BILA HATI BERBICARA
AHHCOOOMMM!!!!
Bersin menyentak keluar tidak terkawal. Pantas hidungnya diseka menghilangkan kegatalan. Terganggu tumpuan figura lelaki yang sedang asyik memulaskan stering dan yang kini sudah kembali memandang ke lebuh raya luas terbentang. Mata dikerling pada sosok isterinya yang terunduk sepi membungkamkan bibir sahaja.
"bawa lukisan sekali tu buat apa??" Tersentak dari lamunan seketika bila pertanyaan menerpah masuk corong telinga. Wajah yang menunduk kini ditegakkan pula.
"Saya nak jual..nak guna duit untuk....-
"Untuk apa?! Kalau nak guna duit bagitahu je abang.. biar abang yang keluarkan duit.sudah tanggungjawab suami kan?" Belum sempat menghabiskan sisa percakapannya terlebih dahulu mulut figura Danish mencelah.
"Saya nak guna duit untuk photoshoot macam prawedding untuk kita berdua. . Nak buat kenang-kenangan.. bolehkan?" Anak mata bercahaya mencuri tumpuan figura suaminya. Tercuit sedikit didada tak menyangka gadis itu sanggup mencari wang sendiri hanya untuk sebuah kenangan mereka bersama.
"Erm... yelah.. nanti abang je yang bayarkan. Yang Tu simpan...." Figura Naura mencebik dan mulutnya sudah muncung seperti itik.
"Tapi banyak sangat... kita jual separuh boleh tak? please...." tangan dirapatkan kedua-duanya. Memohon penuh perasaan dengan wajah simpati dipaparkan. Helah berat kedengaran.
"Okey! Separuh, nanti abang pilih mana yang nak dijual mana yang tak" ucapan figura lelaki tampan berpakaian kemas dan rambut tersikat kemas itu. Kaca mata hitam menutup anak matanya dari silauan bahana mentari yang tegak diatas sama.
"Okey! Thanks awak! Eh! Abang! Huhu" sengih Naura mula tersenyum gembira. Melahirkan bibit terukir di bibir figura Danish yang berada disebelahnya.
"Nak jual dekat mana ye? Erm.. Aurora Aulia gallery store boleh tak? Teringin sangat nak pergi sana..." tersentak dan air liur ditelan perit.
"Tempat lain takde ke? Mana tahu tempat tu?"tolak Danish yang sudah berubah wajah memerhatikan gadis bertudung litup disebelahnya.
"Ala.. bolehlah..saya pernah nampak waktu temankan nenda shopping dulu..tapi nenda tak bagi masuk.. nak dekat sedikit pun tak dapat" monyok wajah mencuka. Niatnya seringkali sahaja tidak diendah.
"Tak boleh!" Pantas raut wajah figura Naura luntur dan memalingkan wajah keluar tingkap sana. Sedih!.kotak fikiran Danish sudah melilau ke arah lain. Bimbang jikalau tempat itu akan mengembalikan ingatan Naura. Bagaimana dengan dirinya?! Akan ditinggalkan hanya disebabkan bekas tunangan Naura?! Tak boleh jadi.
"Lain kalilah sayang... kita makan sekejap ye" jari jemari isterinya diraih lembut dicengkam erat.
"Erm.." muram mencuka meleparkan muka keluar sana. Itu pun tak boleh.
"Wahai adinda sayang.. merajuk ke? Jangan muncung sangat nanti kita break. Tercium cermin kereta depan tu kang..." usikan cuba memujuk isterinya masih bermuramkan muka. Menyilang tangan memeluki tubuhnya sendiri.
"Naura.." panggilan tidak disambut. Hanya membungkam diri, memekakkan telinga. Membuat figura Danish menarik nafas berat dan menghembuskannya.
"Naura..!"
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...