[BHB] BAB 7

13.8K 418 27
                                    

BIAR HATI BERBICARA

HENINGAN malam yang sunyi sepi,dikala kini embun menitik dihujung dedaunan hijau. Kerlipan bintang berpinar diufuk langit disertakan kehadiran Bulan memancar terang kesuraman.

Terpaku figura  gadis diluar balkoni biliknya,menghirup udara segar pengubat duka,tak berkelip mata jernih memandang bias sinar menerangi wajah diserta angin bayu lembut mencium pipinya yang putih melepak.

Dingin malam kian mencucuk-cucuk didasar kulit di biarkan sahaja kesejukan itu merawat kedukaan dan robekan cebisan hati yang berkecai dikutip semula.

Mencari dimana khilaf,mencanai diri agar terlatih diri menjadi prejudis tempat membiaskan kata-kata kesat yang penuh mebatilan akan tentang dirinya.

Titisan mengalir jernih , perlahan diseka ingin melupakan ungkapan yang meluncur dari lidah sang suami yang sudah keterlaluan dipenuhi dengan nafsu dan ego melambung tinggi mencecah awan.

Sebatang pensil ditangan kini digerakkan  melakar garisan diatas lembaran helaian kertas besar,mengukir setiap sudut keindahan. Menciptakan sebuah lukisan menenangkan hati yang sedang dalam kekesalan.

Perut yang berbunyi dibiarkan sahaja terikat dari harus bertentang mata pada sosok figura yang menanam bara didalamnya.

BANG! BANG!

Tersentak ia dari lamunan,kepala ditoleh perlahan ke muka pintu tidak jauh dari tempatnya berlabuh. Berfikir sejenak sama ada harus membuka atau dibiarkan sahaja. Baru sahaja sebatang pensil diletakkan ke tepi terlebih dahulu figura tampan membolos masuk ke dalam ruangan berbekalkan kunci pendua ditelapak tangan

Naura bangkit dari duduknya, memerhatikan ketibaan lelaki yang sedang dalam amuk amarah. Kini bibir merah diketap tidak mampu bersuara. Nada denyutan nadinya naik memuncak dek ketakutan memandang sepasang mata dibusurkan ke arahnya.

"Kau tak dengar ke aku ketuk macam nak roboh pintu ni!kau pekak dari azali ke apa?!! Cepat keluar!!! makan sekarang!!!!" Sergah Danish langsung tidak memberikan kata pembuka menerjah masuk dengan kepala angin tegak dikepala.

"Saya tak lapar" tutur lembut merunduk ingin duduk dan menyambung semula lukisannya yang tergendala. Dada diatur agar tidak melenting seperti sebelumnya.

Naura sedar akan keterlanjuran yang terjadi, kejadian itu teramat-amat di sesali tapi adakah salah untuk membela diri. Hafas berat dihembus menyapa halwa telinga membuang kesakitan hatinya.

"Dua hari kau berkunci dalam ni, kau makan apa?! Anai-anai?! Baik kau keluar makan sekarang sebelum nenda dan keluarga aku bising" Dibekalkan kudrat yang lemah, tatih tubuh bangun akur dengan arahan figura yang sedang memandang tajam ke arahnya.

"Ingat rumah aku hotel, suka hati kau je duduk terperam dalam bilik, kau sepatutnya masak, mengemas, cucu baju, bini apa kau ni? Pemalas!! Tahu nak goyang kaki je" Terpaksa Telinga yang ditadahkan mendengar ocehan lelaki itu yang dari tadi tidak henti-henti menghambatnya dengan kata-kata.

Kembali wajah dipalingkan kepada Figura Danish, wajah yang sungguh menakutkan. Membuat dadanya bergetar , memucatkan wajah takut kepada suaminya.

"Saya minta maaf, awak.. saya tak sihat beberapa hari ini" Lunak suara kedengaran dihalwa telinga. Tapi tidak dapat meredahkan kemarahan sosok figura tampan milik Danish Daniel.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now