BIAR HATI BERBICARA
BANGLO dua Tingkat milik Marilyn sahabat Fiona terserdang dihadapan mata dengan raut tatapan tajam bak serigala. Hembusan nafas seakan membara kedengaran jelas dihalwa telinga. Dada turun naik melawan onak bahang api amarah.
Hanya ungkapan figura Hendry terngiang-ngiang difikiran hingga menarik Danish mencari keberadaan Fiona. Dia sudah cukup muak dengan permainan yang dirancangkan oleh bekas isterinya.
Kenapa harus diwujudkan satu manusia yang memporak perandakan kebahagiaan yang sudah terbina. Benci semakin menggunung dihati ketika ini.
Kereta Audi milik Danish tertangkap dianak mata Fiona dari ruang atas rumah.
Riang gembira dengan senyuman lebar diwajah. Tirai yang diselak ditutupkan semula lalu membetulkan dress berwarna putih corak bunga dan menyikat lembut dan merapikan rambut miliknya.
"Finally dia datang juga jumpa aku dekat sini"desis suara diserta riang alunan nada.
"Fiona. Danish kat luar" kelibat Marilyn mencuri tumpuan Fiona. Wajah yang menatap cermin dipalingkan ke arah sahabatnya lalu kembali menatap pantulan wajah mencalitkan lipgloss pada bibir mungil milik Fiona.
"Yes.. i know ... kan i dah kata.. dia pasti akan kembali pada i" lagak suara mengenyitkan anak mata lalu meneruskan langkah keluar dari kamar peraduan miliknya.
Hati terasa penuh bahagia, berharap ketibaan Danish meraih cintanya semula. Marilyn mengerlingkan anak mata dan menjongket sedikit bibir tanda jengkil didalam hatinya.
Fiona hanya membalas jelingan mata,tak peduli dengan omongan mereka. Baginya apa yang dia inginkan harus berada dalam genggaman.
Pintu rumah didepan mata kini dibuka, pancaindera difokuskan pada satu arah. lelaki tampan menggenakan pakaian kemeja berseluar hitam dan berkaca mata bersandar dikereta.
"Hii Bie, you buat apa dekat sini? Rindu i ke?" Nada ceria namun dibalas dengan ketegangan muka dari lelaki yang kini menegakkan tubuhnya.
Hujung kemeja dibutang rapi cuba meredahkan emosi yang bercambah perasaan benci dan marah. Lalu kaca mata hitam dibuka.
"Rindu? Takde masa aku nak rindu-rindu dengan kau. Sekarang aku nak tanya. Apa masalah kau asyik ganggu aku dengan Naura?"
Berdesing telinga Fiona bila mendengar nama mantan madunya. Hati yang tadinya gembira mula terkena biasan bahang dan degupan jantung tak senada.
"Apa maksud you.. yang i ganggu you dengan dia? Kita kenal lama Danish.. i terlebih jauh kenal you daripada dia. I dah beri segalanya untuk you... i korbankan segalanya demi you.. tapi ini yang you berikan pada i?"
Luahan hati dicurahkan jua membuat Danish tergumam membungkamkan lidah dan mati akal untuk mengolah kata ingin memberi hujah tujuannya bertemu Fiona.
"Ini bukan masalah fasal 'kita' tapi fasal rencana kau nak rampas anak-anak aku dan buat kamu porak peranda! Apa yang kau nak dari kami ? Tak puas dengan apa yang jadi?"
"Si..apa beritahu you semua tu? I takde buat macam tulah Danish. Sumpah i takde buat rancangan semua tu. Ini pun pertama kali i dengar"
Bingkas Fiona menutup pekung yang terbuka. Dalam hati sudah menebak siapa yang membocorkan rahsia. 'Memang tak guna!'
"Jangan nak berdalih lagi! Aku tahu kau yang buatkan! Kau silap orang Fiona! Sampai mati aku tak akan kembali dekat kau! Dan tak akan pernah ceraikan Naura!!"
Lantang suara Danish hingga Fiona mengerlipkan mata kaget dengan sergah Danish yang bergema menghentam hatinya.
"Sampai Hati you tuduh i.. i tak pernah buat macam tu Danish.. mungkin ini cuma akalan Naura nak buat you benci dekat i..."
Rayu Fiona ingin memegang lengan bekas suaminya. Namun pantas Danish menepis sentuhan wanita seksi yang pernah muncul dalam kenangan lama.
"Kau jangan samakan hati kau dengan Naura. Hati kau busuk Fiona.. aku tak akan termakan dengan kata-kata kau lagi. Aku rasa aku lebih kenal Naura dari aku kenal kau. Dan aku rasa lebih baik kita tak ditakdirkan berjumpa. Menyesal aku pernah masukkan kau dalam kisah hidup aku yang lama"
"Sampai hati you Danish kata i macam tu, i cintakan you.. ini yang i dapat?" Nada suara sedikit sebak menahan takungan airmata.
"Takpayah nak dramalah Fiona. Cinta? Tapi kau mengandungkan anak orang lain waktu kahwin dengan aku? Kau ingat aku ni pak sanggup kau ke? Dah buat taik.. aku kena basuh untuk kau???"
Pedis kata-kata sindiran yang dilontarkan Danish. Tepat mengena ke dalam hati Fiona.
"Danish..please bagi i peluang untuk perbetulkan semua kesalahan i.. i tak boleh lupakan you.. i terlalu cintakan you Danish.. hidup i tak lama lagi... "
" i kena cancer stage 4 Danish...i nak you berada disisi i waktu i menghembuskan nafas terakhir nanti.. "
Danish menoleh wajah melihat ke arah Fiona . Adakah dia tersilap pendengaran atau hanya sebuah rekaan.
"Jangan nak tipu akulah Fiona."
Sengih Danish dan kembali mengelatkan wajah. Memang dia sudah membuang perasaan kepada wanita yang telah memusnahkan rumahtangganya. Tapi takkan dia tegah untuk melihat wanita itu menjalani sisa hayat yang menghitung masa sahaja.
"I tak berani tipu you Danish. Kalau tak percaya.. jom ikut i pergi hospital check kesihatan i yang sebenar."
"Betul kau tak tipu aku?"
"Yes!!! I tak tipu Bie.. 'sumpah' I tak tipu you.. please bagi i peluang jalani sisa hidup i bersama you..."
Helah nafas berat kedengaran dicorong telinga. Danish menundukkan wajah manakala Fiona sembat tersenyum senget dibalik pembohongannya.
Marilyn terdiam apabila perbualan Danisg dan Fiona tertangkap dicorong telinga. Terlalu licik akalan Fiona cuba meruntuhkan rumahtangga bekas suaminya.
Tak cukup hubungannya milik Marilyn dan Roland . Kini Naura pula menjadi mangsa? Mulut sudah berbuih menasihati Fiona agar melupakan kisah lama. Rupanya setiap ayat yang dibicarakan Marilyn tidak diendahkan sahabatnya.
Marilyn menggelengkan kepala dan mencari buah fikiran agar Fiona mahu membatalkan niatnya. Jika tak berjaya, terpaksalah dia membongkar semua rancangan jahat Fiona.

YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomantikRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...