[BHB] BAB 37

10.1K 356 14
                                    

BIAR HATI BERBICARA

LANGIT Kelam ditutupi awan dipandang sayu, terdengar keramaian dibawah sana membuat hatinya terpukul pilu. Esok hari bakal menjelma, bila suaminya akan memadukan dirinya dengan seseorang wanita yang lebih jauh dicintainya.

Sedih meratap dalam hati, airmata tidak mampu mengalir lagi. Letih sepanjang hari, cuba mencari kekuatan diri agar dapat meneruskan kehidupannya nanti. Memaafkan memang mudah diucapkan tapi melupakan butuh waktu yang lama. Terlalu lama.

"Naura ..." suara lembut menyapa ditelinga, memalingkan wajah pada pemilik nada. Terlihat wajah polos Datin Seri Darlila memasuki ruangan dan cuba mendekatinya yang sedang mengelamun dipintu balkoni sendirian.

"Ada apa bonda..." serak basah suara kerana demam sehari baru sahaja kebah. Menatap sepasang mata yang kini berdiri dihadapannya. Sayu sahaja raut rupanya.

"Mari turun sayang, malam ini malam berinai.. Naura isteri Danish, Naura kena pasangkan inai dijari dia..., tanda restu dari Naura..." lembut suara menyapa tapi seakan bongkah batu dilemparkan pada dadanya. Perih tidak terkira.

"Kalau tak nak..tak boleh ke bonda? Bonda je lah pasangkan ye.." rayu Naura tidak mahu bertentang mata dengan figura itu. Takut hatinya tidak kuat, apalagi diruangan sana terlalu ramai orang. Jika airmata mengalir tak tertahan seperti semalam. bagaimana?!

"Tak eloklah macam tu sayang...., mari ye" desak lembut Datin seri meraih pergelangan Naura keluar dari ruangan bertapanya. Semua tetamu memandang sayu gadis bertudung litup mengenakan baju kurung itu.

Menuruni tiap anak tangga membuat hatinya berdetak kencang tidak terkira. Kini anak mata dilarikan diruang tengah. Dimana Danish sedang duduk bersilah. Mati langkah Naura dibuatnya

"Mari sayang." Suara Figura berusia itu mendesak Naura. Dia sedar hati Naura terluka, tapi ini kesempatan untuk dia dan Danish bersua muka. Mungkinkah ada bibit cinta antara mereka kerana semenjak dua menjak Danish berubah tingkah tidak seperti sebelumnya.

Genggam tangan dileraikan sebaik sahaja langkah terhenti hadapan figura Danish yang sedari tadi memerhatikan gerakan Naura. Naura kini melabuhkan punggungnya perlahan dan menundukkan wajah. Jika diikutkan hati, mahu sahaja kaki diayunkan laju sekuat tenaga.

Telapak tangan Danish kini diraih perlahan, Dipegang lembut tangan Danish dan memasangkan inai dijari suaminya sendiri.lebih cepat urusannya selesai lebih cepat ia dapat beredar pergi

Danish mencengkamkan tangannya tidak mahu melepaskan genggam sang isteri.
Terdonggak gadis itu memandang lelaki dihadapannya. Nafas sudah tidak senada cuba meleraikan tangannya yang dipegang kuat oleh tangan perkasa. "Ih!"

"Awak.. orang ramai dekat sinilah.." desis samar suaranya namun riak rupa sudah tegang dengan perasaan marah.

"Apa salahnya, kau isteri aku... tak salah kan.." usik Danish tersenyum sinis. Tak lawak Danish! Tak kelakar sama sekali. Senyumnya sirna sendiri bila melihat gadis sudah asyik memasangkan inai dijarinya ketika ini.

Naura membungkam tanpa suara, meneruskan tugas sepantas yang bisa. Dia perasan dari tadi anak mata Danish tertumpu padanya. Tapi sayang, esok hari tumpuan itu bukan lagi untuknya. Tapi untuk gadis disebelah sana.

Bingkas bangkitkan diri dan beredar pergi. Menaiki anak tangga dan memasuki ruangan bertapaannya kembali. Danish tertunduk sepi, helah berat terluncur lagi.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now