Epilog

27 1 0
                                    

          "Baguslah kalau begitu Julia. Sam pun sudah jelaskan perkara yang sebenar. Aku sudah agak dari awal-awal lagi. Ini semua salah faham sahaja," kataku kepada Julia berkenaan dengan apa yang terjadi antara dia dan Sam melalui Skype. Aku lega apabila diberitahu bahawa Sam telah menyelesaikan masalah perniagaannya dengan pihak yang berwajib.

          "Baiklah Marina. Aku akan cuba buat apa yang kau cakap tadi. Aku akan cuba tenangkan diri," kata Julia.

          "Ha! Macam itulah. Kau jangan risau, okey? Kau jangan fikir yang bukan-bukan."

           "Terima kasih, Marina. Aku tidak tahulah apa yang akan terjadi kalau kau tiada. Maaf selalu sangat ganggu kau. Nanti bila ada masa kita borak lagi. Tetapi aku janji, aku tidak akan cakap lagi tentang ini."

          "Okey, Julia. No problem!"

         "Bye, Marina!" Julia melambai manja.

          "Fuh! Lega!" Kataku sendirian selepas perbualan kami diputuskan.

          "Marina. Jom kita sarapan," lembut Michelle memanggilku. Dia keluar dari dapur sambil membawa dua mangkuk bubur kacang hijau ke meja makan.

          "Wow! Sedapnya!" Kataku sebaik sahaja menyuap bubur kacang hijau itu ke mulutku. Rasa durian dari bubur itu benar-benar mengancam!

          "Tengoklah siapa yang masak."

          "Mana pula kau dapat durian, Michelle?"

          "Nanti kalau ada masa nanti aku bawa kau ke sana," jawab Michelle. Dia memberi gambaran seolah-olah tempat itu adalah satu tempat yang penuh misteri.

          "Ada-ada sahajalah kau ini, Michelle."

          Selepas sahaja bersarapan, aku kembali duduk di meja kerja dan memeriksa update-update terkini di Facebook. Aku juga membalas mesej-mesej yang dihantar kepadaku beberapa jam sebelum aku mula berbual dengan Julia. Jika tidak kerana berbual panjang dengannya, aku pasti sudah siap membalas mesej-mesej itu. Kebanyakkan mesej-mesej itu datangnya dari kakitangan Hey yang memberikan ucapan selamat kepadaku. Dengan penuh rasa gembira, aku membalasnya kembali dan mengucapkan terima kasih atas hadiah buku memoir Barbara Walters yang diberikan mereka kepadaku sebelum aku berlepas ke California.

          Ya. Aku menerima tawaran Diana Sinclair dan meneruskan perancanganku ke California. Pada hari ini, genaplah seminggu aku berada di sini. Aku telah memaklumkan kepada Diana dan pengurusan Lataya tentang ketibaanku dan pada minggu hadapan aku diminta untuk melapor diri dan memulakan tugas di Lataya. Segala-galanya telah diputuskan dan ini adalah jalan yang aku pilih demi karierku. Akan tetapi, ada satu lagi perkara yang belum aku selesaikan.

          "Persoalan tentang cinta," tiba-tiba Michelle bersuara.

          "Huh?" Aku menoleh ke arahnya. Hairan bagaimana Michelle seolah-olah boleh menduga apa yang aku fikirkan.

          "Apa?" Tanya Michelle dengan wajah yang penuh kehairanan.

          "Kau ada tanya aku apa-apakah sebentar tadi?"

          "Tiada pula. Kenapa?"

         "Aku rasa kau ada cakap sesuatu tadi," kataku sambil mengerutkan keningku.

         "Oh! Aku bukan cakap dengan kau. Aku cuma baca tajuk artikel dalam majalah Hey yang baru ini."

          "Eh! Edisi Hey yang baru sudah keluar? Mari sini bagi aku baca."

          Michelle menghulurkan majalah Hey yang dipegangnya.

         "Edisi kali ini adalah tentang cinta?" Perasaan pelik mula timbul sebaik sahaja majalah itu berada di tanganku. Aku mempersoal relevan mereka memilih topik itu. Dengan serta merta, wajah Daniel muncul di ingatan.

SferaWhere stories live. Discover now