memperkatakan tentang isu-isu semasa.

         "Hendak pesan apa?" Tanya seorang lelaki yang dari tadi sibuk mengambil pesanan. Aku tersenyum. Kemudian mataku liar mencari kalau-kalau bayang Diana muncul.

         "Beri saya nasi lemak dan teh tarik," Diana yang aku tunggu masih belum ada. Aku memesan dua menu itu kerana tidak enak duduk-duduk lama di situ tanpa memesan apa-apa.

         "Okey!" Sambut lelaki itu. Beberapa ketika kemudian, dia kembali membawa menu yang aku pesan.

         Baunya memang membuka selera. Baru sahaja aku ingin menyuap Nasi Lemak yang telah sedia terhidang, bahuku ditepuk. Walaupun terkejut, aku tidak menunjukkannya dengan jelas.

          "Diana," kataku perlahan apabila Diana mengambil tempat dan duduk dihadapanku. Dia muncul dengan wajah mulus tanpa secalit solekan. Orang ramai yang berada di situ memerhatikan Diana. Masing-masing yang berada di situ, memandang Diana dua hingga tiga kali. Tanpa penggaris mata yang selalu digunakannya setiap kali muncul di khalayak, agak sukar untuk mengecam Diana. Barangkali, mereka menyangka dia adalah pelanduk dua serupa, bukan Diana Sinclair yang sebenar.

         Tanpa banyak bicara, Diana memesan nasi Lemak dan teh tarik. Menu yang serupa denganku. Diana tidak banyak bicara ketika makan, dia menghabiskan nasi lemak itu sehingga habis. Apabila sudah habis, dia memesan kuih. Aku pula, memesan satu lagi pinggan lagi Nasi lemak. Diana hanya melihat. Tidak memberi apa-apa komen.

         "Are you a morning person?" Diana bertanya padaku.

          "Yes," aku menjawab dengan mulut yang penuh dengan nasi lemak.

          "Awak pula?" Tanyaku pada Diana semula.

          "Saya pun begitu."

          Aku tidak tahu kenapa Diana bertanyakan soalan itu kepadaku. Tetapi agak sukar untuk aku mempercayai jawapan Diana. Sebelum saat itu, aku selalu menyangkakan yang dia suka berjaga sehingga larut malam.

          "Jadi sudah berapa lama awak tinggal di sini?" Tanya Diana.

          "Tujuh tahun."

         "Lama juga."

         "Ya. Tetapi sekejap sahaja rasanya. Terasa baru sahaja mendaftar di kolej."

SferaWhere stories live. Discover now