[BHB] BAB 55

11.9K 291 7
                                    

BIAR HATI BERBICARA

SUASANA Sunyi sepi diperkarangan rumah milik mertua Naura, kaki dilayarkan sambil tangan membetulkan selendang yang menutupkan kepala.

TING TONG!
Bunyi lonceng rumah ditekan dengan jarinya sambil-sambil anak mata memerhatikan kawasan rumah yang sudah sedikit sirna dari akal fikiran Naura.

"Ye nak cari siapa?" Suara figura jelas dihalwa telinga . Mahu sahaja dia angkat kaki pergi tapi sebab anak-anak kena tetap disini.

Naura memalingkan wajahnya menatap figura yang paling dia 'menyampah'

"Anak-anak saya mana!"  Nada ditekan penuh tanda tanya disertakan raut wajah muram durjana.

"Aik tadi bukan sayang kata dah... oh!!! Sayang tipu erk??" Danish tersenyum apabila Naura menonggolkan diri dihadapan pintu rumah orang tuanya.

"Em! Nenda mana?"

"sayang ni cantik sangat lah macam nak kiss je" Tangan milik Danish ingin mencuit pipi milik Naura namun sempat dibidas.

"Jangan nak sentuh-sentuh! Nampak ni?"Tangan milik Naura dikepalkan dan ditunjukkan depan muka suaminya.

"Alah.. tangan kecil.. " sengih Danish membuat Naura jengkil dan menjelingkan mata.

"Dah lah nak balik!"

"Naura?! Ya Allah.. Naura... bonda rindu sangat dekat Naura.. Naura pergi mana sayang. Puas kami cari.. syukur Naura balik.. jangan pergi lagi ye" pipi milik Naura diraih dan dicium silir berganti.

Termati langkah Naura kali ini, Danish pula tersenyum memandang Naura ketika ini. Jelingan maut diberikan Naura sebagai penganti. 'Takguna kau Haney!' Bentak hati Naura ketika ini.

"Masuk sayang.... rindunya Ya Allah..makin lawa.. cucu bonda mana.. bonda teringin nak jumpa" tutur suara menarik tangan milik Naura masuk ke dalam rumah dan dibuntuti figura Danish masih tersenyum bahagia.

Kini duduk diatas sofa,bertentangan ibu mertua dan bersebelahan suaminya. Hati sudah memaki hamun Haney disana. Takguna betullah!

"Cucu bonda mana?" Soal Datin seri sekali lagi. "Ergh. Ada je dekat rumah..dah tidur agaknya" tersekat-sekat suara melafazkan kalimat yang sudah disembunyikan daripada Danish disebelahnya.

"Cucu bonda lelaki ke perempuan??"

"Erm... sepasang. Lelaki perempuan" senyuman nipis dibuat-buat padahal hati berdebar-debar. Janganlah Danish bawa lari anak Naura. Boleh sasau dibuatnya.

"Alhamdulillah.. kembar tak seiras ye..Bawalah sini. Bonda, ayah dan nenda teringin nak jumpa"

"Erm.. nenda mana ye bonda. Sihat ke?" Naura menukar topik perbualan mereka sambil melirik lelaki disebelah yang sedang tersenyum-senyum ke arah Naura.

"Alhamdulillah, nenda sihat. Ada atas sana" bagai berapi dada Naura. Sah kena kelentong oleh Haney. Siaplah!

"Ergh.. Naura tak boleh lama... nak balik cepat dah.. Naura pergi dulu lah bonda." Naura ingin bangkit dari tempat perlabuhannya namun raut wajah bonda pilu hendak melepaskan menantu yang sekian lama menghilangkan jejaknya.

"Nantilah.. dah jauh malam dah ni.. jam 11 malam dah tu, Naura tidur sini sahaja" esok baru pulang" Figura berusia milik Datuk Seri Farid bersuara mencelah ujahan mereka bertiga.

Naura terpaksa duduk semula. Menjeling ke arah Danish dan menghembus lelah lemah. Betul-betul sudah termasuk jerat atas ulah seorang wanita. Argh!

"Tapii

"Tak payah tapi-tapi.. nak balik.. Danish hantar kalau tak esok pagi je baru Naura boleh keluar, tak elok malam-malam memandu sendiri. Bahaya!" Tegas suara Datuk Seri Farid mengarahkan Naura.

Terpaksa mengangguk lemah. Kesian anak-anak dekat rumah. "Ergh.. Naura nak call penjaga anak Naura dulu. Nak bagitahu Naura tak pulang malam ni"

Lemah suara manakala Danish senyum melebar sampai ke telinga. Naura pergi ke sudut ruang untuk bersendirian. Pantas telefon bimbit mendail nombor telefon seseorang yang membuat dia terjerat dirumah mertuanya sekarang ini.

"Yes?? Hello?"

"Hello! Hello ! Banyak hello. Sampai hati kenakan kita...." sebak suara Naura namun lantang suara Haney ketawa.

"Sekali dekat sanakan apa salahnya singgah"

"Eh! Nak balikkk tapi dorang tak bagi. Tolonglah Haney. Ambil Lia kat sini" nada sedih diruang talian membuat Haney tergumam.

"Ala..janganlah nangis, anak-anak kat sini okey je. Mama dorang pula menangis dekat sana. Bercutilah jumpa suami tercinta"

"Suami tercinta?!banyaklah sana...urm" Naura mencebik geram apabila dipermainkan seperti ini. Sungguh sakit hatinya tidak terkata lagi.

"Sayang.... " suara lembut milik Danish berdiri dibelakang sehingga telefon milik Naura terlepas dari ganggangan.

*****

GELAK ketawa milik figura Haney mengempita kerana sakatnya mengena. Hendry pula jengkil dengan kelakukan kakaknya.

Bantal dipelukan dibalingkan ke arah Haney tidak jauh dari tempatnya. "Apasal gelak macam pontianak tengah malam ni, budak-budak tidur kat atas. Kang terbangun siapa nak dodoikan?" Bebel Hendry geram dengan sikap Haney.

"Heii tenanglah, ni Lia jumpa laki dia. . Mahu tak bengang kena tipu oleh akak"

"Jap-jap-jap jumpa siapa? Laki dia?Danish?" Raut muka ditegangkan dengan telinga sengaja dilebarkan.

"Yupz! Kenapa? Kata dah terima keputusan Mommy nak dijodohkan dengan Felicia. Sekarang nak gelabah kenapa pula?"

"Jangan bincang fasal Felicia sekarang ni, bincang fasal Aulia je.."

"Apa sal pulak? Heii Hendry. Kau kejar Naura a.k.a Aulia pun macamana. Dia tepat bini orang tau.. tak baik.."

Nasihat Haney ditolak tepi oleh figura jejaka didepan matanya. Sudah Ditolak masih nak raih hati Naura.

"Hendry... lupakanlah yang lama. Sekarang bagilah dia gembira semula. Kau tak kesian ke dekat dia.. berapa lama dia menderita sebab nak lupakan laki dia?"

"Lagi dia menangis siang malam. Ni..dada aku ni tempat dia bersandar tau tak..." tutur nada suara Haney membuat Hendry benci dan kini mengangkat kaki.

"Tulah! Orang nasihat tak nak dengar! Lari lari lari!! Tu je kerja kau!! Jangan fikir diri kau Hendry. Jangan paksa Lia buka pintu hati dia untuk kau kembali. Dia tu ibu.. semua yang dia buat ikut anak dia!!!"

"Diamlah! Memekak je!!" Jerit Hendry masuk ke dalam kamarnya dan dentuman kuat memecah.

"Nasihat sikit sensitif. Jadi pondan je lah bagus! Nak marahhh je tahu" bebel figura Haney duduk di atas sofa kini memandang televisyen didepan mata.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now