BIAR HATI BERBICARA
BANGUNAN Luas terbentang didepan mata diperhatikan terperinci menghayal jauh pada gadis yang berjaya membuka kunci hati. Kafe yang selalu dikunjungi riuh dengan suara-suara pelanggan lain langsung tidak dipedulinya lagi.
Kopi panas yang berasap halus dituip perlahan lalu dihirup menghilangkan dahaga kini sudah membasahi anak tekak miliknya.Senyum terukir jelas mengingati momento indah karenah isterinya yang manja.
Bersyukur tidak terkira bila perubahan disambut baik oleh Naura. Tiada yang lebih membuatnya gembira selain membuat gadis itu tertawa semula.
"Hai bro.. jauh mengelamun" bahu milik Danish ditgebok melayangkan semua hayalan terbang jauh menghilang. Kini kepala ditolehkan memerhati figura milik sahabatnya Adam.
"Mana ada mengelamun, tengah fikir pasal kerja je ni" sorotan Danish menyembunyikan apa yang baharu sahaja bermain dalam kotak fikiran.
"Eleh. Mana ada orang fikir pasal kerja senyum-senyum.. kau fikir pasal bini kau errkkk" jari ditunjukkan ke arah Danish disertai senyuman miring.
"Erm korang budak-budak apa tahu" Danish sudah buntu ingin mengatakan apa. Hanya senyuman dipinggir bibir dapat bercerita hatinya gembira.
"Bukan hari ni bini kau yang lagi satu tu pulang erk? Peninglah kau.. kejap sini kejap sana..." usik Adam lagi sengaja membuat figura dihadapannya bertegang muka.
"Yup! Dia balik hari ni, ni aku nak gerak ambil si budak Tasya tu jagakan Naura dekat rumah. Kesian pula dia duduk sorang-sorang" fasih suara mengutarakan ucapan. Adam mengangguk kepala.
"Eloklah tu. Tapi kalau budak Tasya tu tak nak..Aku boleh je ganti tempat dia untuk jagakan isteri kau tu" gurauan yang diberikan membuat hati figura bertambah bengang.
"Kau cantik sikit.. kawan tak kawan. Kacau bini aku...aku terajang" kening dikerutkan menampakkan raut wajah sudah dalam emosi yang teramat kurang menyenangkan.
"Woi bro! Apasal ni kencang je muka.." Nizam datang menerpah menatap silih berganti dua figura yang terduduk bertentang muka. Ada aura-aura negatif tersimpul antara mereka.
"Ni hah si Danish ni. Aku gurau je pun dia nak mengamuk tak tentu fasal... aku tak makan kawan bro. Kalau Zack.. erm" tutur terhenti seketika memberikan dua sahabatnya tanda tanya. Nizam mencapai sebuah kerusi disebelah Adam dan menanti dengan seribu pertanyaan.
"Maksud kau??"
"Si Lukman jumpa kitaorang, kan kau dengan kami boleh tahap hampir tidur sebantallah"
"Tidur sebantal kepala hotak kau. Aku tidur dengan bini aku. Bukan dengan korang" celah Danish sudah tersenyum dengan bicara Adam.
"Rileks. Ar elah dia ni...Lukman tanya fasal bini kau, siap sogok duit lagi. Aku terus angkat kaki waktu tu.. tapi Zack. Aku tak tahu..." Adam mengangkat kedua tangannya paras dada tidak mahu turut serta akan masalah yang sedang melanda.
Senyuman Danish mulai sirna, semua hilang serta merta. Bimbang jikalau keberadaan Naura akan diketahui oleh bekas tunagannya?! Eh!
****
SINAR jingga mula menampakkan malam bakal menjelma,Naura termenung diruangan dapur. Berhadapan dengan sebuah sinki. Air mencurah membasuh pinggan mangkuk untuk dicuci.
Terasa pinggang dirangkul perlahan. Kepala ditoleh sedikit dan haruman yang menusuk dihidung benar-benar dikenali. Danish sang suami.
![](https://img.wattpad.com/cover/143480745-288-k11390.jpg)
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...